Topik Utama

Saturday, October 15, 2011

Cara untuk Merungut

Assalamualaikum wbt.

"Ditelan Mati Emak, Dliluah Mati Bapa."

Pernah dengar bukan?

Itulah pernyataan yang kita selalu gunakan untuk menggambarkan krisis dalam membuat satu rungutan.
Bayangkan--nak cakap salah, tak cakap salah. Kalau cakap dia melenting, kalau tak cakap nanti makin banyak pula salah dia buat, makin sakit hati?

Jadi apa nak dibuat?

Kebetulan ketika menghadapi masalah ini, saya pergi ke MPH. Tiba-tiba terlihat buku ini;
gambar, buku dari Amazon
Ingatkan buku ni buku tentang cinta. Namun setelah diselak-selak, ia lebih kepada hubungan sesama manusia--kepada rakan, kepada keluarga, kepada jiran, dan kepada orang yang tidak dikenali. Penulisnya, Bowen menyifatkan dirinya sebagai complaint-free guy (orang tidak pernah merungut). Dan dia percaya bahawa semua orang harus mengelak daripada merungut, dan menumpukan pada proses teguran. Contoh:

"Awak jatuhkan stokin atas lantai" adalah teguran, berbanding "Awak ni selalu jatuhkan stokin atas lantai", ialah rungutan.

Apa bezanya?

Baca satu-satu ayat itu. Mana satu bunyinya lebih positif? Ya, yang pertama. Menegur dengan nada yang positif boleh menyebabkan reaksi kurang marah, dan teguran yang lebih diambil berat.

OK, bagaimana pula kalau memang perlu membuat rungutan? Contoh, anda diberikan produk yang langsung tidak elok. Mesti akan ada rasa marah dan ingin melenting. Jika anda seorang complaint-free guy macam Bill Bowen sekalipun, anda merasa bertanggungjawab menegur.

"Sorry, mungkin awak tak perasan, tapi produk yang awak bagi ni..."
Atau dalam bahasa Inggeris, "you may not notice this..."

That is the magic word, he said. Bila kita letak "mungkin awak tak perasan" dapat mengalihkan kita daripada menunding jari kepada dia. Tak nampak macam merungut, lebih kepada menegur. Well, bukankah itu lebih baik? Dalam buku itu, penulis menceritakan bahawa dia telah menggunakan taktik ini beberapa kali dengan berjaya.

Anyway, ada satu bahagian buku itu yang agak menarik dalam pemerhatian saya. Iaitu perbualannya dengan seorang gadis muda semasa membuat syarahan di sekolah. Tentang kawalan emosi.

Will: Kita boleh pilih untuk gembira, dan kita pilih untuk sedih. Jadi apa kata kita pilih untuk merasa gembira tidak kira apa berlaku.

Pelajar: Tetapi orang yang gembira sepanjang masa tu, nampak sangat hipokrit, penipu!

Will: Hm...betul cakap awak.

Pelajar: Huh?

Will: Betul, orang yang gembira sepanjang masa mungkin menipu. Tapi lebih baik dia menipu dengan cara yang dapat memberi suasana positif kepada dirinya sendiri dan orang disekitarnya, ya tak?

Pelajar: (terdiam)...


p.s. baca free-free je kat MPH. Tunggu masuk gajilah, baru beli. Yeay!

No comments:

Post a Comment