Semenjak dua menjak ni banyak pula cerita-cerita yang disebarkan di internet mengenai status halal produk makanan. Terutamanya yang (kelihatan seperti) syarikat bukan Muslim. Bermula dengan kisah McDonalds, Sushi, Old Town White Coffee, Kluang Rail Coffee, Secret Recipe, Puratos dan terbaru sekali IKEA Meatballs, ada saja perkara diragui halal. Cuma malang, kerna hasad dengki mungkin, fitnah dan khabar angin ini disebarkan mengenai status halal mereka(contoh di sini). Terpaksa jugalah JAKIM perjelaskan satu persatu mengenai status halalnya, yang kebanyakannya memang sah.
Tapi bagi orang yang ingin benar-benar pastikan juga status halal produk yang mereka makan dan restoran yg mereka pergi, ada carakah? Selain daripada menggoogle dan mendapat maklumat daripada blogger yang entah betul entah tidak? Lagipun tidak semua tempat ada internet bukan? Bagaimana pula kalau berada dalam perjalanan?
Jangan bimbang! Kini aplikasi PengenalPastian Halal untuk telefon mudah alih telah dibuat oleh HDC corporation, badan pengawalan dan kajian halal di Malaysia. Ia dinamakan aplikasi Halal dan diberikan secara percuma dalam Ovi Store Nokia . serta kedai online iTunes. ya, percuma juga!
Nokia Apps Screenshot, daripada Laman Web Ovi Store |
Yang kedua ialah direktori halal, iaitu macam direktori telefon Yellow Pages (dah lama tak dengar benda ni kan). Dalam ni ada senarai nama semua syarikat, produk malah rumah sembelihan untuk anda periksa status halalnya. Kenapa rumah sembelihan pun ada. I dunno...maybe there are some yg akan paranoid sampai pergi rumah sembelihan agaknya! #justkidding
Yang ketiga ialah portal berita halal. Semua announcement JAKIM akan masuk ke sini. Jadi jika ada produk yang tiba-tiba dibatalkan sijil oleh JAKIM atau diberi sijil baru, anda hanya dapatkan beritanya dari portal ini tanpa perlu mencari dalam e-mel berantai dan blog yang cuma setakat salin dan tampak sahaja!
versi iPhone pula, dari iTunes. |
Jadi berhentilah daripada berprasangka dan membawa fitnah yang merosakkan perniagaan orang lain. Tipikal reaksi warga Muslim (terutamanya Melayu), pantas sungguh tergadah dan 'terpanik' apabila isu halal muncul. Marah dan geram kutukan menjadi perkara biasa. Yang menjadi mangsa adalah orang yang terpalit secara langsung dalam isu ini seperti pekerja syarikat tersebut serta pelanggan tetapnya. Mudah dicerca kerana menjadi peminat dan penyokong makanan "orang kafir" daan "agenda Yahudi". Kelakar pula bila mendengar!
Ya saya faham ada dikatakan bahawa doa itu sukar termakbul jika makan benda haram. Tetapi hakikatnya tiadalah dosa bagi kita kalau benar-benar tidak tahu. Apatah lagi kita percaya atas status halal yang diberikan serta jaminan kepercayaan yang mereka bawa. Jadim, fikir- fikirkan.
p.s. Sebelum ini HDC telah membina 'kios Halal', iaitu sebuah mesin direktori produk halal yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Carrefour. Pernah nampak tak?