“Apa?”
“Wujud,” jawab saya kembali. “Mermaid syndrome. Mutasi dalam gen manusia di mana anak yang lahir akan rupanya seperti duyung—badan bawah bercantum, tiada kaki dan ada hujung seperti ekor ikan.” Saya berikan pautan ke Wikipedia.
Kecacatan kelahiran. biasanya umur tidak panjang. [link] |
“Ini penyakit, orang yang mengalaminya tak hidup lama,” bacanya pada Wiki tersebut;
“Tapi, soalnya, di dunia sebenar, apakah duyung sebenar itu wujud?”
------------------------------------------------------------------
Beberapa minggu kemudian, malam ini—saya tonton dokumentari di mana saya dapat jawapannya.
Ya, ia wujud.
Ya, memang kita banyak mendengar cerita di mana nelayan ternampak kelibat makhluk sepertinya tersekat di jala dan berenang di tepi bot—ada kalanya ternampak mayat tersadai di tepi pantai. Tetapi belum pernah ada sekumpulan saintis yang benar-benar mengkajinya hingga tahun itu.
Sekitar akhir dekad 1990-an, kelibat manusia berekor dapat dirakam dalam foto dan rakaman suara dan dibawa kepada makmal kajian mereka. Rakaman suara itu dikaji dan didapati seolah-olah perbualan antara sekumpulan makhluk, yang bukan ikan paus atau dolphin. Dan kebetulan pula nelayan mendapati ikan besar yang mereka tangkap, terlekat sesuatu seperti mata lembing. Siapa pula yang menggunakan lembing dalam zaman moden ini?
Nasib baik, pada 2000-an, di Afrika Selatan terjumpa pula mayat reput bersama mayat ikan paus terdampar (yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini). Apabila dikaji kumpulan saintis tersebut, ia didapati bertulang ekor seperti ikan paus tetapi bertulang tangan dan pelvis (punggung) pula seperti manusia. Malah bukan sahaja tengkoraknya seperti manusia, DNAnya juga ada gen serupa manusia pula! Dan yang paling menakjubkan, mata lembing yang dijumpai sebelum ini dapat dipasang pula kepada hulu lembing yang ditemui bersama mayat!
Namun belum sempat kajian ini dibawa kepada umum, ejen kerajaan yang datang di pagi hari merampas semua hasilan kajian tersebut—atas dasar rahsia negara. Malang sekali kerajaan mereka (dan Amerika) menjalankan kajian ketenteraan di dalam laut itu. Dan kajian persenjataan yang berasaskan gelombang bunyi itu menyebabkan ikan paus (dan duyung itu) terdampar ke pantai. Untuk melindungi rahsia kajian senjata mereka kepada masyarakat dunia, maka kajian duyung itu terpaksa ditutup.
Maka tiga pakar saintis yang tinggal itu, tanpa apa-apa melainkan salinan rakaman suara duyung (yang nasib baik terselamat) dan hanya memori tentang hasil kajian mereka, memulakan semula pencarian. Dengan hipotesis bahawa duyung suka mengekori ikan paus, mereka menjejak laluan migrasi ikan paus dan menyiarkan bunyi rakaman tersebut. Tekaan mereka tepat—mereka melihat kelibat seperti duyung!
Malang sekali seperti biasa mereka ditangkap oleh kerajaan lagi dan buktinya dirampas. Akhirnya ahli saintis itu melupakan sahaja kajian mereka, takut tersia-sia lagi. Salah seorangnya malah berkata,
“Mungkin selama ini mereka tidak ditemui kerana mereka sembunyi daripada kita. Memang, sepatutnya mereka terus sembunyi. Kita kaum manusia ini membawa bencana pada mereka.”
Ada benarnya kata-kata itu. Dalam legenda dan penulisan lama—malah sejak zaman primitif lagi—ada kisah duyung dengan manusia. Duyung dikatakan musuh sang pelayar—malah ada skriptur yang menggambarkan duyung diburu kaum manusia. Dan pada masa sekarang, dengan kajian nuklear dan sonar ketenteraan manusia yang membunuh paus serta duyung sekali, masih tiada bezanya!
----------------------------------------------------------------
Rupa adalah sikit, tapi tak ada rambut. [link] |
Semasa saya menonton dokumentari tadi, saya rasa sungguh lain macam. Kagum dan takut.
Besarnya ruang lingkup ilmu Allah, sampaikan makhluk yang ada di laut masih kita tidak dapat kenali kesemuanya. Sedangkan permukaan bulan sudah lama kita petakan luar dalm dalam!
Untuk ilmu yang tidak kita ketahui ini, kita boleh mencari dan terus mencari. Dan kepada yang tidak dapat dicari, hanyalah Al Kitab menjadi tempat kita sandarkan kepercayaan.
p.s. Dan sesuatu yang lebih penting boleh disimpulkan dari kajian ini. Dengan terbuktinya kewujudan sepsis manusia separa ikan ini, maka teori evolusi perlu ditulis semula. Jadi penganut Darwinisme—bersediakah anda menerima kebenaran sang Pereka Bijaksana?
kraken!
ReplyDelete