Topik Utama

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Free Sins!

Di kedai mamak bersama dua orang kenalan lelaki. Tiba-tiba mata beliau tertancap kepada sesuatu di hadapan, lalu berkatalah dia.

“Ah, ternampak. Rezeki.” 

“Apa?” tanyaku.

Berlalu seorang anak gadis dengan seluar ketat dan jarang, yang disebabkan kedudukan cahaya dan pergerakan badan, menampakkan sesuatu yang tak patut dilihat.

Ah, spesis lelaki adalah spesis yang aneh. Tika wanita merasa geli-geleman jikalau terlihat aurat lelaki, lelaki pula kelihatan suka ketika melihat aurat wanita.

Tapi rezeki katanya?

Saya mula menggaru kepala. 

Er...aurat itu bukankah, kalau didedahkan berdosa...jadi kalau dilihat berdosa jugakan? Di manakah hadiah “rezeki” di situ? Saya nampak,hadiah dosa. 

 Trololol. Jangan marah bang. Eh adik. 

Tapi kemudiannya malam Khamis lalu saya menonton forum perdana ehwal islam, kebetulan isu ini disentuh kembali. Jemputannya adalah Ustaz Badli Shah dan Dr Fazdilah Kamsah.

“Kalau terlihat sekali itu, tidah berdosa. Alihkan pandangan.” Kata Ustaz Badlishah kalau tidak silap.
Dia mungkin sekali merujuk kepada hadis ini: 

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) 

Oh di situ datangnya maknanya rezeki. Kerana pandangan pertama itu pandangan tak sengaja. Ya lah, mata lelaki itu agak tajam. Pantas saja menangkap apa yang disukai, kadangkala tanpa disedari. 

Apa yang nampak ialah kasut. tapi jadilah.

It’s almost primal instinct, really. Teringat pula suatu uji kaji yang dilakukan wanita Perancis seorang ini, yang meletakkan kamera tersembunyi di badannya. Apabila diteliti kembali rakamannya, dapat disimpulkan bahawa lelaki memang cenderung memandang kepada ehem-ehemnya. Pendek kata, mana-mana lelaki yang lalu, mesti memandang. Adalah juga yang selepas pandangan pertama, beralih dan pandang kali kedua (mesti cun awek ni ye tak?).

Jadi mungkinlah dapat disimpulkan bahawa ia memang adalah nafsu semula jadi mereka untuk memandang kepada aurat perempuan. Mungkin, itulah sebabnya pandangan pertama itu tidak dipersalahkan.

Jadi bolehlah ditengok. Jadi ialah rezeki ye tak?

Terpulang apa definisi yang anda mahu beri. Yang penting pandangan pertama haruslah pandangan tidak sengaja. Bukan pandangan sengaja seperti pergi mengintai bilik mandi atau google imej. Dan paling penting, kalau aurat itu terdedah tanpa disedari, dan anda terlihat, jangan tengok kali kedualah!

Yeah that includes 9gag and imgur too.
 Oh berbalik kepada perempuan dalam cerita di mamak tadi. Jangan salahkan dia pula. Bukan dia sengaja hendak beri secara percuma. Mungkin sekali itu hanya wardrobe malfunction—dia tidak sedar bahawa pakaian dia dalam keadaan tertentu, pergerakan tertentu, akan ternampak.

Macam saya. Selalu sangat kena wardrobe malfunction. Contohnya, hari ini.

Apekebengangnya lepas zuhur baru terperasan. Lepas dah pergi sarapan, print dokumen, naik turun pejabat, beli buku bagai.

Ahh  untungla korang semua dapat rezeki free. Haram Betei.

Ok, ni sebnanrnya entri luahan perasaan je. Kalau nak tengok hukum penuh dia, UZAR dah terangkan.
 
Assalamualaikum.



Friday, October 7, 2011

Anda pun anak yatim juga suatu hari nanti.

Surah An-nisa' ayat 10

Assalamualaikum wbt.

Saya sebenarnya ingin merujuk ayat tersebut kepada topik yang dibincangkan dalam TV semalam. Mengenai pengurusan harta selepas kematian. Beberapa persoalan dibincangkan para penonton studionya, yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya tentang hak mutlak sesuatu penama kepada sesuatu harta.

Pernahkah kita makan harta anak yatim? Mungkin kita merasakan tidak pernah. Mungkin kita mahupun keluarga kita--yakin tidak pernah. Anggapan kita bahawa si pemakan harta anak yatim tentunya golongan ibu bapa tiri yang jahat ala-ala Bawang Putih Bawang Merah atau penjaga rumah anak yatim yang tamak haloba, mengambil keuntungan daripada penjagaan itu.

Namun kita tidak tahu, yang kita boleh termakan secara sengaja. Contohnya semasa majlis tahlil kematian sesorang, kita dijamu makanan. Mungkin makanan itu datang daripada duit si mati--yang sepatutnya diberikan kepada anaknya dulu (sebab itu tidak digalakkan membuat majlis makan-makan semasa kematian, kecuali kalau pasti duit ada dari sumber lain).

Contoh lagi satu, ialah apabila si ayah meninggal dan pengurusan harta pusaka berlaku, kakak/abang sulung malah mungkin isteri si mati, mengambil bahagian yang besar daripada harta itu, kerana dia merasakan dia berhak mendapat laba sebagai pengurus harta. Contoh lebih mudah--wang KWSP si mati diberikan kepada si penama sahaja sedangkan si penama itu sepatutnya membahagi-bahagikan harta tersebut secara faraid kepada keluarga yang lain.

Ini menyebabkan adik-adik atau anak-anak di bawah tidak mendapat harta yang sepatutnya. Sebenarnya bukan sahaja dia telah melanggar hukum faraid, malah dia telah melakukan dosa besar iaitu makan harta anak yatim!

Sumber gambar: sini
Ah, jangan pula kita memarahi dan menyalahkan adik-beradik atau ahli keluarga sendiri pula. Sebenarnya bak kata penceramah itu lagi, masalah faraid ini tidak dapat dielakkan--malah satu keluarga mesti pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah faraid. Cuma, ambillah langkah yang bijak untuk menguruskan sepantas dan secekap mungkin.

Kalau boleh tika tanah kubur masih merah, anak-beranak sudah bermesyuarat di rumah mengenai pusaka. Apa? Kurang ajar? Ah, itu cuma budaya Melayu. Maaf cakap, adalah lebih baik menguruskan harta dan hutang sepantas mungkin daripada membiarkan si mati terseksa dalam kubur kerana hutang yang tidak berbayar. Ya tak? (OK ayat genius ini bukan dari saya semata, tetapi daripada penceramah itu).

Ataupun, ambil langkah yang lebih baik--tolak bahagian anda, dan sedekahkan harta itu kepada orang lain. Samada kumpul semua aset itu dan sedekah kepada anak yatim, atau biarkan saudara/ibubapa yang tidak berkemampuan mengambil lebih. Cara ini boleh mengelakkan pergaduhan. Saya teringat kata-kata ibu semalam semasa menonton perbincangan itu;

"Rasanya Mak (nenek saya) dah terambil bahagian saya dalam pusaka ayah tu. Tapi saya halalkan; taknak mak nanti makan bara api pula."

Terharu.

Dan saya semalam, ibu minta duit bayar ansuran peti sejuk pun dah merungut. LOL!



Footnote: Bacaan tambahan yang menarik di sini.

Saturday, April 2, 2011

Apa kau ingat ini Tumblr nak reblog-reblog?



Artikel diubahsuai dari sini.
Saja reblog balik, nak jadikan peringatan sendiri.

Kebolehan bersosial:

Adalah seni hidup bermasyarakat. Di sini terdapat salah tanggapan antara bersikap hipokrit dan bersikap ramah (kebolehan bersosial). Dapatkah anda membezakannya?

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA berkata, “Seorang lelaki datang melawat kami, tetapi sebaik sahaja Rasulullah melihatnya, dia berkata “Oh, lelaki tak beradab itu...”, tetapi baginda berubah sebaik sahaja duduk bersamanya.  Baginda mengalu-alukan lelaki itu dengan ramah, sambil tersenyum. Apabila lelaki itu pergi, saya tanyakan pada Baginda mengenai perkara pelik ini; bagaimana tadinya baginda merasakan lelaki ini tidak baik, dan bagaimana baginda boleh berbual dengan ramah?

Rasulullah SAW menjawab, “Pernahkah kamu melihat saya hipokrit?

“Pada hari Pembalasan nanti darjat paling buruk adalah kepada mereka yang meninggalkan orang lain kerana dilayan dengan buruk oleh mereka.”

Al Qurtubi menjelaskan perbezaan hipokrit dan peramah, menentukan sikap ramah sebagai perlakuan sah yang sepatutnya, menyatakan bahawa sikap ramah bermakna mengorbankan kehendak duniawi untuk kebaikan meningkatkan penghidupan di dunia atau akhirat atau keduanya; sementara hipokrit bertujuan mengorbankan agama untuk kebolehan dunia.

Oleh itu, menjadi ramah adalah bermakna:

  • -menjadikan perhubungan dengan orang yang tak disukai lebih tolerable (kalau tak asyik sakit hati sahaja)
  • -mengelak dilayan dengan buruk oleh mereka kembali (jika kita buat baik mungkin mereka tidak akan memanjangkan sikap buruk dan turut ramah balik)
  • -memberikan persekitaran lebih sihat (kalau asyik bergaduh kadang terpalit dengan orang lain sekali, sudahnya seluruh persekitaran pun turut buruk).
  • -meningkatkan kesihatan emosi serta fizikal kita (perasaan sakit hati boleh memakan diri dan menyebabkan stress)
Oleh itu, kesimpulan yang saya ambil:

“Adalah tanggungjawab saya untuk bersikap baik dengan anda, tetapi bukan tanggungjawab saya untuk menyukai tindakan anda.”

Tepat bukan! Bullseye!

Monday, January 31, 2011

Pegang Yang Lain Lagi Baik...

Salam tengahari!

Tadi ada membaca entri tentang pegang-pegang tangan orang bukan muhrim. Mengingatkan saya kepada sebuah hadith yang telah lama tidak didengari (padahal tahun lepas je, hahaha), lalu saya pun menggooglenya.

berikut adalah hadithnya,

"Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya."'(terima kasih kepada hafizfirdaus kerana berkongsi)


hadith ini dari Abi Umamah R.A., dikatakan oleh blogger tadi sebagai hadis dhaif tetapi ada penguat, oleh itu hadith tersebut adalah hasan (in short, acceptable). Ada yang kata hadith ni diriwayatkan oleh Ibnu Majah pula. Apa-apapun perumpamaan yang diberikan memang ada benarnya.

CAUSE AND EFFECT

Apakah kesan memegang seekor babi? Mengotorkan tangan, mungkin merasa malu, mungkin berpindahnya penyakit daripada haiwan tersebut, dan paling penting tak boleh solat. Semua halangan ini terhapus dengan membersihkan diri dan bersamak cukup syarat.

Tetapi apakah kesan memegang seekor wanita? Kalau sengaja, dah dosa; kalau terangsang, terkeluar pula air yang tidak patut, maka payahlah pula nak membersihkan. kena mandi wajib satu badan sedangkan kalau sentuh babi hanya bersihkan bahagian tersentuh. dan lebih buruk kalau daripada sentuhan itu datang pula perasaan yang membawa kepada keinginan maksiat.

pegang ni takpe. although kalau ambil gambar dan post dalam facebook ada yang rage jugak. {link}


ALA SEKALI DUA JE...

Sekali dua, bila selalu, menjadi kebiasaan. Mula-mula pegang tangan adalah kebiasaan. Lepas itu bercium tangan adalah kebiasaan. Lepas itu pegang yang selain tangan adalah kebiasaan. lepas itu raba-raba pula kebiasaan.

Get it?

Humans are opportunistic creatures.

They always find how much they can get away with something.

Dan tidak lama lagi bermulakah perkara yang tidak diingini.

Er...entri ini bukan entri melepaskan marah. Sejujurnya saya takut. Saya takut mempunyai perhubungan lelaki perempuan (aka couple) kerana takut akan melampaui batas beginilah. Saya tahu ramai yang dapat menjaga perhubungan dengan baik, oleh itu mereka mengatakan couple itu tidak apa.

Bagi saya tidak. Kerana lazimnya saya sebagai manusia, ingin saja melampaui batas.
Doa-doalah supaya ia tidak berlaku.

hikhik.

Waalaikumsalam.

p.s. kepada yang masih single tu jangan bersedih. mungkin ada kebaikan di sebaliknya. mana tahu, dulu kadang-kadang terlajak dalam perhubungan? Ada terpegang sana tercakap sini? Sekarang  dah tak ada dah, hihi.

Saturday, January 29, 2011

Kepercayaan dan Cinta

Diriwayatkan daripada nabi . Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bukan dari kalangan kita orang menilik untung nasib atau orang meminta supaya ditilik untung nasibnya atau melakukan tenung atau meminta supaya seseorang melakukan tenungan untuknya atau mengamalkan sihir atau meminta supaya dilakukan sihir untuknya.”


Nampak macam biasa dengar, bukan? Ya tentunya, kerana isu ini cukup banyak diperdengarkan. Malah sumber saya juga dari sini, sini, sini, sini dan banyak lagi mengatakan perkara yang sama: jangan percaya.

Apapun dulu saya cukup percaya segala permainan horoskop dan tilikan orang ini. Apatah lagi kalau orangnya kelihatan boleh dipercayai dan mahir menjalankannya. Tambahan pula apabila dia selalu betul. Maka bertepuklah tangan saya dan bercakap angkuh dengan kawan "kan aku dah kata!"

Namun saya sebagai manusia yang lahir dari keluarga sains, cukup skeptik. Lama kelamaan, terdetik pula keraguan dalam hati. "Eh, macam stating the obvious je. saya pun boleh buat tilikan macam ini kalau saya stalk wall facebook seseorang. Saya boleh follow Twitter orang asing selama beberapa hari dan kemudian menuliskan panjang lebar sifat perilaku, dan silang rujuk kepada buku psikologi manusia, lalu menyatakan bahawa seseorang itu sepadan dan tidak sepadan dengan seseorang.

Harap maaf, ini sejujurnya bukan entri untuk menyindir dan menghina sesiapa yang suka menilik nasib. Dan kepada mereka yang dianugerahkan dengan "kelebihan" ini, saya minta maaf sekali lagi. Ya saya tahu anda tidak minta dilahir begini.Tetapi bagi saya, tilikan hanya sekadar untuk didengar, tapi jangan sekali dipercayai.

Pernah datang seorang rakan yang mengenali seorang psikik menasihat rakan yang lain supaya jangan rapat dengan seseorang yang lain, kerana selepas "dilihat" nama(atau gambarnya) beliau adalah "sekian dan sekian," katanya.

Terkejut saya, kerana orang yang dimaksudkan itu baik orangnya, menurut cerita junior dan sahabat akrabnya  yang lain. Alim, sangat menjaga pergaulan. Malah perkataannya selalu dihiasi dengan hadis dan nasihat. Malah,saya pernah jumpa secara bersemuka. Beliau sangat gentleman, saya hampir terpikat!

Lalu saya katakan kepada rakan yang lain saya tadi supaya jangan percaya sangat kata psikik itu. Tidak tahulah apa pendapat beliau tetapi yang saya tahu, mereka masih berhubung, dan mungkin makin baik :) (Ya, ada smiley maknanya baik la tu kan? hihihi)

.............................

Jujurnya psikik itu kelihatan baik. Ya mungkin beliau benar-benar mempunyai 'kuasa' untuk merenung peribadi seseorang. Ya, kebanyakan yang dikatanya betul menjadi. Tetapi mungkinkah tilikannya yang ini "lari" daripada kebenaran?

Yang menyebabkan saya berkata demikian adalah kerana manusia sendiri itu dikelilingi malaikat dan jin, tidak kira yang Islam atau tidak. Jadi tidak mustahil perkara itu dibisikkan oleh mereka ini melalui alam ghaib. Dan kerana ia dari alam ghaib, kebenaran ayat yang disampaikan itu tidak ada siapa tahu. Mungkin yang membisikkan itu jin jahat yang cuba membuat auta atau onar. Nak dikatakan "bisikan" dari Tuhan jauh sekali, kerana kita bukannya Rasul! (Malah Baginda Rasulullah sendiri tidak dapat menilik nasib, kalau boleh tentunya baginda mendapat kekayaan dan terlepas daripada musibah!)

Kesimpulannya saya fikirkan adalah sungguh merugikan jika sesuatu ukhwah yang boleh pergi lebih jauh (kahwin, ehem ehem) dihentikan di tengah jalan atas nasihat seseorang yang tidak pernah ketemu pun orang tersebut secara semuka. Kalau benar dia baik, maka kita merasa sungguh rugi menolak jodoh yang baik, yang tidak semua boleh dapat. Kalau benar si lelaki itu ada sesuatu yang disembunyikan, atau dia hanya alim pada luaran, biarlah.

Teruskan membina persahabatan, tetapi sentiasa menjaga pergaulan. Kalau dia baik, Allah akan tunjuk. Kalau dia jahat pun, InsyaAllah, akan ditunjuk juga. Bukan kerja kita untuk melihat benda yang tidak kita ketahui (Ghaib). Itu kerja Allah SWT.

Apa-apapun rakan, saya amat suka kerana anda berbaik dengan dia. Semoga sampai ke Jinjang, Perak! Eh! Jinjang Pelamin!

p.s. Encik/Puan Psikik. Mintak maaf banyak-banyak. Ni sekadar pendapat wanita biasa seperti saya. Huhu

Saturday, January 15, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Blogging

Assalamualaikum wbt.

Ah, selamat datang ke dunia blogging.

Ini cuma entri pengenalan saja.

Mahu buat entri panjang tetapi kena solat Asar dulu. Baru azan maa..hehehe


Sebutan Takziah

Sekadar perkongsian pendek.

Apabila kita mendengar kematian apa yang lazim kita sebut?

"Innalillahiwainailaihirajiun"

Daripada Allah dia datang dan kepada Allah ia kembali.

Saya teringat dahulu rakan lama menceritakan kisah ayahnya kemalangan dan patah tangan. Seorang rakan menyebut "Innalillahiwainailaihirajiun..."

Seorang rakan lagi menjadi marah.

"Eh, bapak dia tak mati lagi la. tak baik kau!"

Kemudian seorang lagi rakan menerangkan bahawa ucapan takziah tidak semestinya kepada orang meninggal dunia. Ucapan tersebut digunakan untuk semua jenis musibah, sebesar-besar bencana alam meragut jutaan nyawa hingga sekecil-kecil musibah seperti kemalangan ini.

Malah ada hadis menyebutkan bahawa hilang sepatu (kasut) sekalipun seharusnya berkata "Innalillahiwainailaihirajiun..."

Hadisnya?

Ah, nanti saya cari kembali. Ada bukunya, tapi entah ke mana buku itu pergi.

*update*

Ah ya, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rujukan Tafsir Al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah Al-Baqarah.

betulkan jika salah. sekian!