Topik Utama

Friday, December 23, 2011

Seorang Anarkis Remaja.


"Lihat negara yang dijatuhkan menerusi demonstrasi. Kemudian mereka cuba bangun, dan dijatuhkan dengan demonstrasi yang lain. Sampai bila pun ia tidak akan aman."
begitulah kata-kata ayah saya tika menonton TV beberapa hari lalu. Dalam Buletin Utama rangkuman dunia kerap menitipkan update terkini mengenai negara-negara di Eropah dan Timur Tengah. Semuanya, entah kenapa, penuh dengan demonstrasi dan penggulingan.

Malah, ada yang pemimpinnya (yang dikatakan kejam, zalim, diktator dan banyak lagi) sudah digulingkan oleh kuasa rakyat namun masih terpapar berita keganasan di tempat mereka beberapa bulan kemudian.

Kenapa begitu? Bukankah selepas pemimpin kejam turun takhta, rakyat akan aman damai?

Tidak. Itu hanya persis dongengan novel sahaja. "When the evil is dead and gone, they live happily ever after." tidak.

Pada hemat saya, (selepas memahami pandangan ayah saya tadi), sesuatu kerajaan selepas digulingkan oleh rakyat, akan bermakna "kuasa" kerajaan itu telah dipindahkan kepada rakyat. jika sebelum ini mereka merasakan perlu takut kepada pemimpin, sekarang mereka merasa pemimpin pula perlu takut dengan mereka. Jadi apa saja kesalahan pemimpin--tidak kira kecil atau besar--selagi tidak dipersetujui--akan digulingkan. Malah mungkin benda yang dianggap sebagai "kesalahan" itu sebenarnya benda yang baik dan berguna--baik kata Che Det dulu "unpopular decisions".

Tidak, saya bukan pro government mahupun pro pembangkang. Namun saya takut apabila sekali diberikan "kuasa" kepada masyarakat umum, selama-lamanya ia disalah guna. Teringat pula saya pada episod Siri Kino's Journey dahulu, tentang "Undang-undang rakyat".(maaf tak ingat yang mana, sila cari dalam youtube sendiri). Dalam cerita itu, satu negara tiada pemimpin, jadi mereka gunakan "undang-undang rakyat". Tidak suka, hukum. Suka, sokong. Kelihatan aman damai tetapi, akhirnya cuma tinggal seorang saja dalam negeri itu. Manakan tidak, satu demi satu orang digulingkan oleh masyarakatnya sendiri!

Jadi adakah ini perkara yang baik? Sebenarnya saya tidak menolak keperluan jika sesuatu negara itu memerlukan pertukaran pemimpin, apatah lagi jika ia pemimpin yang tidak efektif. Namun, sesuatu yang perlu dielakkan ialah pertukaran secara "coup d'etat" atau penggulingan pantas. Pertukaran kerajaan secara terancang adalah kuncinya. Dengan ini, siapa sahaja pemimpin yang datang, akan dipatuhi dan ditaati sejajar dengan tugas mereka sebagai premier negara.

Adapun saya ingin tutup penulisan ini dengan hadith.

"Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya"
Assalamualaikum WBT!

Sumber gambar: google 1, 2, 3.

Saturday, November 26, 2011

Graduasi 1432.

Klik untuk besarkan. sumber dari <sini>
Dan berakhir sudahlah tahun 1432 Hijrah pada malam 26 November ini.

Fikir-fikir balik, banyak yang sudah berlaku dalam masa setahun perjalanan ini.

Ada perpisahan dengan orang yang amat disayandi dan paling dekat di hati, samada berpisah hidup ataupun mati.

Ada pertemuan dengan orang baru yang memberikan satu nilai segar kepada makna ukhwah.

Ada juga dugaan luar jangka yang benar-benar menguji pendirian dalam diri.

Samada besar mahupun kecil, semua itu bagi saya adalah pelajaran dalam subjek kehidupan.

Maka tahun ini, saya bergraduasi subjek 1432 dengan lulus kredit.

Walaupun tidak cemerlang, tapi masih boleh dibawa kreditnya ke tahun hadapan.


Assalamualaikum wbt dan selamat menyambut maal hijrah!

ps. Tahun baru Maal Hijrah tak boleh dicelebrate dengan dating dan pergi mall ya, harap maklum. :P

Tuesday, November 22, 2011

I wish nothing but the best...(part 2)

Assalamualaikum wbt.

Ah, ingat post saya pasal muka mengelupas dulu
Ini adalah muka terbaru saya ^_^



Alhamdulillah, elok kan? Eh, tak nampak apa-apa kan? Ha, ini selepas lebih kurang sebulan daripada tarikh kejadian itu. Selepas  minggu pertama menggunakan Hydrocortisone kepada kesan iritasi itu, rasa pedihnya hilang. Kemudian kulit iritasi itu mula tanggal sebagai kulit mati. Akan tetapi kesan parut timbul serta warna merhanya masih ada.

Jadi saya berkira-kira untuk mencari produk lain bagi menghilangkan parut. Pada mulanya saya sapukan Olay cream dengan harapan ia akan memutihkan kembali bahagian itu, tetapi nampak seperti tiada hasil. Kemudiannya saya teringatkan Bio-Oil yang saya simpan di bilik. Ia digunakan untuk parut lama tetapi juga tiada hasil.

"Kalau parut baru macam ni pula bagaimana?" saya terfikir. Lalu saya sentalkan kesan itu dengan Bio-Oil setiap pagi. Ya, saya katakan sental sebab saya betul-betul sental. Almaklumlah Bio-Oil berminyak, jadi kalau disapu begitu sahaja, krim dan bedak tak boleh letak pula! Sambil-sambil sental tu saya doakan juga supaya ia hilang betul. Biarlah parut jerawat ada, tetapi yang ini mesti boleh hilang 100%.

 Jadi...kini sudah sebulan lebih penggunaan. Mari saya buat perbandingan gambar lama dan baru di sini:










Ya! Kesan gerutu dan timbul dari parut itu sudah rata. Dan paling penting nampak jelas tanda merah tu tidak lagi jelas. Tapi adalah sikit-sikit kalau tengok dengan lebih dekat. Tak kisahlah, kalau diletak BB Cream memang hilang terus! Alhamdulillah seronoknya!

Jadi selepas ini saya akan meneruskan regim penjagaan muka menggunakan Bio-Oil saya.  Setakat ini tiada kesan sampingan atas penggunaan Bio-Oil--lebih baik lagi ia boleh digunakan bersama produk lain yang lebih "keras" seperti Oxy dan Olay.(keras bermakna ia juga pernah memberi iritasi dulu, tapi tak sedahsyat produk bulan lepas)

Mungkin selepas ini saya akan sental Bio-Oil ke seluruh muka pula, mana tahu jerawat pun boleh hilang. Tak sangka bukan, botol ubat yang sedia ada di rumah ini rupanya jawapan kepada masalah saya. Andainya saya tahu lebih awal, mungkin produk lama itupun saya tidak beli. Sekarang saya akan kekal dengan Oxy untuk kulit berminyak dan Bio-oil untuk menghilangkan kesan lama.

Apa-apapun, ingin  saya tekankan di sini bahawa saya tidak marah kepada pengedar produk  iritasi kulit yang dulu itu. Bukan pada tanggungjawabnya untuk memastikan formulasi itu selamat digunakan untuk semua (walaupun sebenarnya beliau perlu juga memberitahu bakal pelanggan lain tentang kemungkinan reaksi sebegini). Tak siapa boleh jangka apa yang terjadi bukan.

Harap-harapnya entri ini akan jadi peringatan kepada saya (dan pembaca, kalau ada lah) supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk penjagaan. Dan jangan terlalu taksub kepada kecantikan pantas dan ekstrim!

Agama, sebagai topeng.


Jones duduk termangu memikirkan jalan hidupnya. Dia pelajar yang bijak, pandai berkata-kata dan rajin membaca. Dia ingin berjaya, dia ingin terkenal. Dia butuh apresiasi. Paling penting, dia butuhkan cara untuk menyebarkan ideologinya.

"Aku suka pendapat Karl Marx tentang kesamarataan manusia.  Malangnya masyarakat liberalis moden ini bencikan komunis. Banyak betul kebencian diluahkan kepada pemegang ajaran Marxism seperti aku. 

Ah, mungkin ada caranya! Agama adalah candu masyarakat, bukan? Apa kata aku cuba masuk ke intitusi gereja. Aku jadi paderi dan kumpulkan pengikut, lalu aku masukkan ajaran aku perlahan-lahan."


Nasib Jones memang baik, seorang superintendan Methodist sanggup membawanya ke dalam insitusi gereja. Bermula dengan pelajar pastor, cukup baik baginya. Kemudian dia mulakan gerejanya sendiri dengan tema perpaduan sesama kaum. "Community Unity Church", nama diberi. Adalah beberapa orang pengikut, dari kalangan miskin, gelandangan, penganggur, dan kaum minoriti. Tetapi dia mahu lebih lagi daripada itu.

"Dan bagaimana pula caranya menarik orang ramai kepada gereja aku? Aku juga perlukan wang," fikrnya. "Ah! teringat pula ketika aku ke gereja yang kulawati tidak lama dahulu. Aku lihat paderi mengubat penyakit menggunakan "kuasa" mereka. Ala, aku boleh buat juga. Aku pura-puralah membuat jampi dan doa. Kemudian gunakan muslihat dengan meletak daging haiwan sebagai "hasil pemulihan" aku."

Dengan bantuan pengikut-pengikut yang sama licik, Jones dapatlah juga mengumpulkan wang yang agak banyak. Malah dia pula menjadi terkenal kerana dikatakan mempunyai "mukjizat" dan menerima "wahyu tuhan". Stesen radio memanggil beliau untuk slot ceramah di konti. Pengikut-pengikutnya mula bertambah. Nak pula beliau menyebarkan fahaman kesamarataan bangsa dan taraf hidup maka berbondong-bondonglah orang minoriti mula menjadi penyokong setia.
Dari situlah, dia mula memasukkan sedikit demi sedikit ideologinya. Ceramah yang dahulunya keagamaan mula diselitkan sedikit petikan daripada rujukan pro-komunis dan anti kerajaan. Disamakan kerajaan kapitalis Amerika sebagai kerajaan Dajjal. Dan ditakutkan pula pengikutnya dengan tanda-tanda kiamat dari "wahyunya". Bermula dengan ayat-ayat prokomunis yang serupa dengan ayat Bible, kepada ayat-ayat yang mula memburukkan Nabi Isa. Apabila melihatkan pengikut setia semakin patuh, Jones berani pula mengherdik dan menghina kitab Injil.

"Selama 200 tahun ini kita dikongkong oleh buku hitam buruk ini!"  "Musnahkan berhala kertas ini!" jeritnya sambil melontar kitab suci agama Kristian itu. Pengikut yang patuh mula menurut saja. Ada yang turut sama menghina.

Jones cukup puas hati, kerana selama ini cara-cara kawalan minda dan pembetulan sikap yang diadaptasi daripada sistem komunis Korea Utara dan Republik China, telah berjaya membolehkannya mendapat pengikut yang setia. Malah Jones juga berjaya melatih sekumpulan wanita muda berpndidikan tinggi, yang sanggup menjadi "polis rahsia"nya dan melakukan apa saja "misi" yang diingini.

Namun kegembiraan itu tidak lama. Ada wartawan yang mula menghidu. Pada suatu hari sampai ke mejanya suratkhabar Examiner, dengan entri tujuh bahagian untuk expose' ajaran sesatnya. yang menyebabkan beberapa orang pengikut turut keluar kumpulan. Ini membuatkan Jones marah dan kecewa.

"Mereka semua pembelot! Terbeli dengan coca-cola! Baik kita bunuh saja diri kita. Masyarakat sekarang masih tidak dapat menerima sosialis ni," katanya sambil menggawangkan pistol. Beliau mula membuat beberapa percubaan bunuh diri, mungkin untuk menarik simpati terhadap "diskriminasi" yang berlaku.

"Ah, Amerika sudah menjadi negara fasism. Rasis pula tu! Mungkin perlu kita pindahkan kegiatan kita ke negara lain. Aku telahpun mendapatkan tanah di Guyana, Akan kujadikan ia tempat untuk pengikutku hidup bebas. Di sinilah tempatnya orang kulit hitam kita boleh hidup dengan aman."

Mula takut dengan tarikan media ke atas ajarannya, Jones berpindah ke Guyana. Dinamakan Jonestown, dijadikan "tanah suci" bagi pengikutnya. Namun, semakin lama semakin banyak pula media mendedahkan belang sebenarnya. Apatah lagi mula terkeluar kisah-kisah kezalimannya kepada pengikut dalam "tanah suci" itu sendiri.

Maka pada suatu hari, datanglah sekumpulan wartawan mengiringi seorang ahli Kongres ke "tanah suci" tersebut, menyiasat perkara sebenar. Beberapa orang pengikut Jones meluru memohon bantuan ahli Kongres tersebut.

"Tolong kami Tuan Ryan! Bawa kami keluar," pinta mereka kepada ahli Kongres tersebut. Mereka mengiringinya ke lapangan terbang kecil, untuk melepaskan diri. Namun tidak sempat mereka pergi, pengawal Jones sudah menunggu.
Apa yang tinggal hanyalah mayat bergelimpangan dan rakaman terakhir daripada wartawan pengiring, dengan jelas bunyi hujan peluru.

"Kita sudah tiba di titik tiada jalan pulang," fikir Jones. "Ahli kongres sudah kita bunuh. Wartawan dan media juga. Tidak lama lagi lebih ramai akan datang. Awak, sediakan minuman itu."

Minuman berperisa anggur disediakan. Kesemua hampir seribu orang pengikut berada dihadapannya, termasuk lebih 200 orang kanak-kanak pelbagai bangsa.

"Patuh pada aku, dan minum ini semua."

Tidak lama kemudian, tiada lagi suara dari dalam "tanah suci" itu. Kesemua yang meminum air tadi telah meninggal dunia. 

Jones telah mengarahkan air itu dicampur sianid.


Kisah yang memeranjatkan bukan? Ya, ini diadaptasi dari kisah sebenar.  Berlaku pada 18 November 1978, ia adalah pembunuhan beramai-ramai paling tinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, sebelum kemusnahan WTC Spetember 11. Hampir seribu orang meninggal dunia, tidak termasuk yang terselamat tetapi kemudiannya membunuh diri akibat takut dengan sisa-sisa pengikut People's Temple yang mungkin akan membalas dendam.

Aneh bagaimana agama boleh dijadikan topeng kejahatan, bukan?

Gambar dari kejadian sebenar. Sumber gambar daripada sini, sini, sini dan sini.

Monday, November 21, 2011

Harassment?

It was a fine sunny late afternoon. McD.

Me and the groupies are at the crowded patio, trying to chat up some people.

The cute girl with glasses, the tall guy across the table, and the chatty girl with the DSLR.

And my best pals sitting to the left of me.

"Hey, bro," I turned myself towards him for a question. "What'll be our plan next? Where are our pal--"

I couldn't finish my second question because he wasn't paying attention to the first one anyway.

I caught his eyes looking elsewhere.

I don't know if it's just my imagination but I swear the angle of his eyes is looking right there.

Anyway, I swear to God that'll be my last day wearing a size XS baby T.

Ever.

Monday, November 7, 2011

THIS IS A PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT- Stroke.


STROKE: Remember The 1st Three Letters… S.T..R …
My friend sent this to me and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks.

STROKE IDENTIFICATION:
During a party, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid’s husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)
She had suffered a stroke at the party . Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don’t die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this…

STROKE IDENTIFICATION:

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke…totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Remember the ‘3’ steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE ..
T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg ‘It is sunny out today’).
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call the ambulance and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another ‘sign’ of a stroke is
1. Ask the person to ‘stick’ out their tongue.
2. If the tongue is ‘crooked’, if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

-P.S.-masa final year dulu ada kawan kepada kawan, kena stroke.. Umur 23 kot.

Sunday, October 30, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Just a little bit of thinking, 2.0

Daripada Ali bin Abi Thalib ra…, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith Riwayat At Tarmizi)

Sunday, October 16, 2011

Short, short short shorts.

"These two girls sitting in front of me at the eatery... their skirt is so short, I know the exact color of the knickers."
Said a pal one day in his status post. Well, uh, that wasn't the first I've read this. A months back I got the exact same post from a girl, yes, a girl. And she even went as far as calling her a slut. Whoa horsie, that's harsh!
This got me reminded of that mayor somewhere in Indonesia who ruled that short skirts are a no-no because it increases sexual attacks. And of course, it got so much criticism--that a group of short-skirters made a demo to disagree with him! 

Well, when it comes to ruling about the dress code, I got nothing much to say religion-wise (any religion for that matter). What's written there, is there--enough. But it's just that--I kinda feel that alhough with somewhat liberal policy, we still need to dress ethically.

Now don't go around looking at my baju kurung and scarf accusing me of imposing a serbanistas belief--no, it's just that I do feel that slight uneasiness when I see people in really short-shorts. Or skinny tights with small tshirt that look like you wore your pantyhose and forgot your pants. Or shirts with super low-cut neckline. 

I mean, don't you?

Everyone has their "dress limit", either as conservative as an old Mullah or as liberal as an American. I mean, the aforementioned girl who called the short-skirt girl a slut -- well, she wears skirts too you know.

To me, it's the short-shorts that can see your undies.

For me dressing ethically means dressing that would not make everyone around you uncomfortable. Which also means dressing up, or down for the occasion. And dresssing skanky is never a synonym for dressing sexy. You could still be sexy even without dressing sexy, no?

Think about it.

toodles!

p.s. no pictures.

Saturday, October 15, 2011

Cara untuk Merungut

Assalamualaikum wbt.

"Ditelan Mati Emak, Dliluah Mati Bapa."

Pernah dengar bukan?

Itulah pernyataan yang kita selalu gunakan untuk menggambarkan krisis dalam membuat satu rungutan.
Bayangkan--nak cakap salah, tak cakap salah. Kalau cakap dia melenting, kalau tak cakap nanti makin banyak pula salah dia buat, makin sakit hati?

Jadi apa nak dibuat?

Kebetulan ketika menghadapi masalah ini, saya pergi ke MPH. Tiba-tiba terlihat buku ini;
gambar, buku dari Amazon
Ingatkan buku ni buku tentang cinta. Namun setelah diselak-selak, ia lebih kepada hubungan sesama manusia--kepada rakan, kepada keluarga, kepada jiran, dan kepada orang yang tidak dikenali. Penulisnya, Bowen menyifatkan dirinya sebagai complaint-free guy (orang tidak pernah merungut). Dan dia percaya bahawa semua orang harus mengelak daripada merungut, dan menumpukan pada proses teguran. Contoh:

"Awak jatuhkan stokin atas lantai" adalah teguran, berbanding "Awak ni selalu jatuhkan stokin atas lantai", ialah rungutan.

Apa bezanya?

Baca satu-satu ayat itu. Mana satu bunyinya lebih positif? Ya, yang pertama. Menegur dengan nada yang positif boleh menyebabkan reaksi kurang marah, dan teguran yang lebih diambil berat.

OK, bagaimana pula kalau memang perlu membuat rungutan? Contoh, anda diberikan produk yang langsung tidak elok. Mesti akan ada rasa marah dan ingin melenting. Jika anda seorang complaint-free guy macam Bill Bowen sekalipun, anda merasa bertanggungjawab menegur.

"Sorry, mungkin awak tak perasan, tapi produk yang awak bagi ni..."
Atau dalam bahasa Inggeris, "you may not notice this..."

That is the magic word, he said. Bila kita letak "mungkin awak tak perasan" dapat mengalihkan kita daripada menunding jari kepada dia. Tak nampak macam merungut, lebih kepada menegur. Well, bukankah itu lebih baik? Dalam buku itu, penulis menceritakan bahawa dia telah menggunakan taktik ini beberapa kali dengan berjaya.

Anyway, ada satu bahagian buku itu yang agak menarik dalam pemerhatian saya. Iaitu perbualannya dengan seorang gadis muda semasa membuat syarahan di sekolah. Tentang kawalan emosi.

Will: Kita boleh pilih untuk gembira, dan kita pilih untuk sedih. Jadi apa kata kita pilih untuk merasa gembira tidak kira apa berlaku.

Pelajar: Tetapi orang yang gembira sepanjang masa tu, nampak sangat hipokrit, penipu!

Will: Hm...betul cakap awak.

Pelajar: Huh?

Will: Betul, orang yang gembira sepanjang masa mungkin menipu. Tapi lebih baik dia menipu dengan cara yang dapat memberi suasana positif kepada dirinya sendiri dan orang disekitarnya, ya tak?

Pelajar: (terdiam)...


p.s. baca free-free je kat MPH. Tunggu masuk gajilah, baru beli. Yeay!

Saturday, October 8, 2011

SF Beauty: I wish nothing but the best...


Produk yang saya gunakan adalah produk baru. Dan seperti mana-mana konsumer yang skeptik, saya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum menggunakannya sendiri. Melihatkan testimonial yang baik daripada rakan rapat dan juga daripada blogger-blogger, saya tertarik untuk membeli.

Tetapi saya tidak terburu-buru--saya membeli pek trial dahulu. Dan menjalankan ujian pada bahagian kulit lain sebelum digunakan. Dan saya juga telah diberitahu oleh dealer bahawa sedikit pengelupasan adalah normal. Seperti diceritakan, sedikit kegatalan (tanda awal pengelupasan) berlaku semasa ujian itu; tetapi kepada krim malam dan bukan krim siang. Oleh itu saya mengambil langkah selamat untuk tidak menggunakan krim malam dan hanya menggunakan krim siang serta pencuci muka.

Setelah dua hari penggunaan, saya mula terlihat tanda hitam yang jelas besar pada pipi--di tempat saya meletakkan krim siang sebelum disapu ke seluruh muka. Tanda hitam itu seolah-olah kulit yang melecur (ala-chemical burn), dan apabila ditanggalkan, kulit bawah adalah merah dan amat menyakitkan. Saya meminta nasihat ayah saya, yang meminta saya menghentikan penggunaan sebarang kosmetik dahulu.

Jadi saya kembali menggunakan masker timun, (timun memang bahan anti-irritasi yang natural) digunakan pada waktu malam dapat mengurangkan rasa sakit, namun kembali di siang hari ia mula pedih semula. Sampai satu tahap saya sukar untuk berwudhu kerana rasa pedih yang tidak terhingga! Saya juga menggunakan aloe vera, antara bahan anti-irritasi yang berspeaktrum luas--boleh digunakan daripada masalah fungus hinggalah ke kulit terbakar. 

Namun pada tahap ini saya belum lagi mahu mengaitkan keadaan tersebut kepada alat kosmetik yang saya pakai; satu kerana saya takut dimarahi ibu bapa; dua, kerana saya pernah ke lab mikrob jadi infeksi bakteria dan fungi juga boleh berlaku.

Sehingga Jumaat itu sahaja saya sanggup bertahan. Dengan sembahyang yang entah sah entah tidak (wudhu ala-ala, nak tayamum pula tidak berani kerana takut lebih irritasi), saya terpaksa mencari klinik kulit yang dapat membantu. Ada dua di bangi--tapi bila saya tiba, dua-dua doktornya belum sampai.

Pada hari Sabtu, sekali lagi saya meminta bantuan ayah untuk menunjukkan saya ke pakar kulit. Setelah agak lama mencari dia membawa saya ke klinik biasa, kepada GP yang memang sudah merawat kami sejak kecil. Saya duduk dan menunjukkannya tanda di muka itu.

"Doktor, saya nak tahu, adakah ini bacterial, fungi, atau chemical reaction?" saya minta penjelasan.

Ayah saya sudah mula ketawa. "Pandai buat diagnosis sendiri nampaknya!"

Doktor menggeleng. "Bukan fungi," katanya ringkas. Dia melihat secara kasar, dan kemudian mengeluarkan lampu UV, melihat agak lama dan berkata,

"Ini ekzema reaksi kepada produk. Kamu pakai kosmetik preparation apa?"

Masa itu barulah saya terpaksa memberikan nama produk. Dia hanya menangguk.

"Lepas itu pakai apa-apa produk lain?"

"Tak ada doktor. Aloe Vera sahaja."

"Bagus." dia mengangguk.

Kemudian dia menuliskan preskripsi. Menurutnya ubat yang ada dalam klinik terlalu kuat untuk kulit yang sudah iritasi sebegini. Jadi dia minta saya mencari di farmasi. Kami ke Bangi membeli Hydrocortisone 1%. Nasib baik murah!

Saya pantas membuka krim ubat tersebut dan terus menyapunya. Alhamdulillah, lega rasanya! Walaupun berminyak sedikit tetapi dah kurang merah. Yang paling penting tidak ada rasa sukar untuk berwudhu lagi. Harapnya selepas ini merah itu hilang terus dan saya dapat kembali kepada produk lama.

Ataupun buang semua produk kimia dan pakai timun dan aloe vera sahaja!

Kenapa ia menjadi tidak bersesuaian? Entahlah. Saya telah membuat skin test pada pelipat lengan, seperti yang lazimnya disarankan oleh penasihat kecantikan atau dicatatkan di belakang label produk kulit lain.

Marah? Tak adalah. Awal-awal itu pun, saya tidak pasti apa penyebab tanda hitam di muka itu. Mungkin jangkitan mikrob atau fungi--dan saya berjanji tidak akan memberitahu jenama kosmetiknya sehinggalah dibuktikan oleh doktor. 

Dan saya faham, bahawa produk yang saya beli ini ialah trial set--set percubaan--dan apa gunanya trial set kalau bukan untuk diuji? 

Nasihat saya untuk pengguna-pengguna kali pertama bahan kosmetik ialah:

1) Beli trial pack dan bukan satu set penuh dahulu--ini untuk mengelakkan kerugian. Lagipun trial pack dibuat supaya pengguna dapat menguji kesesuaikan kepada kulit dahulu sebelum membeli set penuh.Saya tahu ada dealer kosmetik yang menjual set penuh kepada pengguna baru dengan mengumpan diskaun--ini salah dan mungkin merugikan pengguna.

2) Melakukan ujian kulit di pelipat lengan. Sapu seperti mana produk itu disarankan dan biar selama 24 jam (silap saya kerana membiarkannya semalaman sahaja--kerana kulit saya hanya mula "meragam" selepas 12 jam)

3) Apabila terdapat iritasi--tidak kira daripada mana sumbernya--hentikan semua jenis produk yang ada. Sama ada lama atau baru. Basuh dengan air bersih selalu dan jangan gosok atau garu tempat itu (OK, dalam kes saya tidak boleh kena air, jadi saya gunakan Aloe Vera dan timun, bahan anti-irritasi natural).

4) Sentiasa merujuk kepada doktor jika sesuatu yang tidak kena berlaku. lebih baik lagi untuk ke doktor sebelum menggunakan kosmetik, terutamanya jika anda pernah ada sejarah masalah kulit sebelum ini. Suatu perkara yang saya lupa--kalau boleh bawakan produk itu kepada doktor jika anda mengambil keputusan membuat rawatan. Supaya doktor dapat memahami sedikit sebanyak punca iritasi tersebut.

5) Beritahu dealer anda apa masalah anda. Jangan takut dia kecil hati. heuheuheu. (tapi kalau kena marah ke apa , jangan marah saya balik!)


P.s Saya tahu saya akan dimarahi atau mungkin kehilangan rakan kerana membuat post seperti ini, tetapi, saya ingin menjadi adil. Jika hanya testimonial berjaya sahaja yang disiarkan oleh para blogger, bakal konsumer akan mempunyai tanggapan salah terhadap keberkesanan sesuatu produk.

Belum ada lagi produk yang boleh menjanjikan hasil yang "one size fits all" di dalam dunia ini, apatah lagi produk yang merupakan bahan buatan kimia. Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza kepada kimia dalam sesuatu formulasi. Malah jika produk tidak mempunyai kesan sampingan pun, ia belum tentu menunjukkan kesan kecantikan yang dijanjikan dalam testimonial model pengguna.

Friday, October 7, 2011

Anda pun anak yatim juga suatu hari nanti.

Surah An-nisa' ayat 10

Assalamualaikum wbt.

Saya sebenarnya ingin merujuk ayat tersebut kepada topik yang dibincangkan dalam TV semalam. Mengenai pengurusan harta selepas kematian. Beberapa persoalan dibincangkan para penonton studionya, yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya tentang hak mutlak sesuatu penama kepada sesuatu harta.

Pernahkah kita makan harta anak yatim? Mungkin kita merasakan tidak pernah. Mungkin kita mahupun keluarga kita--yakin tidak pernah. Anggapan kita bahawa si pemakan harta anak yatim tentunya golongan ibu bapa tiri yang jahat ala-ala Bawang Putih Bawang Merah atau penjaga rumah anak yatim yang tamak haloba, mengambil keuntungan daripada penjagaan itu.

Namun kita tidak tahu, yang kita boleh termakan secara sengaja. Contohnya semasa majlis tahlil kematian sesorang, kita dijamu makanan. Mungkin makanan itu datang daripada duit si mati--yang sepatutnya diberikan kepada anaknya dulu (sebab itu tidak digalakkan membuat majlis makan-makan semasa kematian, kecuali kalau pasti duit ada dari sumber lain).

Contoh lagi satu, ialah apabila si ayah meninggal dan pengurusan harta pusaka berlaku, kakak/abang sulung malah mungkin isteri si mati, mengambil bahagian yang besar daripada harta itu, kerana dia merasakan dia berhak mendapat laba sebagai pengurus harta. Contoh lebih mudah--wang KWSP si mati diberikan kepada si penama sahaja sedangkan si penama itu sepatutnya membahagi-bahagikan harta tersebut secara faraid kepada keluarga yang lain.

Ini menyebabkan adik-adik atau anak-anak di bawah tidak mendapat harta yang sepatutnya. Sebenarnya bukan sahaja dia telah melanggar hukum faraid, malah dia telah melakukan dosa besar iaitu makan harta anak yatim!

Sumber gambar: sini
Ah, jangan pula kita memarahi dan menyalahkan adik-beradik atau ahli keluarga sendiri pula. Sebenarnya bak kata penceramah itu lagi, masalah faraid ini tidak dapat dielakkan--malah satu keluarga mesti pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah faraid. Cuma, ambillah langkah yang bijak untuk menguruskan sepantas dan secekap mungkin.

Kalau boleh tika tanah kubur masih merah, anak-beranak sudah bermesyuarat di rumah mengenai pusaka. Apa? Kurang ajar? Ah, itu cuma budaya Melayu. Maaf cakap, adalah lebih baik menguruskan harta dan hutang sepantas mungkin daripada membiarkan si mati terseksa dalam kubur kerana hutang yang tidak berbayar. Ya tak? (OK ayat genius ini bukan dari saya semata, tetapi daripada penceramah itu).

Ataupun, ambil langkah yang lebih baik--tolak bahagian anda, dan sedekahkan harta itu kepada orang lain. Samada kumpul semua aset itu dan sedekah kepada anak yatim, atau biarkan saudara/ibubapa yang tidak berkemampuan mengambil lebih. Cara ini boleh mengelakkan pergaduhan. Saya teringat kata-kata ibu semalam semasa menonton perbincangan itu;

"Rasanya Mak (nenek saya) dah terambil bahagian saya dalam pusaka ayah tu. Tapi saya halalkan; taknak mak nanti makan bara api pula."

Terharu.

Dan saya semalam, ibu minta duit bayar ansuran peti sejuk pun dah merungut. LOL!



Footnote: Bacaan tambahan yang menarik di sini.

Saturday, October 1, 2011

Carrot and the prayer

Assalamualaikum WBT.

Quite a while ago I sat in a class where they talked about the benefits of carrot (obviously it was the food functional class). "Beta carotene in the carrot will be converted to Vitamin A in the liver, which will later help in the formation of rhodopsin in the eye. This helps prevent night blindness and also eye degeneration in old people. But in people of good eyesight (or just slightly near/farsighted like us), it does not help much.

Interestingly, why does people seem to believe that Carrots can improve eyesight? Well, this comes from a WW2 story where German was fighting the British. British came up with a new invention, the ground-based radar which made lots of German planes being shot down. But to prevent the German from knowing about the radar, they spread the rumor that British pilots are fed with lots of carrot that made them see everything better (LOLWOUT). The rumor was so believable that even the British people--and us too, till today--eat carrots to improve eyesight.

OK, put that aside--well a few days back I saw this show on TV, it was about Islamic medicine, which someone asked what is the cure to poor eyesight. Which the ustaz answered,

"Buy 21 pieces of baby carrots, and eat them, while saying this prayer."



I was like, "why 21 carrots? why not one big one, or eleven tiny ones? Why not the supplements, the juice, the essence?" Correct me if I'm wrong--as of now, I haven't found any hadith towards eating 21 pieces of carrot for health, nor a story which actually described the Prophet eating 21 pieces of carrot.

So point is here? Well, like my friend said, disease is a matter of God's will. It happens on his will, it goes away on His will too. For me, it's not the prayer nor the carrots that made the eye better--it's God. His will.

But that does not mean you should "work" for it though. Just like working makes you earn your paycheck, eating medicine (and praying for it too) will earn you your health.

Good day, and eat your veggies!

p.s. speaking of rumors...it seems that americans does not understand the significance of Saidina Ali and the 11 september here. lol

Sunday, September 18, 2011

Kenapa orang letak anak patung di bumper kereta....

Assalamualaikum wbt.
    No, I'm not gonna apologize for making too few blogposts. Haha! Busy la, busy.
Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.

   Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

     "Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?"
Ambil dari sini
        Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).

        "Entah la," saya duga. "Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?"

         "Salah..."

         "Habis tu kenapa?"

       "Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy."

       "La ye ke," kata saya. "Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu."

      "Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya."

      Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. 

      Fuh, nasib baik saya pun tak buat.  Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke.  Kenapalah saya tak tanya dulu. 

p.s. kalau roh tu suka mainan tu macamana, pastu ikut balik. Ha...ha...tak koser nyah!

Assalamualaikum.

Thursday, September 15, 2011

Patriotik sebagai penyakit?

Salam semua!

Macam biasa, pagi hari kemerdekaan diisi dengan makan pagi sambil menonton TV. Seronok nampaknya melihat perarakan Merdeka, sampai kami nak keluar pun bertangguh jadinya. Sempat mak menelefon adik sambil berkata "mak nak tengok merdeka dulu, nanti ambil adik ya kat asrama." Haha!
Perarakan kemerdekaan ke 50. seronok! (sumber)
Tapi pada hari-hari sebelum tarikh bersejarah ini--kita kurang melihat semangat kemerdekaan. Walaupun perarakan kemerdekaan dialih tarikh ke Hari Malaysia supaya tidak bertindih dengan Hari Raya Aidilfitri, namun ia tidak menampakkan kemeriahan prakemerdekaan yang semakin berlarutan. Malah ramai pula yang mempersoalkan nilai dan sejarah kemerdekaan kepada rakyat umum. Ada yang mengatakan polis dan sejarawan zaman British bukan pejuang kemerdekaan. Ada yamg memburuk-burukkan bendera Malaysia. Ada yang bebas mencaci dan mencerca negara sendiri di media massa mahupun media cetak, macam itu negara orang lain!

"Apa gunanya slogan Keranamu Malaysia tu. Bahaya, syirik tu," kata seorang ustaz semasa ceramah selingan Terawih, beberapa minggu lalu.

Syirik? Bukan saya layak untuk menidakkan atau mengiyakan pernyataan ini. Namun, sesuatu yang saya tahu, adalah sifat menyayangi dan menghargai negara sendiri itu perlu. Inilah negara yang nenek moyang kita susah payah mempertahan daripada anasir luar--daripada Belanda ke Portugis, ke British, ke Jepun--ada saja manusia yang terkorban nyawa. Namun pejuang-pejuang kemerdekaan ini ada yang diperlekeh dan ditidakkan seola-olah penjahat. Dan oleh kerana mereka penjahat, meraikan mereka seolah-olah kerja jenayah juga!

Oh guys, stop looking at Independence Day celebration as a disease. Tiada dosanya menjadi patriotik. Ramai sekarang yang menganggap menjadi patriotik bermakna menyokong parti BN atau parti pemerintah. Salah sama sekali!
Perarakan menuntut kemerdekaan dulu-dulu (arkib negara)

gambar dari sini.
Mengikut kamus, patiotik itu bermakna "setia negara". Menjadi patrotik bermakna setia menghormati negara dan isinya. Andai parti pemerintah bertukar sekalipun, rakyat akan setia menyayangi negara. Pemimpin hanya pemegang amanah, seperti seorang pengawal yang menjaga sebuah arkib. Apa yang ada di dalam arkib itulah yang penting, yang kita jaga. Dan kita memberi amanah kepada pengawal untuk menjaga sebaik mungkin. Tamat tempoh pengawal, kita tukar lain. Tapi kita tetap setia menyayangi dan menjaga segala isi arkib itu. 


Saya rindu zaman-zaman 90an dulu di mana kemerdekaan, walaupun pada para ulama', cukup bermakna. Pada malam kemerdekaan, mereka menjalankan ceramah-cerama agama bertemakan kemerdekaan, solat hajat kemerdekaan malah kenduri kesyukuran kemerdekaan. Dalam aktiviti ini mereka mengingatkan para umat menjadi rakyat yang menyayangi agama, bangsa dan negara, menolak unsur-unsur penjajahan dari segi fizikal mahupun budaya, dan meminta mendoakan kesejahteraan Malaysia dan seluruh isinya.

Negara itu bukan sekadar sempadan tanah sahaja. Ia adalah sempadan milikan budaya, agama, dan etnik, dan segala kehidupan di dalamnya, baik manusia atau haiwan. Dari pokok meranti di dalam Taman Negara sampaikan anak kucing di tepi rumah anda--ha, itulah tanggungjawab yang kita semua kena jaga. Bukankah kita, manusia, adalah Khalifah yang ditugaskan Allah SWT menjaga alam? Kalau tak dapat menjaga secara fizikal, paling kurang pun sayangilah dan hargailah segala isi negeri ni.

Atau paling kurang janganlah membiarkan ia dirosakkan orang lain.

Terima kasih, Selamat Hari Raya, dan Salam Hari Merdeka!


Wednesday, September 7, 2011

Karma and Fate

"Ish kalaulah aku tak ikut jalan tu...mesti aku tak eksiden."
"Ish kalaulah aku tangguh perjumpaan tu....mesti tak macam ni."
"Ish kalaulah...kalaulah.."

Kalaulah itu, kalaulah ini.
Kita fikirkan apa yang mungkin berlaku, apa yang telah berlaku, dan apa yang akan berlaku.
Namun hakikatnya,
Semua tu ialah Fate.
Itu cara Allah nak susun aturkan hidup makhluknya. 

Dan kita pula bercakap tentang karma.
"Ha karma lah tu, buat balik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat."
Tapi siapa kita nak menentukan samada musibah itu karma, atau hanya dugaan?
Kalau betul kenapa sebaik Nabi pun boleh sakit, dilukai, dibenci, dimusuhi?

Mungkin peristiwa itu
hanya satu titik pertemuan
antara takdir dua manusia
dan seperti Rashomon, ada pelbagai cara mata kita menafsirnya.

Entah, saya bukan pendeta.
Saya tak tahu cara  mengupas filusuf kehidupan ini.

Namun saya juga bukan ululazmi
Yang sabar dalam menempuh dugaan.

Thursday, August 18, 2011

Saya rindukan diskusi intelek!



Salam WBT.

Setelah hanya entri pendek-pendek di blog (kerana malas menulis, haha) sekarang ada juga sedikit celahan masa untuk menulis. Tambah lagi bila kerja semakin banyak mendatang, ketika Ramadan hampir ke penghujungnya—di masa saya sepatutnya lebih menghabiskan masa mengaji dan muhasabah diri. Dugaan! Dugaan!

Bercakap tentang muhasabah diri, terdetik untuk saya menulis perkara yang sekian lama terbuku di hati. Selama saya berblogging dan bergaul dalam media sosial, saya nampak satu trend yang agak jelas ketika berlakunya perselisihan faham. Ya, personal attack atau serangan peribadi. 
 
Jikalau anda rajin berblogwalking, terutamanya ke dalam blog yang jenis “pendapat” (memang kegemaran peribadi saya berbanding blog diari) anda akan ketemu satu dua post yang mempunyai entri jenis “berfikir” dan beribu-ribu komen perdebatan (OK, exaggerate-tak adalah sampai beribu-riban tapi adalah juga beratus).

Dan jika anda lihat, dalam komen perdebatan tu tentunya ada beberapa komen yang jenis tidak mengomen secara terus kepada isu entri, tetapi lebih kepada serangan peribadi—samada kepada orang yang disebut dalam entri itu, mahupun pemilik blog itu sendiri.

Kalau dalam gambar tu gemuk hitam, gemuk hitamlah diejeknya. Kalau namanya pelik macam Ziegler, disengaja eja menjadi Si Giler. Kalau gigi lebih sikit, terus dilabel Si Jongang. Bangsa dilahirkan, tempat asal, kursus yang diikuti, taraf pendidikan, rupa anak bini malah umur sekalipun--pendek kata semua benda boleh jadi bahan ejekan.

Saya hairan mengapa ramai kini lebih cenderung kepada menyerang peribadi berbanding berdiskusi secara intelek di ruang komen. Mungkin kerana ramai pembaca yang malas berfikir dan membaca entri sehingga habis. Ini nyata tidak membolehkan mereka mengeluarkan buah fikiran yang bernas. Kemudian yang hanya terkeluar dari mulut ialah “kau hanyalah loser di dalam hidup bukan?”

Natijahnya bila ada komen berunsur menyerang peribadi, pengkomen lain (atau pengepos sendiri) akan turut marah dan menyerang kembali. Berlakulah serangan demi serangan dan perbualan tidak lagi menjadi medan debat ilmiah—cuma menjadi medan kumpul maki hamun. Dan dosa.

Saya tahu, saya juga cenderung ke arah ini dahulu. Namun setelah agak lama, saya fikir cara ini cuma melambangkan aras intelek yang rendah (kalau nak trolling tak pe la. But still! Not cool). Lagi-lagi bila kita kutuk fizikal orang, mungkin satu hari nanti bila mereka tahu fizikal kita, habis berbakul-bakul mereka  kutuk. Kalaupun kekurangan kita tidak seperti kekurangan orang yang dikutuk, mungkin kita ada kekurangan yang lebih teruk.

Satu isu terbaru yang menarik perhatian saya adalah kes Sitt Alwuzara dan Arlene Tan. Bila dikhabarkan bahawa Sitt adalah Arlene, maka ramailah yang mengomen secara kutukan dan hinaan. Tapi bukan sahaja kutukan dan hinaan kepada blog itu, malah hinaan yang merujuk kepada maruah. Kemudian apa terjadi? Arlene melaporkan kepada polis atas gangguan yang diterimanya. Rupa-rupanya  dia bukan Sitt Alwuzara. Habis haru biru dunia blogging—yang sibuk mengutuk diam terkedu.  Ada pula yang berterusan defend diri sendiri (mungkin ego agaknya) dengan mempercayai bahawa memang benar Sitt adalah Arlene. Ah, kalau ya pun itu dia, tidaklah layak untuk orang menerima kutukan sebegitu. Fikirkan apa yang orang bukan Islam lihat andai dia ternampak blogger-blogger beragama Islam mencaci maruah sebegitu. Nampaknya jauh lagilah perjalanan untuk membersihkan nama Islam dalam media dalam talian ini.

Akhir kata dari saya, tidak perlulah kita menggunakan sifat-sifat fizikal sebagai bahan teguran. Sifat fizikal bukannya boleh diubah. Lebih baik menumpukan pada teguran benda yang boleh diubah seperti prinsip dan sikap. Lagipun, kata orang bijak pandai “bencilah perlakuannya, jangan benci pada orangnya.”

“(5) Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. (Al-Hashr: 10)

*jangan dengkikan orang!
Assalamualaikum WBT.


Tuesday, August 16, 2011

WORDLESS WEDNESDAY11- My Raya Project


P.S. Hari ni memang hari Rabu. Blogger setkan ikut masa Amerika, sebab tu dia tulis Tuesday. 

Monday, August 8, 2011

Cara mengorder barang dari Supplier jika anda seorang Noobie

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan! (echeh macam ada ramai kan) Dah lama tak berblogging.Almaklumlah sibuk dengan segala macam kerja serta buat konon-konon busy. Dulu punyalah sibuk mengatur kerja luar dan kerja rasmi, tidak termasuk projek kraf dan hobi, sampaikan tak terkejar kesemuanya. Sekarang, mesin jahit dipinjam adik beradik jadi kraf tertangguh sementara, kerja luar--masih lagi menunggu pengesahan. dan kerja rasmi--maksud saya kerja penyelidikan tertangguh seketika kerana ketiadaan bahan mentah.
bukan yang ni. Ni dah beribu-ribu lemon dah ada.

Oh ya, cakap pasal bahan mentah, saya ingin menulis di sini langkah-langkah mengorder bahan mentah daripada pembekal/syarikat lain. Semasa final year undergraduate pernah buat, begitu juga semasa menjadi trainee manager (tak sempat naik ke manager sebab sambung belajar, LOL), serta pernah juga dibuat semasa kerja part-time. Saja tulis di sini, sebab takut lupa. Almaklumlah bukan selalu buat quotation. Lagipun ia tidak sembudah membeli untuk diri sendiri kerana walaupun anda yang mengorder, wang nya masih datang dari syarikat/institusi anda.


  • Langkah pertama ialah mendapatkan alamat/buku katalog/website syarikat yang menjual produk anda. Paling mudah menggunakan rakan baik anda, si Google untuk mencari nama produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.   Sesudah mendapat nama produk yang diingini, catat nama/email/fax no. pembekalnya . Biasanya ia ditulis dalam website, ataupun jika anda bertanya dari kawan, dia akan mencadangkan anda nama staf yang agak mudah untuk berurusan.   
  • Tuliskan email/surat rasmi kepada pembekal itu dengan menyatakan nama dan kuantiti barang diingini. Biasanya ayat saya ialah "Hello and good morning Miss/Mrs, I am ___ from _____. I would like to inquire about the availability of the following item: xxxxxxxxx 2 units each. I would prefer an exstock for immediate use.thank you!" <--saja nak exstock sebab saya ni kurang penyabar menunggu, LOL 
  • Kemudian, pembekal akan reply anda maksimum dalam masa 2 hari (kalau tak reply tandanya salah hantar la tu). Samaada direply dengan "maaf kami tak ada stok", ataupun "ya, sukacita dimaklumkan kami ada stok. Disertakan adakah quotation kami....

  • ni quotation saya minggu lepas. cehwah kosong je sebab request satu barang.
  • Maka dapatlah quotation tu. anda mendapat senarai harga barang yang diingini. Nampak tak dalam quotation tu, ada harga, bilangan, dan tarikh tamat tawaran harga tersebut? Ah, tu yang penting. Pastikan anda reply sebelum tarikh itu tamat. biasanya dalam masa sebulan.   
  • di sini masanya anda meminta borang RO (Request Order dari jabatan). Tengok dalam quotation tu, catat nama produk, bilangan produk dan harga produk. Tak semestinya semua produk dalam quotation tu kita kena catat dalam RO. Kalau tak jadi beli sebab mahal sangat atau buruk sangat ghopenye, tinggalkan aje. Dapatkan tandatangan penyelia/ketua jabatan atau siapa-siapa yang berhak. 
contoh purchase order. (source: see below link)
  • kemudian, selepas RO dikeluarkan, anda mesti mendapatkan PO (Purchase Order) untuk difaks kepada syarikat. Setiap institusi/syarikat mungkin lain langkahnya. Dalam institusi saya, RO yang ditandatangani perlu dihantar ke Jabatan Kewangan, di mana pegawai di situ akan menilai RO (disertakan quotation ya). 
  • Setelah RO diluluskan, baru PO akan dikeluarkan. Ini mungkin mengambil masa, depend kepada keefisenan jabatan. (kalau anda sedang dalam jabatan kerajaan then padan muka, lambat sehh). Tapi tempat kami cepat. Sekejap saja anda akan dapat panggilan untuk mengambil PO. Ataupun anda naik ke jabatan kewangan dan ambil sendiri. 
  • PO akan perlu dihantar kepada syarikat. Kadangkala kalau pegawai kewangan rajin, mereka akan tolong hantarkan. Kemudian syarikat akan inform anda bahawa "PO sudah sampai, nanti kami hantar ya." thus began, the waiting game.  
  • Part tunggu punya tunggu punya tunggu ni ikut syarikat la. Ada syarikat cepat. Ada pula selepas sebulan tak sampai-sampai--bagi alasan itu ini, kena call setiap hari baru dia nak hantar. Jadi tulah sebabnya dari awal lagi saya sarankan mendapatkan nombor supplier dari kawan. Dia akan beritahu mana supplier yang baik dan mana buruk. 
ni contoh DO yang di ambil dari blog ini. seriously, sila baca untuk menambah maklumat lanjut.
  • Bila delivery guy sampai ke tempat anda dan call anda "mana encik ni? saya nak kasi barang ni..." datanglah cari dia dan inspect barang yang sampai. Bandingkan dengan DO yang diberi . Ha, DO tu apa pula? Delivery Order, senarai barang yang dihantar. Check samada nama, kuantiti, dan spesifikasi produk sama seperti dicatat. Kalau salah, reject balik! Macam saya buat masa praktikal dulu. Kejam kan? Tapi dah dia bagi buah berkulat, takkan nak accept? dahlah yang mengorder buah saya, yang menunggah buah saya, mengupas buah pun saya jugak...geli nyah nak pegang! 
  • Alamak, jauh merepek! Anyway, kalau anda puas hati, dia akan beri invois. Invois ni senarai harga yang perlu dibayar. Berikan salinan invois dan DO kepada jabatan kewangan anda. Diorang taulah mana nak simpan. 
Invois. source: sila lihat link blog Prinsip Perakaunan di bawah.
  • Jabatan kewangan akan menguruskan pembayaran untuk anda. Tapi kalau anda bekerja dalam kilang kecil macam kilang buah dulu, bayaran adalah cash, jadi resit anda akan terima juga. simpan resit untuk rujukan. Pastikan sama nilai dengan invois tadi!
Dah....tu je langkah-langkah dia yang saya ingat. Lepas ni kalau saya lupa saya boleh rujuk balik ke blog ini. Ya, saya anggap blog sebagai buku catatan aka Daily Planner saya. Cuma jarang updatelah.

Itu saja untuk hari ini. Selamat berpuasa dan sila-silalah bersabar menunggu produk yang anda pesan. heehee

Software free untuk membuat sendiri PO, DO, Invois etc (jika anda bekerja sendiri) di sini 

Sunday, July 31, 2011

TUTORIAL: cara jahit inner tudung sendiri

Assalamualaikum semua (kalau ada la orang yang baca, LOL!). Dah lama tak masuk blogger. bukan malas, tapi Firefox tu sendiri yang error, entah kenapa. Asyik-asyik "bad request". dan tak boleh masuk gmail langsung.

Anyway, semenjak 2 menjak ni pun, saya dah malas nak berias diri. Mekap sudah berhabuk. Baju cantik sudah lama terperap dalam almari. kasut pun sudah mula pakai crcos, padahal dulu kasut kain lembut. Terfikir sekali dua, untuk menukar cara pemakaian tudung pula—nak pakai tudung sarung.

Tapi kan, tudung sarung ni problem utama dia—sudahlah rupa menjadi macam makcik-makcik (kawan pernah kena kritik macam tu)

terfikir untuk menjahit tudung inner awning sendiri. Almaklumlah. Selalu tengok dekat kedai, paling kurang pun harganya RM30. Tambahan pula, ada bentuknya tak sesuai dengan muka, dan kadang-kadang nampak macam orang tua.

Tapi saya paling suka design Radiusite ini, bahagian tepinya lebar untuk muka bulat, dan nampak macam untuk orang muda (atau kerana modelnya memang muda dan designnya kelihatan muda, tak tahulah). Tapi harganya masih agak tinggi, jadi saya terfikirkan untuk membuatnya menggunakan shawl cotton lama. 
saya mencari tutorial dalam internet namun memang tiada. jadi saya berazam membuat sendiri tutorial supaya sesiapa sahaja boleh membuatnya sendiri daripada bersusah payah membeli yang mahal.


Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri-tanpa awning keras (difficulty:easy)

Bahan-bahan yang digunakan ialah shawl lama, gunting, pin, mesin  jahit (kalau nak jahit tangan pun boleh, alamat sampai pagi raya le menjahit lagi) dan kapur berwarna biru. eh bukan kapur barus tau! 


Cara-caranya?

  1. mula-mula ambil shawl cotton lama (yang saya guna ialah shawl gypsy--buang anting-anting dia dan ratakan dia menjadi segi empat). ambil tudung tu dan pakai macam biasa. Tapi pastikan hujung tudung berada betul-betul di hairline (garis rambut). in akan jadi base tudung anda.Kemudian gunakan kapur biru (ala kapur kaler lain pun boleh, gedik la zati neh), tandakan bahagian dagu di mana dua kain bertemu, dan tandakan bahagian tengah atas dahi. Kemudian tandakan juga selabuh mana inner neck yang anda mahu. saya buat 38 inci. pendek sebenarnya.
  2. ye lukisan saya tak lawa. tahan je la.
  3. sekarang, ratakan kain itu di atas meja anda.  potong mengikut saiz labuh yang anda mahu tadi. anda akan dapat bentuk segi empat sama. dan anda akan ada lebih kain sedikit di tepi. lebih itu yang akan kita gunakan untuk buat awning dia nanti.     
  4. Untuk awning, lebihan tadi diambil. saya ambil dalam 8 inci kot, bentuk segi empat sama. Lipat dua supaya ia lebih tebal. masa untuk buat awning!                   
  5. yang sebelah kiri tu kita lipat dua ambil buat awning ya. 
  6. Untuk awning, kain yang dilipat segi empat sama tadi diletak atas kepala. kemudian letak kain yang panjang tadi atas kepala juga. Ha, ada rupa tudung awning tak? kalau tak, dah salah buat le tu. 
  7. tandakan tengah "awning", selari dengan tengah anak tudung. juga jangan lupa tandakan tepi awning tu. pendek kata, tandakan apa yang saya tandakan biru tu.
  8. jangan risau, awning dia nampak semi circle tapi bila jahit dia straight.
  9. tanggalkan awning tu. pastikan masih berlipat! dan anda akan nampak ada bentuk semi circle (bulan sabit) dilukis pada awning itu.  jadi potong mengikut bentuk tersebut (lebihkan sikit untuk mudah menjahit). nah, sekarang anda ada bentuk bulan sabit untuk awning dan segiempat sama untuk tudungnya.                                                                        
  10. Ok, sekarang ni masanya untuk menjahit. Nampak tak tandaan hijau itu? ha, itulah tempat yang anda akan cantumkan. jangan tersilap tahu! bentuk lengkung awning itu dicantumkan kepada kain segiempat. cantum dan jahit.  (pastikan tandaan biru tu sepadan, sebab tu tengah dia. ingat bukan?)
  11. Ha, sekarang dah dapat awning. Ce try pakai. jadi tak? hehehe! OK, sekarang ingat tak tandaan pada dagu  yang kita buat awal-awal tadi? Ha, jahit dari situ sampai ke bawah. macam lukisan ini. pastikan selepas tu anda pakai lagi untuk merasa bajet lawa. Eh, bukan la, nak pastikan muat kepala! 
  12. Bila anda pakai anda mungkin akan merasakan bentuknya agak kasar. jadi anda boleh potong supaya hujungnya bulat seperti ini. jahitkan kelim di sekelingnya atau minta kedai jahitkan (especially jika anda tak tahu apa itu kelim hahaha! ops jangan marah, bulan puasa ni...) 
  13. potong bentuk lekuk-lekuk pon boleh. tengok contoh tudung yang ada kat rumah.
  14. Ha, dah siap dah pun. beginilah rupanya!
ya, belakangnya panjang. sebab sanggul kan besar. heuheuheu
Maaf, tak ada gambar saya memakainya kerana wajah saya tidak cukup lawa tidak sesuai untuk dunia blogging. namun, rupanya paling hampir seperti yang dibuat oleh syarikat ini. bezanya saya punya tiada awning keras dan awningnya lebih ke bawah supaya dapat menguruskan muka yang bulat. OKlah tu!
serius cakap bila pakai sebijik gope cami. 
 
Cantik tak kawan-kawan? Jadi sesiapa nak buat bolehlah buat. Dan jangan lupa tanya saya mengenainya jika anda ada masalah. Bye, selamat berpuasa....dan selamat mencuba!