Seperti dijanjikan, saya akan nukilkan pengalaman mendapatkan pengembalian wang dari Taobao. Untuk melindungi hak pengguna, Taobao menyimpan wang pembayaran anda secara maya, jadi ia membolehkan pembeli menerima wang balik secara auto jika keadaan memerlukan. Saya biasanya melakukannya apabila barang yang dibayar tidak shipping biarpun sudah beberapa hari. Pada pengamatan saya, barang akan dihantar paling lewat 1-2 hari selepas dibayar, dan jika lebih mungkin menandakan masalah telah berlaku.
Sebagai contoh, barang yang saya order di bawah tidak menerima maklumbalas peniaga selepas 4 hari biarpun saya telah mengklik "remind the seller shipped". Oleh itu, saya menekan pula butang "refund" untuk membatalkan transaksi.
Dan saya pun dibawa ke halaman "Refund". Klik pada pilihan sebab refund.
Saya memilih "did not ship in time" untuk kes ini. "Shoot the wrong" bermaksud "salah pilih barang" pun boleh juga.
Nyatakan sebab lain permohonan refund anda, jika mahu. Saya nyatakan masalah saya, yang diterjemah ke bahasa Cina. Akan tetapi ini tidak wajib. Teruskan dengan menekan Submit.
Permohonan refund anda akan dimajukan ke peniaga. Jangan risau, jika peniaga tidak respon sekalipun dalam tempoh masa 48 jam, Taobao akan tetap memulangkan wang anda. Untuk mempercepatkan proses ini, anda boleh chatting dengan peniaga dan menerangkan permintaan anda. Ini akan menyegerakan proses refund.
![]() |
| Apabila refund selesai, anda akan lihat tanda ¥ di butiran item di Buy Baby anda seperti ini. |
![]() |
| Apabila diklik ¥ tadi, anda akan melihat laman ini. Anda boleh beri rating kepada seller, sepertimana transaksi biasa juga. |
Akan tetapi ada juga sebabnya seller akan menolak permohonan anda. Jika barang telah dihantar refund anda tidak dapat diterima. Lihat kembali di halaman utama anda, samada barang itu sudah berada di Inbound bermakna ia sudah dihantar.
Jadi, berapa lamakah sebelum wang itu kembali ke akaun bank anda? Mengikut pengalaman saya, ia akan masuk dalam 5-7 hari bekerja, oleh sebab ia perlu melalui saluran rasmi mereka Alipay, dan kemudian ke bank transaksi antarabangsa. Tapi jangan risau, lambat atau cepat, wang anda selamat dengan sistem pengurusan Taobao yang mesra-pelanggan.
Berikut adalah janji khidmat pelanggan Taobao:
![]() |
Kini, Taobao mempunyai pilihan untuk penghantaran secara terus (tanpa menggunakan cargo seperti yang saya lakukan) ke kediaman anda di Malaysia atau Singapura. Jimat masa dan tidak perlu membayar dua kali. Nantikan review saya!








