Topik Utama

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, May 2, 2015

Biskut Habbatus Sauda Mlik Booster (featuring Nutella!?)

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ini saya menonton video dari Sorted Food mengenai Golden Ratio (kadar emas) dalam pembuatan cookie. Iaitu 1:2:3 - 1 kali ganda gula, 2 kali ganda lelemak dan 3 kali ganda tepung. Dengan kadar emas ini banyak resipi kita boleh reka. Oleh itu, memandangkan saya seorang menyusukan anak, saya cuba mereka resipi biskut yang boleh menggunakan bahan-bahan penggalak susu ibu seperti kekacang, madu, oat, dan habbatus sauda. Jadi saya hasilkan resipi Nutella lactocookie ini.

Mahu cuba? Sila salin resipi di bawah:

Nutella lacto-cookies (24 biskut kecil)

60g gula
40g madu
150g butter
50g nutella
1/4 tsp ekstrak vanilla
secubit garam
250g tepung diayak
1/2 tsp baking powder
1 tsp habbatus sauda


  1. Pukul gula, butter dan nutella hingga berkrim. 
  2. Tambah madu, esen vanila dan campurkan lagi hingga rata.
  3. Campurkan semua bahan kering-tepung, habbatus sauda, oat dan garam. 
  4. Kaup balikkan ke dalam bahan basah hingga tiada ketulan. 
  5. Bentukkan menjadi doh bulat, balut dalam clingfilm dan sejuk beku 15 minit. 
  6. Keluarkan dan jadikan bebola doh kecil. 
  7. Susun di atas dulan pembakar lalu bakar 180C, 15min-20min atau sehingga keperangan di tepinya. 


Siap! Nampak butir-butir habbatus sauda tu?

Dan soalan cepu emasnya...jadi tak?

Hmm...tak pasti sama ada ianya sekadar plasebo atau tidak, tetapi memang menjadi jika dimakan sebelum sesi pumping. lagipun, memang ramai yang memperkatakan tentang keberkesanan habbatus sauda untuk susu, Jadi, mungkin ada kejayaan di situ. Tambahan pula nutella yang penyedap dan oat yang penahan lapar, memang menyenangkan tengahari sibuk yang adakalanya tidak sempat untuk memasak.

Saya mungkin akan mencuba lagi dengan beberapa komponen penambah susu lain. bayam? ekstrak yis? mungkin...

Tuesday, August 16, 2011

WORDLESS WEDNESDAY11- My Raya Project


P.S. Hari ni memang hari Rabu. Blogger setkan ikut masa Amerika, sebab tu dia tulis Tuesday. 

Sunday, July 31, 2011

TUTORIAL: cara jahit inner tudung sendiri

Assalamualaikum semua (kalau ada la orang yang baca, LOL!). Dah lama tak masuk blogger. bukan malas, tapi Firefox tu sendiri yang error, entah kenapa. Asyik-asyik "bad request". dan tak boleh masuk gmail langsung.

Anyway, semenjak 2 menjak ni pun, saya dah malas nak berias diri. Mekap sudah berhabuk. Baju cantik sudah lama terperap dalam almari. kasut pun sudah mula pakai crcos, padahal dulu kasut kain lembut. Terfikir sekali dua, untuk menukar cara pemakaian tudung pula—nak pakai tudung sarung.

Tapi kan, tudung sarung ni problem utama dia—sudahlah rupa menjadi macam makcik-makcik (kawan pernah kena kritik macam tu)

terfikir untuk menjahit tudung inner awning sendiri. Almaklumlah. Selalu tengok dekat kedai, paling kurang pun harganya RM30. Tambahan pula, ada bentuknya tak sesuai dengan muka, dan kadang-kadang nampak macam orang tua.

Tapi saya paling suka design Radiusite ini, bahagian tepinya lebar untuk muka bulat, dan nampak macam untuk orang muda (atau kerana modelnya memang muda dan designnya kelihatan muda, tak tahulah). Tapi harganya masih agak tinggi, jadi saya terfikirkan untuk membuatnya menggunakan shawl cotton lama. 
saya mencari tutorial dalam internet namun memang tiada. jadi saya berazam membuat sendiri tutorial supaya sesiapa sahaja boleh membuatnya sendiri daripada bersusah payah membeli yang mahal.


Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri-tanpa awning keras (difficulty:easy)

Bahan-bahan yang digunakan ialah shawl lama, gunting, pin, mesin  jahit (kalau nak jahit tangan pun boleh, alamat sampai pagi raya le menjahit lagi) dan kapur berwarna biru. eh bukan kapur barus tau! 


Cara-caranya?

  1. mula-mula ambil shawl cotton lama (yang saya guna ialah shawl gypsy--buang anting-anting dia dan ratakan dia menjadi segi empat). ambil tudung tu dan pakai macam biasa. Tapi pastikan hujung tudung berada betul-betul di hairline (garis rambut). in akan jadi base tudung anda.Kemudian gunakan kapur biru (ala kapur kaler lain pun boleh, gedik la zati neh), tandakan bahagian dagu di mana dua kain bertemu, dan tandakan bahagian tengah atas dahi. Kemudian tandakan juga selabuh mana inner neck yang anda mahu. saya buat 38 inci. pendek sebenarnya.
  2. ye lukisan saya tak lawa. tahan je la.
  3. sekarang, ratakan kain itu di atas meja anda.  potong mengikut saiz labuh yang anda mahu tadi. anda akan dapat bentuk segi empat sama. dan anda akan ada lebih kain sedikit di tepi. lebih itu yang akan kita gunakan untuk buat awning dia nanti.     
  4. Untuk awning, lebihan tadi diambil. saya ambil dalam 8 inci kot, bentuk segi empat sama. Lipat dua supaya ia lebih tebal. masa untuk buat awning!                   
  5. yang sebelah kiri tu kita lipat dua ambil buat awning ya. 
  6. Untuk awning, kain yang dilipat segi empat sama tadi diletak atas kepala. kemudian letak kain yang panjang tadi atas kepala juga. Ha, ada rupa tudung awning tak? kalau tak, dah salah buat le tu. 
  7. tandakan tengah "awning", selari dengan tengah anak tudung. juga jangan lupa tandakan tepi awning tu. pendek kata, tandakan apa yang saya tandakan biru tu.
  8. jangan risau, awning dia nampak semi circle tapi bila jahit dia straight.
  9. tanggalkan awning tu. pastikan masih berlipat! dan anda akan nampak ada bentuk semi circle (bulan sabit) dilukis pada awning itu.  jadi potong mengikut bentuk tersebut (lebihkan sikit untuk mudah menjahit). nah, sekarang anda ada bentuk bulan sabit untuk awning dan segiempat sama untuk tudungnya.                                                                        
  10. Ok, sekarang ni masanya untuk menjahit. Nampak tak tandaan hijau itu? ha, itulah tempat yang anda akan cantumkan. jangan tersilap tahu! bentuk lengkung awning itu dicantumkan kepada kain segiempat. cantum dan jahit.  (pastikan tandaan biru tu sepadan, sebab tu tengah dia. ingat bukan?)
  11. Ha, sekarang dah dapat awning. Ce try pakai. jadi tak? hehehe! OK, sekarang ingat tak tandaan pada dagu  yang kita buat awal-awal tadi? Ha, jahit dari situ sampai ke bawah. macam lukisan ini. pastikan selepas tu anda pakai lagi untuk merasa bajet lawa. Eh, bukan la, nak pastikan muat kepala! 
  12. Bila anda pakai anda mungkin akan merasakan bentuknya agak kasar. jadi anda boleh potong supaya hujungnya bulat seperti ini. jahitkan kelim di sekelingnya atau minta kedai jahitkan (especially jika anda tak tahu apa itu kelim hahaha! ops jangan marah, bulan puasa ni...) 
  13. potong bentuk lekuk-lekuk pon boleh. tengok contoh tudung yang ada kat rumah.
  14. Ha, dah siap dah pun. beginilah rupanya!
ya, belakangnya panjang. sebab sanggul kan besar. heuheuheu
Maaf, tak ada gambar saya memakainya kerana wajah saya tidak cukup lawa tidak sesuai untuk dunia blogging. namun, rupanya paling hampir seperti yang dibuat oleh syarikat ini. bezanya saya punya tiada awning keras dan awningnya lebih ke bawah supaya dapat menguruskan muka yang bulat. OKlah tu!
serius cakap bila pakai sebijik gope cami. 
 
Cantik tak kawan-kawan? Jadi sesiapa nak buat bolehlah buat. Dan jangan lupa tanya saya mengenainya jika anda ada masalah. Bye, selamat berpuasa....dan selamat mencuba!