"Lihat negara yang dijatuhkan menerusi demonstrasi. Kemudian mereka cuba bangun, dan dijatuhkan dengan demonstrasi yang lain. Sampai bila pun ia tidak akan aman."
begitulah kata-kata ayah saya tika menonton TV beberapa hari lalu. Dalam Buletin Utama rangkuman dunia kerap menitipkan update terkini mengenai negara-negara di Eropah dan Timur Tengah. Semuanya, entah kenapa, penuh dengan demonstrasi dan penggulingan.
Malah, ada yang pemimpinnya (yang dikatakan kejam, zalim, diktator dan banyak lagi) sudah digulingkan oleh kuasa rakyat namun masih terpapar berita keganasan di tempat mereka beberapa bulan kemudian.
Kenapa begitu? Bukankah selepas pemimpin kejam turun takhta, rakyat akan aman damai?
Tidak. Itu hanya persis dongengan novel sahaja. "When the evil is dead and gone, they live happily ever after." tidak.
Malah, ada yang pemimpinnya (yang dikatakan kejam, zalim, diktator dan banyak lagi) sudah digulingkan oleh kuasa rakyat namun masih terpapar berita keganasan di tempat mereka beberapa bulan kemudian.
Kenapa begitu? Bukankah selepas pemimpin kejam turun takhta, rakyat akan aman damai?
Tidak. Itu hanya persis dongengan novel sahaja. "When the evil is dead and gone, they live happily ever after." tidak.
Pada hemat saya, (selepas memahami pandangan ayah saya tadi), sesuatu kerajaan selepas digulingkan oleh rakyat, akan bermakna "kuasa" kerajaan itu telah dipindahkan kepada rakyat. jika sebelum ini mereka merasakan perlu takut kepada pemimpin, sekarang mereka merasa pemimpin pula perlu takut dengan mereka. Jadi apa saja kesalahan pemimpin--tidak kira kecil atau besar--selagi tidak dipersetujui--akan digulingkan. Malah mungkin benda yang dianggap sebagai "kesalahan" itu sebenarnya benda yang baik dan berguna--baik kata Che Det dulu "unpopular decisions".
Tidak, saya bukan pro government mahupun pro pembangkang. Namun saya takut apabila sekali diberikan "kuasa" kepada masyarakat umum, selama-lamanya ia disalah guna. Teringat pula saya pada episod Siri Kino's Journey dahulu, tentang "Undang-undang rakyat".(maaf tak ingat yang mana, sila cari dalam youtube sendiri). Dalam cerita itu, satu negara tiada pemimpin, jadi mereka gunakan "undang-undang rakyat". Tidak suka, hukum. Suka, sokong. Kelihatan aman damai tetapi, akhirnya cuma tinggal seorang saja dalam negeri itu. Manakan tidak, satu demi satu orang digulingkan oleh masyarakatnya sendiri!
Jadi adakah ini perkara yang baik? Sebenarnya saya tidak menolak keperluan jika sesuatu negara itu memerlukan pertukaran pemimpin, apatah lagi jika ia pemimpin yang tidak efektif. Namun, sesuatu yang perlu dielakkan ialah pertukaran secara "coup d'etat" atau penggulingan pantas. Pertukaran kerajaan secara terancang adalah kuncinya. Dengan ini, siapa sahaja pemimpin yang datang, akan dipatuhi dan ditaati sejajar dengan tugas mereka sebagai premier negara.
Adapun saya ingin tutup penulisan ini dengan hadith.
Adapun saya ingin tutup penulisan ini dengan hadith.
"Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya"Assalamualaikum WBT!
Sumber gambar: google 1, 2, 3.
No comments:
Post a Comment