Topik Utama

Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Seorang Anarkis Remaja.


"Lihat negara yang dijatuhkan menerusi demonstrasi. Kemudian mereka cuba bangun, dan dijatuhkan dengan demonstrasi yang lain. Sampai bila pun ia tidak akan aman."
begitulah kata-kata ayah saya tika menonton TV beberapa hari lalu. Dalam Buletin Utama rangkuman dunia kerap menitipkan update terkini mengenai negara-negara di Eropah dan Timur Tengah. Semuanya, entah kenapa, penuh dengan demonstrasi dan penggulingan.

Malah, ada yang pemimpinnya (yang dikatakan kejam, zalim, diktator dan banyak lagi) sudah digulingkan oleh kuasa rakyat namun masih terpapar berita keganasan di tempat mereka beberapa bulan kemudian.

Kenapa begitu? Bukankah selepas pemimpin kejam turun takhta, rakyat akan aman damai?

Tidak. Itu hanya persis dongengan novel sahaja. "When the evil is dead and gone, they live happily ever after." tidak.

Pada hemat saya, (selepas memahami pandangan ayah saya tadi), sesuatu kerajaan selepas digulingkan oleh rakyat, akan bermakna "kuasa" kerajaan itu telah dipindahkan kepada rakyat. jika sebelum ini mereka merasakan perlu takut kepada pemimpin, sekarang mereka merasa pemimpin pula perlu takut dengan mereka. Jadi apa saja kesalahan pemimpin--tidak kira kecil atau besar--selagi tidak dipersetujui--akan digulingkan. Malah mungkin benda yang dianggap sebagai "kesalahan" itu sebenarnya benda yang baik dan berguna--baik kata Che Det dulu "unpopular decisions".

Tidak, saya bukan pro government mahupun pro pembangkang. Namun saya takut apabila sekali diberikan "kuasa" kepada masyarakat umum, selama-lamanya ia disalah guna. Teringat pula saya pada episod Siri Kino's Journey dahulu, tentang "Undang-undang rakyat".(maaf tak ingat yang mana, sila cari dalam youtube sendiri). Dalam cerita itu, satu negara tiada pemimpin, jadi mereka gunakan "undang-undang rakyat". Tidak suka, hukum. Suka, sokong. Kelihatan aman damai tetapi, akhirnya cuma tinggal seorang saja dalam negeri itu. Manakan tidak, satu demi satu orang digulingkan oleh masyarakatnya sendiri!

Jadi adakah ini perkara yang baik? Sebenarnya saya tidak menolak keperluan jika sesuatu negara itu memerlukan pertukaran pemimpin, apatah lagi jika ia pemimpin yang tidak efektif. Namun, sesuatu yang perlu dielakkan ialah pertukaran secara "coup d'etat" atau penggulingan pantas. Pertukaran kerajaan secara terancang adalah kuncinya. Dengan ini, siapa sahaja pemimpin yang datang, akan dipatuhi dan ditaati sejajar dengan tugas mereka sebagai premier negara.

Adapun saya ingin tutup penulisan ini dengan hadith.

"Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya"
Assalamualaikum WBT!

Sumber gambar: google 1, 2, 3.

Wednesday, October 26, 2011

Just a little bit of thinking, 2.0

Daripada Ali bin Abi Thalib ra…, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith Riwayat At Tarmizi)

Sunday, March 6, 2011

Tidur Pun Ikut Syarak?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ah, sejak memprivate blog lama, sekarang ada masa untuk tumpu pada blog yang ini. Lagipun lebih selesa meletak cerita dalam blog yang takde pembaca daripada blog yang ada pembaca. Tekanan rasanya bila nak mencapai pengisian yang disukai semua pihak.

Apa-apapun, tadi saya sibuk berborak dengan rakan, tentang cara tidur. Ada pelbagai cara tidur, dan ada orang kata setiap cara itu melambangkan sikap seseorang. Contohnya tidur terlentang, meniarap, mengiring panjang atau mengiring macam janin dan banyak lagi.

Ni tidur mengiring ya kawan-kawan. cat approved!
 Rakan saya tadi menyebut bahawa dia tidur tertiarap. Dan belum sempat saya komen cara tidurnya persis bayi, katanya “tidur meniarap ni tak digalakkan dalam Islam. Nanti Syaitan liwat.”

OH WHAT

Adakah syaitan itu gay? Saya gelak guling-guling mendengar penjelasannya. Saya terfikir sendirian. Kalau sesiapa yang tidur meniarap itu akan disodomi syaitan, sudah tentu ramai orang yang tidak suci sejak kecil lagi, kerana semasa kecil kebanyakan bayi tidur meniarap!

Kemudiannya saya memulakan pencarian dan menjumpai pelbagai fakta mengenai tidur. Antaranya kalau tidur meniarap menyebabkan masalah pencernaan dan pernafasan kerana organ kita ditekan oleh berat daging dan lemak dalam badan. Tambahan lagi, antara sebab utama SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah tidur meniarap.
tidur macam ini Isnyallah tak ada SIDS ya adik-adik. []

Sebenarnya tidur meniarap itu bukan menyebabkan kita diliwat syaitan kerana tiada bukti dalam hal ini (saya tidak pasti kalau ada hadisnya, sila betulkan saya), namun bahagian tentang tidur meniarap itu tidak digalakkan dalam Islam memang tepat.

Pernah suatu hari Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam ternampak umatnya sedang syok tidur di perkarangan masjid. Meniarap pula tu. Lalu pantas baginda datang mengejutkannya sambil berkata bahawa tidur meniarap ini tidur para ahli neraka. Ini ada dalam Hadith Riwayat Ibnu Majah
Tapi ada yang kata hadith ini dhaif pula. Nampak macam cerita yang sama walaupun periwayat berlainan.

Apa-apapun, tidur mematuhi sunnah nabi adalah mengiring ke kanan. Namun banyak jenis tidur yang kita gunakan, dan jenis tidur itu adalah habit sebenarnya jadi kalau sukar tidur mengiring kerana masalah kesihatan, tidak apa. Dan oh ya, pastikan tilam anda berkualiti tinggi. Kalau tidur ikut sunnah tetapi tilam turun-naik-turun-naik, tak selesa juga. Ops!

Kesian si hitam. kaki mu di bibirku. {link}
  Itu saja hari ini. Oh ya, kalau mengantuk tidur dulu. Bak kata blogger blog “omong-omong Nina” tertidur semasa solat sungguh tidak cool ok.