Assalamualaikum wbt.
Semasa saya sedang menyelesaikan urusan bank tadi, saya terbaca artikel dalam suratkhabar mengenai Tabung Ibu Susuan di mana (kalau tak silap saya) ibu yang tidak mampu menyusukan anak disebabkan masalah tertentu, boleh dipertemukan dengan wanita yang sanggup menyusukan bayi tersebut. Anehnya, muzakarah fatwa menyimpulkan bahawa aktiviti Tabung Ibu Susuan ini adalah haram.
Ye ke? Tapi saya anak emas ibu tau. wajib dapat nutrien terbaik! |
Aneh bukan? Kerana hukum asal ibu susuan, adalah HARUS. Tambahan pula proses ibu susuan itu sudah lama dilakukan, malah sebelum zaman kerasulan Nabi SAW lagi.
Oh tidak, bukan saya hendak menafikan muzakarah fatwa namun saya benar-benar harap ia dikaji semula. Ini kerana walaupun penyusuan itu adalah penting bagi bayi, terdapat banyak kekangan dalam proses penyusuan. Antaranya penyakit yang boleh berpindah secara susuan (seperti AIDS), ataupun masalah kekurangan susu ibu.
Malah, tidak lama dahulu saya pernah terdengar perbualan dua orang pelajar yang mempunyai bayi. Salah seorang mengatakan bahawa dia dimarahi oleh doktor kerana kurang menyusukan bayinya. “Namun apa saya boleh buat,” katanya, “ia tidak keluar!” Mungkin stress belajar menyebabkannya begini. Ya, oleh sebab pengeluaran susu dikawal oleh hormon, maka stress juga boleh menyebabkan ia kurang.
"Kalau adik pakai macam bear, adikboleh minum susu mak bear tak? hihi" |
Apa-apa pun, saya boleh katakan terdapat banyak sebab ibu susu itu amat diperlukan. Maka apa salahnya kita menaikkan semula budaya ibu susuan ini. Ya, saya faham tentang terdapatnya banyak kerisauan dalam budaya ibu susuan, khususnya menjaga keturunan. Oleh itu, saya sarankan bukan untuk mengharamkannya secara terus, tetapi memberi syarat supaya rekod ibu susuan disimpan dan dimaklumkan kepada pihak ibu kandung juga. Jangan risau tentang nasab; zaman sekarang lebih mudah! Dengan nombor IC dan maklumat daripada jabatan pendaftaran, macam-macam boleh tahu daripada alamat rumah kepada bllangan ahli keluarga. Maka apabila anak itu sudah dewasa nanti, dia boleh menjejak semula keluarga si ibu susuan untuk memastikan siapa muhrimnya.
Selain itu, agak menarik untuk kita baca syarat-syarat tambahan yang digariskan di laman web ini :
- Ibu pembekal haruslah beragama Islam dan tidak mengambil sebarang makanan atau minuman yang menyalahi hukum Islam
- Ibu pembekal susu haruslah bebas dari sebarang penyakit merbahaya seperti HIV atau Hepatitis.
- Ibu pembekal tidak menerima sebarang pemindahan darah di dalam jangkamasa setahun ini.
- Ibu pembekal tidak merokok.
- Ibu pembekal tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi kandungan susu.
- Ibu pembekal haruslah baru memulakan penyusuan kurang dari 6 bulan. Sekiranya penyusuan telah lebih dari 6 bulan, kandungan protin di dalam susu sudah kurang sesuai untuk bayi yang baru berusia beberapa hari ini.
- Sekiranya ibu pembekal tidak berniat untuk menjadi ibu susuan, bolehlah mendermakan susu di dalam kuantiti yang sedikit iaitu kurang dari 10 auns.
- Sekiranya ibu pembekal mempunyai bekalan susu yang amat banyak dan kuantiti itu cukup untuk menjadikan bayi kenyang lebih dari 5 kali (syarat ibu susuan), kedua-dua belah pihak perlu menandatangani surat perakuan yang menyatakan ibu pembekal adalah ibu susuan kepada bayi tersebut. Ini adalah penting sebagai rujukan di masa akan datang agar tidak timbul permasalahan dari segi nasab bagi kedua-dua belah keluarga.
Syarat-syarat tambahan ini bukan saja untuk menjaga nasab keturunan tetapi menjaga kesihatan bayi itu juga. Nampak lengkap bukan? Jadi harapnya para mufti dan ulama’ dapat menilai semua pengharaman terus kepada kumpulan ibu susuan. Ini kerana seorang bayi itu mempunyai hak untuk mendapatkan nutrien yang terbaik bagi kemandirian hidupnya.
Rrrawr! Kite shehat dan kuwat sebab minum shewshew ibuew taww! |
Saya nak akhiri dengan hadis mengenai kebaikan penyusuan ibu, tetapi ada kawan yang menyatakan hadis itu palsu pula. Aiseh. Anyway, good day people!
No comments:
Post a Comment