Topik Utama

Sunday, July 31, 2011

TUTORIAL: cara jahit inner tudung sendiri

Assalamualaikum semua (kalau ada la orang yang baca, LOL!). Dah lama tak masuk blogger. bukan malas, tapi Firefox tu sendiri yang error, entah kenapa. Asyik-asyik "bad request". dan tak boleh masuk gmail langsung.

Anyway, semenjak 2 menjak ni pun, saya dah malas nak berias diri. Mekap sudah berhabuk. Baju cantik sudah lama terperap dalam almari. kasut pun sudah mula pakai crcos, padahal dulu kasut kain lembut. Terfikir sekali dua, untuk menukar cara pemakaian tudung pula—nak pakai tudung sarung.

Tapi kan, tudung sarung ni problem utama dia—sudahlah rupa menjadi macam makcik-makcik (kawan pernah kena kritik macam tu)

terfikir untuk menjahit tudung inner awning sendiri. Almaklumlah. Selalu tengok dekat kedai, paling kurang pun harganya RM30. Tambahan pula, ada bentuknya tak sesuai dengan muka, dan kadang-kadang nampak macam orang tua.

Tapi saya paling suka design Radiusite ini, bahagian tepinya lebar untuk muka bulat, dan nampak macam untuk orang muda (atau kerana modelnya memang muda dan designnya kelihatan muda, tak tahulah). Tapi harganya masih agak tinggi, jadi saya terfikirkan untuk membuatnya menggunakan shawl cotton lama. 
saya mencari tutorial dalam internet namun memang tiada. jadi saya berazam membuat sendiri tutorial supaya sesiapa sahaja boleh membuatnya sendiri daripada bersusah payah membeli yang mahal.


Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri-tanpa awning keras (difficulty:easy)

Bahan-bahan yang digunakan ialah shawl lama, gunting, pin, mesin  jahit (kalau nak jahit tangan pun boleh, alamat sampai pagi raya le menjahit lagi) dan kapur berwarna biru. eh bukan kapur barus tau! 


Cara-caranya?

  1. mula-mula ambil shawl cotton lama (yang saya guna ialah shawl gypsy--buang anting-anting dia dan ratakan dia menjadi segi empat). ambil tudung tu dan pakai macam biasa. Tapi pastikan hujung tudung berada betul-betul di hairline (garis rambut). in akan jadi base tudung anda.Kemudian gunakan kapur biru (ala kapur kaler lain pun boleh, gedik la zati neh), tandakan bahagian dagu di mana dua kain bertemu, dan tandakan bahagian tengah atas dahi. Kemudian tandakan juga selabuh mana inner neck yang anda mahu. saya buat 38 inci. pendek sebenarnya.
  2. ye lukisan saya tak lawa. tahan je la.
  3. sekarang, ratakan kain itu di atas meja anda.  potong mengikut saiz labuh yang anda mahu tadi. anda akan dapat bentuk segi empat sama. dan anda akan ada lebih kain sedikit di tepi. lebih itu yang akan kita gunakan untuk buat awning dia nanti.     
  4. Untuk awning, lebihan tadi diambil. saya ambil dalam 8 inci kot, bentuk segi empat sama. Lipat dua supaya ia lebih tebal. masa untuk buat awning!                   
  5. yang sebelah kiri tu kita lipat dua ambil buat awning ya. 
  6. Untuk awning, kain yang dilipat segi empat sama tadi diletak atas kepala. kemudian letak kain yang panjang tadi atas kepala juga. Ha, ada rupa tudung awning tak? kalau tak, dah salah buat le tu. 
  7. tandakan tengah "awning", selari dengan tengah anak tudung. juga jangan lupa tandakan tepi awning tu. pendek kata, tandakan apa yang saya tandakan biru tu.
  8. jangan risau, awning dia nampak semi circle tapi bila jahit dia straight.
  9. tanggalkan awning tu. pastikan masih berlipat! dan anda akan nampak ada bentuk semi circle (bulan sabit) dilukis pada awning itu.  jadi potong mengikut bentuk tersebut (lebihkan sikit untuk mudah menjahit). nah, sekarang anda ada bentuk bulan sabit untuk awning dan segiempat sama untuk tudungnya.                                                                        
  10. Ok, sekarang ni masanya untuk menjahit. Nampak tak tandaan hijau itu? ha, itulah tempat yang anda akan cantumkan. jangan tersilap tahu! bentuk lengkung awning itu dicantumkan kepada kain segiempat. cantum dan jahit.  (pastikan tandaan biru tu sepadan, sebab tu tengah dia. ingat bukan?)
  11. Ha, sekarang dah dapat awning. Ce try pakai. jadi tak? hehehe! OK, sekarang ingat tak tandaan pada dagu  yang kita buat awal-awal tadi? Ha, jahit dari situ sampai ke bawah. macam lukisan ini. pastikan selepas tu anda pakai lagi untuk merasa bajet lawa. Eh, bukan la, nak pastikan muat kepala! 
  12. Bila anda pakai anda mungkin akan merasakan bentuknya agak kasar. jadi anda boleh potong supaya hujungnya bulat seperti ini. jahitkan kelim di sekelingnya atau minta kedai jahitkan (especially jika anda tak tahu apa itu kelim hahaha! ops jangan marah, bulan puasa ni...) 
  13. potong bentuk lekuk-lekuk pon boleh. tengok contoh tudung yang ada kat rumah.
  14. Ha, dah siap dah pun. beginilah rupanya!
ya, belakangnya panjang. sebab sanggul kan besar. heuheuheu
Maaf, tak ada gambar saya memakainya kerana wajah saya tidak cukup lawa tidak sesuai untuk dunia blogging. namun, rupanya paling hampir seperti yang dibuat oleh syarikat ini. bezanya saya punya tiada awning keras dan awningnya lebih ke bawah supaya dapat menguruskan muka yang bulat. OKlah tu!
serius cakap bila pakai sebijik gope cami. 
 
Cantik tak kawan-kawan? Jadi sesiapa nak buat bolehlah buat. Dan jangan lupa tanya saya mengenainya jika anda ada masalah. Bye, selamat berpuasa....dan selamat mencuba!

16 comments:

  1. Salam,

    thank you so much 4 the tutorial....nk beli mmg mahal kan...nasib baik ade yg sudi tunjuk cara mcm awak...TQ again...kene cube ni :)

    ReplyDelete
  2. salam sis! just thinking nak carik kedai nk buat temapahn awning utk shawls..(ala2 Fareeda gituuu)..jumpa dis tutorial...sdg tfikir rajin nak buat snirik ker x..hihii;)

    ReplyDelete
  3. Tima kasih bebanyak.... saya pasti akan cuba lepas pantang niii.. huhu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salamulaikum... Masya'Allah! Jazak'Allahu khoir sis Zati. Saya pasti akan mencuba-nya. =D

    ReplyDelete
  6. thanks 4 sharing sis..jenuh google cari DIY inner ni..ramai yg jual pola je..senang je rupanya...mintak halalkan ilmu yer..

    ReplyDelete
  7. Tq sis, sy pun teringin nk diy sdr inner neck ni, sbb yg kat kedai sama ada terlalu singkat, terlalu longgar, etc etc tak menepati citarasa hehe. Tq sis for sharing. :)

    ReplyDelete
  8. bleh try tpi otak kiter bengap sikit

    ReplyDelete
  9. Thanks for the information...
    mesti akan Cuba

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum warahmatullah....
    Nak cuba buat. Halal kan ilmu ye, Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. thank you atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  12. berapa meter kain pakai ye? untuk kain bidang 60

    ReplyDelete
  13. Saya perlukn bntuan awak. Wassap 0139748624

    ReplyDelete