Topik Utama

Tuesday, May 10, 2011

Just a little bit of thinking, 1.0

1.0 The Surau

I don't know if there's any girls who notice this but, does the suraus and prayer room sometimes look odd to you?

I feel like they made it in the exact same layout of the boys' surau, you know--door, beside the door is the pipes, then the praying room half separated by the wall.

But girls are not boys, and boys are not girls.

Problem is with the layout, is that once girls open the door, they made other girls who are doing her wudhu' visible from the outside.

And sometimes when the girl surau is before the boys surau, there'll be boys walking by to get to their surau and they'll see everything as soon as another girl opens the door to some in and out.

You don't know how many times I instinctively duck my head when I wudhu' and someone opens the door. Sometimes I just removed my hijab and bam! the door opens.

There goes my aurat.

Yes, I'm fussy for complaining.

Just my two cents really.

Mengantuk sebenarnya.

Thursday, May 5, 2011

Interesting.

Heard this from Tanyalah Ustaz this morning:




Indeed, mankind was created anxious. When evil touches him,(he is) impatient. And when good touches him (he is), withholding [of it],Except the observers of prayer.(Al Maarij, 19-22)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.(Al Maarij, 19-22)

So humans are born with chaos and confusion built into their selves. Born as a being with full sets of functioning mind and yet--the world is an enigma to them. Trying to figure out, but the world holds secret even they cannot open. Therefore some men--whom which sometimes I know and see--fall through the cracks while just trying to figure out this confusion.

I understandthat--for the things cannot be understood, we should just stop asking questions, and just started believing. That's why we prostrate to god, seeking those calm from all the confusion.

Because it's not ours; the knowledge, to be understood anyway.

[source]

 

Tuesday, May 3, 2011

Tentang jodoh, timba, perigi dan usaha

"Saya bukan nak teman wanita. tetapi saya mahukan isteri."
Begitulah kata seorang personaliti dalam suratkhabar, yang saya baca tidak lama dahulu--membuatkan saya tersenyum sendirian. Eh, betul ke auta? Bukankah seorang lelaki pelakon popular, dengan wajah henesem dan usia muda dan rupa gagah perkasa mahukan wanita mendamping kiri dan kanan?

Tidak juga, lelaki rupanya, seperti wanita, ada keinginan untuk settle-down dan hidup bekeluarga. Kekasih datang dan pergi tetapi seperti orang lain, dia perlukan juga seseorang yang tinggal lebih lama--untuk dipercayai dengan amanah dan hartanya. Aneh juga bila melihatkan orang berfikirkan begini (memang jarang, lagi-lagi kalau dalam dunia urban) tetapi melihatkan rakan lelaki yang berfikiran serupa, saya tidak lagi terkejut.

Apa-apapun, bagi rakan-rakan, lelaki dan perempuan, yang ingin mencari jodoh, mengekalkan jodoh atau mempercepatkan jodoh dengan kekasih sedia ada, berikut adalah doa-doa tertentu yang didapati daripada episod Semanis Kurma, tajuk "Perigi Cari Timba."

Doa Ringan Jodoh

Surah Yusuf ayat 4


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Surah Al Anbiya ayat 89
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

Al Baqarah: 102, 255

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

[255] – Ayatul Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Al A’raaf: 117-122


Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.

Yunus: 81-82


Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”.

Thaha:39 (mak kata, pasangan suami isteri kalau nak berkekalan, sama-sama kena baca)


“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."

Begitulah semua ayatnya. Saja saya masukkan maksud bersama. Lihat dengan teliti maksud ayat itu. Indah, dan kebanyakannya ada kenanya dengan jodoh dan zuriat, bukan? Ada juga ayat yang digunakan untuk melawan sihir buatan manusia, kerana kadangkala lambatnya jodoh bukan kerana masalah perawakan dan rupa tetapi kerana "sekatan" yang dikenakan.

Hm...jodoh ni, complicated stuff. Ada cara-cara teknikal yang kita boleh usahakan untuk mendapatkan jodoh, contohnya berlatih berkomunikasi, dan bersosial dll. tetapi kebanyakan urusan jodoh ini di luar bidang kuasa kita. It's governed by a higher power. logically, to ensure the continuation of the species. Apa-apaun, usahakanlah, dan rajin-rajin doa bukan sahaja untuk mendapat jodoh, tapi mendapat yang baik serta dalam masa yang sesuai.

Assalamualaikum.

p.s. saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan(poke) dalam facebook. hahaha

Monday, April 25, 2011

Entri ini 99% perasan dan 1% keagamaan.

Seorang lelaki mengepos status ni pagi tadi.
“Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?”
Saya senyum sendirian. 

Of course la free hair saya lagi lawa.

“Astaghfirullahalazim!” Awak mesti cakap camtu kan.

Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang tengok cermin dan berkata 

“Hai beautiful.”

Sungguh, rambut saya cantik sampaikan kalau Erra Fazira tengok pun dia akan depressed sampai ke tua.

Eh, perasan la you ni.

Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu? 

Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok. 

Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika.

macam ini pun boleh. [link]

Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke?

Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu selalu, sisir elok-elok, dan trim dengan kerap. Jadi dia tumbuh elok. 

Saya bukanlah anak orang kaya, setakat mandi air panas bolehlah. (eleh kaya jugak tu kan ada water heater).  
Rambut kan mahkota seorang wanita. Mestilah jaga. Mesti cantik, mesti berkilat, mesti wangi. Tudung ke tidak, jaga rambut itu wajibalghunnah.

 #flipshair

Eleh, kamu cover rambut. Boleh la buat statement macam ni. Entah-entah rambut macam bulu hidung panda.

Siapa kata? Orang bertudung la rambut paling lawa. Tak terkena sedikit pun cahaya matahari Malaysia yang kaya UV-A dan UV-B ni. Tu la pasal rambut lelaki banyak gugur. #EhTeraseKe

Lagi satu, kalau rambut freehair cepat  rosak. Mana taknya, kejap hujan kejap panas. Kena sapu lembapan tambahan, kena ada multivitamin tambahan.  Orang free hair hari-hari ada bad hair day. Kami tak ada pun.

Kalau simpan elok-elok bawah tudung, bila balik rumah , turunkan rambut cantikkkk je dia jatuh. Ala macam iklan sunsilik tu. Guna jari pun boleh.

Jaga rambut baik-baik, tapi tidak ada siapa boleh menghargai. Kesian kamu.

Eh, saya tidak pernah kasihan kepada diri sendiri. Malahan saya lagi bangga.

Benda yang special dan cantik haruslah dieksklusifkan, macam rambut saya.

Takkan lah saya nak bagi orang sesuka hati tengok.

Nanti bila ada pasangan yang sah , saya bagi la dia tengok puas-puas. Nanti  tiap hari bila saya balik rumah, saya menarik tudung secara dramatik lalu berkata,

“Abang rambut saya macam Jessica Alba tak?

Dan dia akan menjawab  “Jessica WHO?”

Aum....

La, tunggu kahwin baru nak freehair, itupun dalam rumah?

Rugi ke? Tak saya tak rasa rugi. Itulah nilai eksklusiviti aurat Muslimat dalam Islam.

Aurat yang terlalu cantik dan menarik perhatian, sampaikan ia terpaksa disimpan hanya untuk tatapan orang-orang istimewa sahaja. Orang yang akan menghargai semuanya diri kita, luar dan dalam.(dan rambut OF COZZ)

Skandal? Boyfriend? Teman tapi mesra? Eh, tak cukup layak lagi tengok keJULITAAN rambut saya yang aum-aum-sungguh ini. Biar suami sah saja tengok, oke tak. #flipshair

Kalau dia tak suka?

Ah, sukati dia la. Mesti dia jeles rambut dia tak lawa macam rambut saya. #flipshair


.......

Thursday, April 14, 2011

Kisah Purbakala dari Mesir

Ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh para pencerita zaman dahulu. Kisahnya berasal daripada mesir, negara letaknya Sungai Nil, Piramid, Cleopatra dan kecintaan yang tinggi kepada haiwan (terutamanya kucing). 

Pada zaman dahulu terdapat seorang budak lelaki yang suka menyeksa haiwan. Umurnya baru 15 tahun tetapi keganasannya tidak dapat dikawal oleh bapanya dan jiran tetangganya sehingga dia terpaksa dibawa berhadapan seorang hakim. Hakim memutuskan untuk mengintip budak lelaki tersebut, apakah benar dia ganas seperti diceritakan.

Ketika diintip, dia didapati mengambil seeokor kucing lalu menanamnya hidup-hidup!  Pantas mereka bersemuka dengannya namun dia tetap degil. “Pukullah saya, saya tak hairan. Saya dah biasa!” dia menunjukkan badannya yang berbirat dirotan.

pesen tak takut manusia punya spesis.

Setelah disiasat oleh seorang bijak pandai, dia mendapati minda budak ini “rosak” akibat keluarga yang tidak bahagia. Ibunya meninggal semasa melahirkan, dan ayahnya membencinya kerana itu. Oleh itu dia menyeksa haiwan atas dasar eskapisme kepada dunianya yang sudah “hancur”. Menghukumnya tidak akan memberikan apa-apa kesan. Oleh itu, ahli bijak pandai tadi membuat helah.

Di memberi makan julap kepada budak ini. Selepas itu diberikannya pula sejenis ubat yang menyebabkan dia sering sakit dan cukup lemah sehingga tidak dapat melakukan “hobi” yang dia biasa lakukan itu. Kemudian, seorang gadis berumur 20 tahun, yang sedang berlatih menjadi tabib, ditugaskan pula menjaganya. Seolah-olah dia sakit kuat. 

Gadis ini memegang tangannya ketika dia mengerang sakit, mengusap kepalanya hingga dia tidur, memandikan dan memberi makannya seperti bayi, dan apabila dia semakin pulih, gadis itu bercerita kisah-kisah bertemakan kasih sayang dan keamanan.

Apabila dia pulih, dia berterima kasih kepada gadis tersebut, dan meminta untuk membalas budi si gadis dalam apa cara sekalipun. Si gadis menjawab mudah:
Ang! Ang! eh...Ong...Ong...[link]
“Saya ada seekor angsa. Angsa ini istimewa bagi saya. Besar maknanya jika awak dapat membantu saya menjaga angsa ini.”

Budak lelaki itu pantas teringat “hobi” lamanya dahulu, lalu menangis sedih. Dia tahu dia tidak dapat membalas jasa gadis tersebut dan memenuhi hanya satu permintaan si gadis ini. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal tindakannya lagi kerana setiap kali memegang binatang dalam tangannya pasti akan membawa kepada kematian binatang tersebut. Gadis itu melihat dia menangis lalu memujuknya:

“Dahulu kami sakit kuat, sehingga hampir mati. Saya doakan kepada Tuhan supaya kamu terus hidup. Tuhan kabulkan dan kamu hidup semula. Seolah-olah segala tindakan kamu serta kesakitan kamu dahulu telah hilang sama sekali. Ia telah mati, tetapi kamu masih hidup. ...”

Budak lelaki itu mula lega sedikit, tetapi masih lagi tidak mempercayainya. Lalu gadis itu membawakan seekor anak kucing kepadanya. Dia membangkang dan takut. Gadis itu senyum lalu mengajarkannya cara menjaga kucing; menggaru dagunya dan telinganya, dan mendengar bunyi ngiauan manjanya.

“Nah, kucing itu berbunyi kerana dia percaya kepada kamu. Saya juga percaya kamu boleh dipercayai, jadi saya tinggalkan kamu dengan kucing itu,”kata si gadis, lalu mencium dahi budak itu dan keluar bilik.Dibiarkan budak itu selama beberapa jam.

Zzz...bestnye.
Apabila si gadis masuk kembali tidak lama kemudian. Budak yang tadinya membantah diberikan anak kucing, kini sudah tidur bersama anak kucing tersebut dengan lena.

Akhirnya budak itu menjadi doktor haiwan yang terbaik di kawasan tersebut. Dia sangat sayang dan menjaga haiwan itu dengan teliti sehinggakan haiwan yang paling takut dengan manusia pun mampu manja dengannya.

Kisah ini mengingatkan saya tentang video pendek mengenai wanita muda dari Seri Kembangan yang membunuh anak-anak kucing awal bulan lepas. Setelah disiasat, wanita muda itu rupa-rupanya anak orang bercerai, tinggal dengan ibu tunggal. Dia juga sudah tidak berperwatakan seperti wanita lagi. 

Pada mulanya ramai yang marah akan tindakannya itu, namun pakar yang menelitinya mencadangkan bahawa wanita ini dibawa ke pakar psikatri. Nampaknya betul juga. Kegiatannya seolah-olah berlaku luar sedar dan luar norma manusia, apatah lagi seorang wanita. 

Kadangkala jenayah dan dosa yang dilakukan bukan hanya untuk melepaskan kegembiraan diri, tetapi juga jeritan minta bantuan untuk menyelamatkan diri daripada masalah yang lebih mendalam.

Dipertik dari John Robbins,  Diet For A New America.

Tuesday, April 12, 2011

Presepsi

Assalamualaikum wbt.

Tadi adalah berborak dengan akak senior, dalam berbual2 dua jam lebih tu terbuka cerita tentang pemakaian tudung. Ada soalan yang membuatkan kami berfikir sejenak.

Soalannya:
1)Ambil satu anak tudung..
Anak tudung Snood dari Maysaa.com [link]

2) kemudian tambah shawl di luar.
Shawl putih, daripada shopping blog Tia Rossi
3) Pakai dua-dua. Apa yang anda nampak?









4) Ada yang nampak ini...

Nun. [link]
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”.[sumber]




Sebenarnya apabila saya melihat orang pakai tudung kecil di dalam dan tudung selendang di luar, saya teringatkan muslimat di arab.

ala lebih kurang la. [link]


Lain orang, lain persepsi. I guess.


p.s. kalau nak penjelasan lebih lanjut boleh baca link dekat hadis tadi. 

Saturday, April 2, 2011

Apa kau ingat ini Tumblr nak reblog-reblog?



Artikel diubahsuai dari sini.
Saja reblog balik, nak jadikan peringatan sendiri.

Kebolehan bersosial:

Adalah seni hidup bermasyarakat. Di sini terdapat salah tanggapan antara bersikap hipokrit dan bersikap ramah (kebolehan bersosial). Dapatkah anda membezakannya?

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA berkata, “Seorang lelaki datang melawat kami, tetapi sebaik sahaja Rasulullah melihatnya, dia berkata “Oh, lelaki tak beradab itu...”, tetapi baginda berubah sebaik sahaja duduk bersamanya.  Baginda mengalu-alukan lelaki itu dengan ramah, sambil tersenyum. Apabila lelaki itu pergi, saya tanyakan pada Baginda mengenai perkara pelik ini; bagaimana tadinya baginda merasakan lelaki ini tidak baik, dan bagaimana baginda boleh berbual dengan ramah?

Rasulullah SAW menjawab, “Pernahkah kamu melihat saya hipokrit?

“Pada hari Pembalasan nanti darjat paling buruk adalah kepada mereka yang meninggalkan orang lain kerana dilayan dengan buruk oleh mereka.”

Al Qurtubi menjelaskan perbezaan hipokrit dan peramah, menentukan sikap ramah sebagai perlakuan sah yang sepatutnya, menyatakan bahawa sikap ramah bermakna mengorbankan kehendak duniawi untuk kebaikan meningkatkan penghidupan di dunia atau akhirat atau keduanya; sementara hipokrit bertujuan mengorbankan agama untuk kebolehan dunia.

Oleh itu, menjadi ramah adalah bermakna:

  • -menjadikan perhubungan dengan orang yang tak disukai lebih tolerable (kalau tak asyik sakit hati sahaja)
  • -mengelak dilayan dengan buruk oleh mereka kembali (jika kita buat baik mungkin mereka tidak akan memanjangkan sikap buruk dan turut ramah balik)
  • -memberikan persekitaran lebih sihat (kalau asyik bergaduh kadang terpalit dengan orang lain sekali, sudahnya seluruh persekitaran pun turut buruk).
  • -meningkatkan kesihatan emosi serta fizikal kita (perasaan sakit hati boleh memakan diri dan menyebabkan stress)
Oleh itu, kesimpulan yang saya ambil:

“Adalah tanggungjawab saya untuk bersikap baik dengan anda, tetapi bukan tanggungjawab saya untuk menyukai tindakan anda.”

Tepat bukan! Bullseye!