Topik Utama

Wednesday, January 26, 2011

Niat Di Hati Mahukan Dia < 3

Assalamualaikum wbt, semoga sihat hendaknya pembaca blog ini (ada ke?)

Anyway, ni cerita lama, sepatutnya entri ini dipostkan pada awal tahun ini tetapi saya lupa hendak nukilkan. Bukan entri fakta tetapi entri sekadar berkongsi cerita.

Saya pada masa itu terfikir untuk membeli buku-buku ilmu. Bukan apa, sejak ada seorang rakan memberitahu saya tentang pencariannya kepada buku tertentu, ia menaikkan kembali minat membaca buku yang telah lama hilang. Berhari-hari lamanya terfikir untuk memegang buku-buku baru dalam tangan, namun duit di tangan pula hanya tinggal RM30--dan itulah duit terakhir yang ada untuk bertahan tiga bulan lagi. Tapi tidak kiralah berapa hutang yang perlu dibayar atau berapa ratus lagi diperlukan untuk sewa rumah--hati kecil tetap menyatakan SAYA MAHU BUKU!

Dipendekkan cerita saya hadir awal pagi di pusat membeli-belah untuk ke ATM. Sekali cucuk, alamak! Rosak rupanya. Tertulis di skrin ATM meminta saya pergi ke cawangan bank utama untuk membetulkan masalah.

Saya pandang ke tingkat atas pusat membeli-belah. Galeri buku terletak di situ. Terdetik rasa terkilan di hati. So close ye so far, bisik saya.

Tengahari itu setelah selesai di cawangan bank saya pulang ke rumah. Wang di tangan masih RM30, akaun bank masih bermasalah, dan saya terlalu penat untuk kembali memandu ke galeri buku tersebut.

Ah, tak apalah. Saya akan beli juga, lain hari....

Pukul 3 petang, mama pulang ke rumah dengan pantas. Kemudian dia mengejutkan saya supaya bersiap.

"Jom, kita pergi galeri buku," ajak mama.

Eh? Seriously?

"Ya, mama nak return buku. Ada buku yang rosak sikit."

Oh, pucuk dicita ulam mendatang! Dapat naik kereta free terus ke kedai. Dengan baju yang masih dipakai (malas sangat nak mandi ha) terus maauk kereta. Sampai di kedai mama bertukar buku dan saya pergi membelek. Satu, satu saya kutip. Yang ini best, yang itu menarik.Alamak, duit ada 30 ringgit saja! Jadi saya berjalan-jalan dari satu rak ke rak yang lain, memilih buku mana paling bagus untuk dibeli kerana saya dapat beli terhad.

"Nak ke?" mama tanya.

Saya angguk.

"OK, mama bayar. Carilah lagi." terkejut saya dibuatnya! Macam baru dapat emas. Rupanya mama bukan saja mahu memulang buku rosak tapi mahu mencari buku untuk perpustakaan juga.


Pulang ke rumah,saya dapatkan dua buku yang saya gemari itu. Walaupun dipegang hanya untuk beberapa hari sebelum dihantar ke perpustakaan, saya masih gembira kerana berpeluang membaca. Apatah lagi bila buku itu cukup menarik untuk membuatkan saya merasa terharu dengan nasihat yang terkandung. (Yes, you guessed it, buku motivasi!)

Apa-apapun, kejadian hari itu membuat saya terfikir. Allah SWT ini Maha Pemberi Rezeki. Dan juga boleh menilai apa yang ada jauh di dalam lubuk hati tanpa perlu diluahkan. Apa yang bermula dengan niat, walaupun tidak tercapai oleh kudrat, Dia masih boleh membantu to make it happen.

So, make sure your heart is full of nice intentions. It may come true someday, however whimsical it may be!


Sekian.

p.s. nak tengah niat beli buku ni pulak. hikhik

No comments:

Post a Comment