Topik Utama

Tuesday, May 3, 2011

Tentang jodoh, timba, perigi dan usaha

"Saya bukan nak teman wanita. tetapi saya mahukan isteri."
Begitulah kata seorang personaliti dalam suratkhabar, yang saya baca tidak lama dahulu--membuatkan saya tersenyum sendirian. Eh, betul ke auta? Bukankah seorang lelaki pelakon popular, dengan wajah henesem dan usia muda dan rupa gagah perkasa mahukan wanita mendamping kiri dan kanan?

Tidak juga, lelaki rupanya, seperti wanita, ada keinginan untuk settle-down dan hidup bekeluarga. Kekasih datang dan pergi tetapi seperti orang lain, dia perlukan juga seseorang yang tinggal lebih lama--untuk dipercayai dengan amanah dan hartanya. Aneh juga bila melihatkan orang berfikirkan begini (memang jarang, lagi-lagi kalau dalam dunia urban) tetapi melihatkan rakan lelaki yang berfikiran serupa, saya tidak lagi terkejut.

Apa-apapun, bagi rakan-rakan, lelaki dan perempuan, yang ingin mencari jodoh, mengekalkan jodoh atau mempercepatkan jodoh dengan kekasih sedia ada, berikut adalah doa-doa tertentu yang didapati daripada episod Semanis Kurma, tajuk "Perigi Cari Timba."

Doa Ringan Jodoh

Surah Yusuf ayat 4


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Surah Al Anbiya ayat 89
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

Al Baqarah: 102, 255

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

[255] – Ayatul Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Al A’raaf: 117-122


Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.

Yunus: 81-82


Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”.

Thaha:39 (mak kata, pasangan suami isteri kalau nak berkekalan, sama-sama kena baca)


“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."

Begitulah semua ayatnya. Saja saya masukkan maksud bersama. Lihat dengan teliti maksud ayat itu. Indah, dan kebanyakannya ada kenanya dengan jodoh dan zuriat, bukan? Ada juga ayat yang digunakan untuk melawan sihir buatan manusia, kerana kadangkala lambatnya jodoh bukan kerana masalah perawakan dan rupa tetapi kerana "sekatan" yang dikenakan.

Hm...jodoh ni, complicated stuff. Ada cara-cara teknikal yang kita boleh usahakan untuk mendapatkan jodoh, contohnya berlatih berkomunikasi, dan bersosial dll. tetapi kebanyakan urusan jodoh ini di luar bidang kuasa kita. It's governed by a higher power. logically, to ensure the continuation of the species. Apa-apaun, usahakanlah, dan rajin-rajin doa bukan sahaja untuk mendapat jodoh, tapi mendapat yang baik serta dalam masa yang sesuai.

Assalamualaikum.

p.s. saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan(poke) dalam facebook. hahaha

2 comments: