Topik Utama

Thursday, May 19, 2011

The low mantainance chick is a stingy mom.

"Ada seorang guru ni, dia belikan anak dia kereta Swift kerana anak dia dapat semua A. Anak lagi satu, Honda Jazz."

"Ye ke? Budak-budak zaman sekarang!"

"Yalah, ayah saya dapat A dia puji je. "Bagus anak ayah," katanya."

"Itulah. ada orang tu, dapat evo 9. sebab habis sekolah! Adik dia pula dapat civic. Macamanalah hidup zaman sekarang ni? Hahaha."
woha. evo tuu. [link]

"Hai, membazir betul duit!"

"Alah, cakap sajalah kita cemburu. Untuk mereka, semuanya mudah."

"Yalah, saya dengki agaknya. Tapi kalau saya jadi ibu saya takkan membazir begini."

"Haha! Kalau nak jadi kedekut jadilah. Tapi kalau saya, saya akan berikan segalanya kepada anak saya bila saya mampu."

Perbualan semalam dengan anak guru kelas pertengahan (seperti saya juga) membuatkan saya terfikir. Betulkah saya mahu jadi kedekut walaupun saya mampu? Apakah itu jenis ibu bapa yang saya akan jadi di masa hadapan?

Sebenarnya saya teringatkan zaman kecil dahulu. Anak guru, kelas pertengahan. Tak semua benda boleh dibeli hatta buku sekalipun. Buku cerita, pinjam di pustaka. Buku latihan, kalau sudah buat padam balik selepas semester tamat, kerana adik pula akan menggunakannya. Permainan, pinjam anak jiran punya. Ataupun teddybear atau barbie, satu kongsi tiga. Coklat dan gula-gula memang tak pernah di beli, kecuali ada wang lebih. Air bikarbonat beli sebotol, kongsi tujuh orang selama beberapa hari.

Anehnya ketika dewasa, walaupun kami mampu, saya tidak pernah terasa untuk memenuhkan peti sejuk dengan gula-gula dan air bikarbonat. Boleh juga panggil Shakey's Pizza atau makan luar hari-hari, tetapi kami pulang rumah mendapatkan masakan emak juga. Dan tak adalah daging hari-hari, tidak berbaloi harga mahalnya (bila kali terkahir kami makan daging di rumah agaknya. lupalah!)
Feveret abang saya. tak tipu! [link]
Dan, itulah impilkasi menjadi ibu bapa yang 'kedekut' (tak baik cakap kedekut, jimat cermat la!) kepada anak. Kami membesar kurang materialistik. Walaupun ada adik beradik yang mengumpul barang jenama, tetapi mereka tak beli selalu. Kami tak terasa tarikan menggunakan barang mahal atau membeli lebih dari perlu. Bagi saya kalau crocs pasar malam boleh pakai, apa perlu membazir wang sepuluh kali ganda membeli di butik crocs? Walau sekarang kami mampu, kami masih merasakan menggunakan duit untuk barang branded adalah tidak berbaloi (walaupun ada yang kata itulah harga kualiti).

Jadi itulah justifikasi saya untuk menjadi kedekut kepada diri sendiri serta keluarga (kalau adalah nanti).Saya tak mahu mereka hidup dengan bertauhidkan bahawa segala perkara hanya boleh sempurna dengan wang. Biar mereka belajar untuk mengumpul wang dalam tabung untuk membeli permainan kegemaran. Serta bekerja sementara untuk mendapat wang poket lebih. Lagipun ada baiknya mereka belajar menghargai apa yang ada, dan belajar merasai peritnya berusaha untuk wang dan sendiri.

Akhir kata, wang boleh diwarisi tetapi pelajaran hidup--tidak.

dan juga iman.

Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment