Assalamualaikum wbt.
Ok, previously saya ada menyebut mengenai preference saya terhadap pendidikan yang tinggi seseorang ulama' untuk memilihnya sebagai rujukan. Namun untuk mengelak pertanyaan lebih lanjut (kalau ada yang baca la blog ni, huhu) saya akan panjangkan lagi penerangannya.
Pada pendapat saya, seorang sarjana (termasuklah ulama') pertama sekalinya mestilah dinilai berdasarkan pendidikannya--di mana, berapa lama, dan siapa gurunya. Tempat, boleh jadi universiti ulung yang menawarkan pendidikan agama tahap tinggi seperti Al Azhar, mahupun madrasah biasa tetapi terkenal kredibilitinya di kalangan pendakwah. Namun, tanpa universiti yang ulung mereka masih boleh belajar, iaitu daripada guru-guru yang terkenal dan boleh dipercayai.
Dan guru-guru pula bukan sembarangan dipilih. Teringat pula satu hikayat yang menceritakan tentang seorang murid cuba mencari guru, tetapi dilihat gurunya sedang mengumpan lembu dengan rumput untuk disembelih, maka tidak jadi ia berguru dengannya. (siapa murid ini, cuba teka!)
Mungkin anda bertanya mengapa perlu melihat kepada kredibiliti dan taraf pendidikan seorang ulama'? Adakah perlu kita beza-bezakan mereka? Jadi ambil contoh ini--seorang konsultan yang merupakan saintis ingin ditemui oleh orang awam yang memerlukan khidmat nasihatnya. Sebelum dia menasihat, apa kriteria yang ingin orang awam itu guna untuk memilih konsultan?
1) Di manakah konsultan ini belajar?
2) Di manakah beliau intern (latihan amali)
3) Pernah bertugas di mana?
4) Apakah buku-buku dan jurnal yang beliau hasilkan?
5) Siapakah rujukan beliau (biasanya majikan terdahulu dan pensyarah/pegawai beliau)
Itu bagi perkara yang saintifik. Tukar pula kepada ulama'. Seseorang ulama ingin ditemui orang awam yang memerlukan khidmat nasihatnya. Jadi sebelum melantiknya, apakah kriteria yang ingin dinilai?
1) Di manakah beliau belajar? (Mesir? UIA? jordan?)
2) Di manakah beliau dilatih? (pernah diberi latihan dakwah? ABIM? Tabligh? Usrah?)
3) Pernah bertugas di mana? (jabatan mufti, mahkamah syariah, imam besar?)
4) Apakah buku-buku dan jurnal yang beliau hasilkan? (majalah, buku himpunan hadis?)
5) Siapakah rujukan beliau (biasanya guru/ustaz beliau terdahulu)
Maka, bolehkah kita guna perkara yang sama untuk ulama? Boleh bukan.
Oh, itu saja buat hari ini. Kalau ada silap dan salah, mohon maafkan.
No comments:
Post a Comment