Kalau melibatkan wanita, ada tiga isu yang agak "glamer" semenjak dua menjak ini: aurat, kos perkahwinan, dan poligami.
All three! (source) |
Ya, poligami. Acapkali diceritakan namun benda yang dikupas adalah same old, same old story. Poligami itu sunnah, Nabi Muhammad SAW mengahwini janda, balu dan juga anak dara, Nabi Muhammad SAW mengamalkan sistem giliran semasa berpoligami dll.
Namun apakah selalu diceritakan mengenai poligami, tapi dalam sisi yang berlainan? Setelah membaca Solusi bulan ini, saya mendapati ada perkara yang agak kurang dikupas oleh pendakwah kontemporari bila berbicara tentang poligami. Contohnya Rasulullah SAW mengamalkan monogami selama 25 tahun dan hanya berpoligami selama 10 tahun sahaja, iaitu selepas kematian isteri ulungnya Khadijah.
Satu lagi ialah melihat kepada wanita-wania yang dikahwininya, setiap perkahwinan mempunyai sebabnya tersendiri antaranya sebab diplomatik (berkahwin dengan anak ketua kaum/pemimpin), ekonomi (pejuang-pejuang yang syahid meninggalkan isteri dalam kemiskinan), akidah (muslimah kematian suami tinggal seorang dalam suasana kaum kafir), menegakkan peraturan dalam islam (berkahwin dengan ex-wife anak angkat bagi membuktikan hukumnya halal).
(source) |
Selain daripada itu, poligami tidak seindah yang digambarkan kebanyakan pendakwah (lelaki terutamanya). Sebaik-baik Nabi SAW dan semulia-mulia peribadi isterinya, terdapat juga perselisihan, cemburu dan diskriminasi. Antaranya apabila Safiyyah, wanita berbangsa Yahudi dikahwini Rasulullah, ada isteri-isterinya yang menggambarkan rasa tak suka dari segi perlakuan dan perkataan. Hafsah bersama Aisyah RA sendiri pernah mengungkit keturunan Yahudinya. Rasulullah juga pernah "merajuk" (tidak mendatangi) Zainab selama berbulan-bulan kerana cemuhannya!
Juga yang menarik adalah kisah mengenai Nabi Muhammad SAW sendiri yang pernah menghalang poligami.
Kisahnya begini--Anak perempuan Abu Jahal ditawarkan kepada Ali bin Abi Talib sedangkan pada ketika itu, dia sudah mempunyai Fatimah RA.Nabi Muhammad menghalang dengan mengatakan "...ketahuilah aku tidak akan mengizinkan. Sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh aku tidak mengizinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terlebih dahulu. Fatimah adalah sebahagian daripada diriku. Apa yang mengganggu dirinya akan turut mengganggu diriku dan apa-apa yang menyakiti hatinya turut menyakiti hatiku."
Ada yang mengatakan sebab ia terhalang kerana Rasulullah tidak sukakan anak Abu Jahal dimadukan bersama anaknya. Ada yang katakan kerana Fatimah itu puteri kesayangan yang tidak sanggup disakiti hatinya. Apa-apapun, disebabkan baginda pernah menghalang menantunya sendiri berpoligami, adalah boleh dianggap baginda sendiri faham bahawa poligami bukan untuk semua.
(source) |
Ya lah, bukan untuk semua, tapi boleh ja nak buat kalau perlu. (nak juga tulis kasi sedap hati lelaki di luar sana. Nanti tak de siapa nak kahwin camne? huhu).
Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment