Assalamualaikum WBT.
Echewah. Tajuk ganas tapi cerita kasi salam pulak.
Anyway, ada satu buku yang baru saya tamat baca. Namanya Echo Park daripada Micheal Connelly. Siapa yang suka cerita ala-ala NCIS, Criminal Minds dan sewaktu dengannya memang layan la buku-buku Connelly ni. Saya tertarik nak kongsikan pepatah yang disebut oleh salah satu watak dalam cerita itu.
“Deep inside us there are two dogs; the bad dog and the good dog. These dogs keep fighting inside of you, to decide who will be the alpha male. What you will turn out in the future, good or bad, depends on which dog you feed.”
Aum. feed me! {link} |
Anjing ini sejenis haiwan hierarki. Ia kalau berkumpulan, mesti akan cuba bertanding antara satu sama lain untuk menjadi ketua alpha male. Ini adalah sifat semulajadinya yang tidak wujud pada kucing, ikan atau burung belaan anda. Malah diceritakan kalau membela anjing, tuannya perlu sentiasa tegas dan tidak mengalah kepada mereka walaupun digigit dan dinyalak, kerana mereka akan mennganggap dirinya tuan kepada manusia.
Berbalik kepada analogi tadi, ertinya dalam badan manusia itu ada dua haiwan yang sama padan sama kuat sedang bertarung sesama sendiri. Yang akan memang ialah yang paling kuat antara mereka. Dan yang diberikan “makanan” itulah yang menjadi kuat.
Kembali kepada cerita Echo Park tersebut,watak antagonis dan protagonis lahir daripada kawasan yang sama. Mereka berdua adalah anak yatim dalam rumah kebajikan yang sama. Namun menurut protagonisnya “Aku telah memberi makan kepada anjing jahat itu.”Dia terlalu memikirkan kekurangan diri, panas baran dan terburu-buru sehingga menyebabkan dia menjadi pembunuh bersiri yang akhirnya ditembak mati oleh si protagonis.
Menurut pemahaman saya, jiwa kita sering diberikan “makanan” pada setiap hari. Kalau kita selalu memikirkan perkara negatif, bersifat agresif dan lain-lain, kita sedang memberi makan kepada entiti yang jahat.
Kalau kita sering berfikirkan perkara yang positif, kita sedang memberi makan kepada yang baik.
Kadang-kadang perkara sehalus mendengar cemuhan atau umpatan orang, atau terasa dengan orang lain walau sedikitpun dapat menumbuhkan setompok titik hitam dalam hati. Kemudian kita berterus-terusan melayan perasaan tersebut hingga tidak sedar ia telah bersarang dalam diri, cukup kuat hingga tidak boleh menghilang.
Sesungguhnya itulah titik pembeza antara orang yang baik dan buruk. Tiada persoalan genetik atau kaum atau gender di situ. Lahirnya manusia ke dunia adalah seperti kain putih yang boleh dicorakkan sesuka hati, bak sabda Rasulullah SAW. Namun apa yang berlaku seterusnya, yakni pencorakan itulah yang menjadikan hasil akhirnya sama ada bernilai atau tidak.
Pepatah itu cukup terkesan bagi saya kerana saya sentiasa memikirkan bahawa saya ini adalah manusia betul-betul di tengah-tengah. ada potensi baik dan ada juga potensi buruk. Suap sedikit makanan kepada anjing jahat maka jatuhlah saya dalam kejahatan. Itulah sebabnya saya cuba menyuapkan diri dengan perkara yang baik setiap hari. Ya, sukar dengan kesibukan seharian tapi kena cuba juga. Oh ya, janji tahun ini:
- Kena janji untuk bangun lebih awal dengar kuliah pagi di TV9
- Kalau tak, kena dengar yang pukul 11 malam (kot)
- Sentiasa baca AlQuran walaupun pemalas sangat dah ni
- Habiskan buku-buku agama yang dah bersarang dalam almari
- Pergi kedai buku beli buku lagi! (part ni kena tunggu gaji, dan tunggu buku lain habis baca dulu)
- Kurangkan melepak dalam laman social dan menyemakkan home page dengan status sendiri (nanti kena remove friends baru tau ahaha)
- Dan kalau nak post dalam laman social kena fikir dua tiga kali. Post yang berfaedah saja. Dan jangan nak reply kepada status yang entah apa-apa. (ni part yang paling menggoda ni)
Ni sekadar janji-janji saya. Moga—moga ia bukan sahaja memberi makan kepada yang baik dalam diri tu, malah melemahkan anjing jahat tersebut. Woof! Woof!
p.s. cakap pasal anjing baik...er...ada sesiapa ada DVD Hachiko?
No comments:
Post a Comment