Topik Utama

Saturday, January 29, 2011

Kepercayaan dan Cinta

Diriwayatkan daripada nabi . Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bukan dari kalangan kita orang menilik untung nasib atau orang meminta supaya ditilik untung nasibnya atau melakukan tenung atau meminta supaya seseorang melakukan tenungan untuknya atau mengamalkan sihir atau meminta supaya dilakukan sihir untuknya.”


Nampak macam biasa dengar, bukan? Ya tentunya, kerana isu ini cukup banyak diperdengarkan. Malah sumber saya juga dari sini, sini, sini, sini dan banyak lagi mengatakan perkara yang sama: jangan percaya.

Apapun dulu saya cukup percaya segala permainan horoskop dan tilikan orang ini. Apatah lagi kalau orangnya kelihatan boleh dipercayai dan mahir menjalankannya. Tambahan pula apabila dia selalu betul. Maka bertepuklah tangan saya dan bercakap angkuh dengan kawan "kan aku dah kata!"

Namun saya sebagai manusia yang lahir dari keluarga sains, cukup skeptik. Lama kelamaan, terdetik pula keraguan dalam hati. "Eh, macam stating the obvious je. saya pun boleh buat tilikan macam ini kalau saya stalk wall facebook seseorang. Saya boleh follow Twitter orang asing selama beberapa hari dan kemudian menuliskan panjang lebar sifat perilaku, dan silang rujuk kepada buku psikologi manusia, lalu menyatakan bahawa seseorang itu sepadan dan tidak sepadan dengan seseorang.

Harap maaf, ini sejujurnya bukan entri untuk menyindir dan menghina sesiapa yang suka menilik nasib. Dan kepada mereka yang dianugerahkan dengan "kelebihan" ini, saya minta maaf sekali lagi. Ya saya tahu anda tidak minta dilahir begini.Tetapi bagi saya, tilikan hanya sekadar untuk didengar, tapi jangan sekali dipercayai.

Pernah datang seorang rakan yang mengenali seorang psikik menasihat rakan yang lain supaya jangan rapat dengan seseorang yang lain, kerana selepas "dilihat" nama(atau gambarnya) beliau adalah "sekian dan sekian," katanya.

Terkejut saya, kerana orang yang dimaksudkan itu baik orangnya, menurut cerita junior dan sahabat akrabnya  yang lain. Alim, sangat menjaga pergaulan. Malah perkataannya selalu dihiasi dengan hadis dan nasihat. Malah,saya pernah jumpa secara bersemuka. Beliau sangat gentleman, saya hampir terpikat!

Lalu saya katakan kepada rakan yang lain saya tadi supaya jangan percaya sangat kata psikik itu. Tidak tahulah apa pendapat beliau tetapi yang saya tahu, mereka masih berhubung, dan mungkin makin baik :) (Ya, ada smiley maknanya baik la tu kan? hihihi)

.............................

Jujurnya psikik itu kelihatan baik. Ya mungkin beliau benar-benar mempunyai 'kuasa' untuk merenung peribadi seseorang. Ya, kebanyakan yang dikatanya betul menjadi. Tetapi mungkinkah tilikannya yang ini "lari" daripada kebenaran?

Yang menyebabkan saya berkata demikian adalah kerana manusia sendiri itu dikelilingi malaikat dan jin, tidak kira yang Islam atau tidak. Jadi tidak mustahil perkara itu dibisikkan oleh mereka ini melalui alam ghaib. Dan kerana ia dari alam ghaib, kebenaran ayat yang disampaikan itu tidak ada siapa tahu. Mungkin yang membisikkan itu jin jahat yang cuba membuat auta atau onar. Nak dikatakan "bisikan" dari Tuhan jauh sekali, kerana kita bukannya Rasul! (Malah Baginda Rasulullah sendiri tidak dapat menilik nasib, kalau boleh tentunya baginda mendapat kekayaan dan terlepas daripada musibah!)

Kesimpulannya saya fikirkan adalah sungguh merugikan jika sesuatu ukhwah yang boleh pergi lebih jauh (kahwin, ehem ehem) dihentikan di tengah jalan atas nasihat seseorang yang tidak pernah ketemu pun orang tersebut secara semuka. Kalau benar dia baik, maka kita merasa sungguh rugi menolak jodoh yang baik, yang tidak semua boleh dapat. Kalau benar si lelaki itu ada sesuatu yang disembunyikan, atau dia hanya alim pada luaran, biarlah.

Teruskan membina persahabatan, tetapi sentiasa menjaga pergaulan. Kalau dia baik, Allah akan tunjuk. Kalau dia jahat pun, InsyaAllah, akan ditunjuk juga. Bukan kerja kita untuk melihat benda yang tidak kita ketahui (Ghaib). Itu kerja Allah SWT.

Apa-apapun rakan, saya amat suka kerana anda berbaik dengan dia. Semoga sampai ke Jinjang, Perak! Eh! Jinjang Pelamin!

p.s. Encik/Puan Psikik. Mintak maaf banyak-banyak. Ni sekadar pendapat wanita biasa seperti saya. Huhu

No comments:

Post a Comment