Assalamualaikum wbt.
Pada entri yang lalu saya tinggalkan anda dengan langkah demi langkah pembelian barang dari Taobao. Sekarang, kita teruskan pula dengan proses penghantaran. Masuk ke laman web Taobao anda dan klik butiran pembelian seperti sebelum ini.
Apakah maksud "9 days left" di lajur kanan order? Ia bermaksud peniaga berjanji untuk mengambil masa tidak lebih 9 hari untuk menguruskan barang anda. Semasa anda membayar tadi, wang itu akan 'float' dalam sistem Alipay (e-wallet) Taobao sehingga urusan selesai. Jika seller itu mematuhi janjinya, sistem Alipay akan mengkredit duit itu ke syarikatnya. Dalam masa itu anda boleh meminta pulangan wang jika terdapat keraguan. Beginilah caranya Taobao melindungi pengguna.
OK, kita teruskan. Klik pada view logistics untuk melihat perjalanan item anda. Anda boleh dwiklik untuk membukanya di halaman baru. Ia akan menunjukkan satu demi satu poin perjalanan item anda dari seller ke gudang forwarder. Bagi barang saya, perjalanan dari seller di Beijing ke forwarder di Shenzen mengambil masa 3 hari.
Apabila barang itu sampai ke forwarder, anda akan menerima mesej dari forwarder samada dalam bentuk SMS, e-mel atau anda juga boleh periksa notifikasi di laman web Taobao. Saya mendapat SMS berikut:
Dan jika lihat di laman web Home anda pula:
Dengan ini bermakna urusan anda dengan seller sudah selesai, dan urusan anda dengan syarikat forwarder bermula! Ingat, bahawa gudang forwarder hanya akan menyimpan item anda secara percuma hingga 20 hari, selepas itu ia akan caj 1 yuan per item per hari. Untuk orang yang membeli banyak item dari seller berbeza tetapi menggunakan forwarder yang sama, mungkin setiap item sampai pada hari berbeza. Pastikan ia tidak melebihi 20 hari tersebut untuk mengelak membayar lebih.
Untuk membayar, seperti biasa, klik Inbound pada halaman Home anda.
Lihat, butang oren kini telah bertulis Pay Freight Forwarding. Klik untuk memulakan.
Anda akan melihat Item anda berada dalam "Cargo to be baby"(Sebenarnya ia bermaksud "Item untuk ke Kargo". tetapi biasalah, penterjemah robot!) Klik pada item (atau kalau banyak barang, item-item) dan tekan butang biru "Merge." Secara automatik ruang "Pending Merger Express" yang berlogo lori itu akan berubah dari (0) ke (1). Anda boleh lihat kos penghantaran dalam menu drop down ia. Klik butang "Combined".
Anda akan melihat alamat, masa dan jenis kargo yang anda nyatakan sebelum ini. Sahkan alamat anda betul. Tekan butang oren di bawah sekali untuk ke bahagian pembayaran.
Seperti biasa, butang ini akan membawa anda ke bahagian pembayaran seperti sebelum ini. Klik Overseas Payment dan jangan lupa klik gambar bendera Malaysia!
Service Fee kalau tak silap saya adalah 1.5%. Berbanding ejen lain seperti askmebuy yang mengenakan 8%, ia agak murah. |
Maknanya item anda sedang dalam perjalanan ke Malaysia!
Jika anda kembali ke Home > Inbound anda akan dapat melihat butang oren "Processing Transport" bertukar kepada "Handling Transhipment".
Di laman web Home anda sendiri, anda juga boleh terus mengklik "See Detail Logistics" (yang ditunjukkan anak panah) untuk menjejaki perjalanan barang dengan lebih teliti.
Dan anda boleh lihat butiran yang sangat terperinci seperti berikut:
Menurut laman web Taobao, pengeposan barang ke negara luar biasanya mengambil masa 3 hingga 6 hari bekerja. Jadi saya menunggu hingga proses tersebut tamat sebelum menekan Confirm Receipt bagi kedua-dua Seller dan Forwarder. Seller mempunyai tempoh maksimum 10 hari untuk menyelesaikan urusniaga mereka, manakala forwarder mempunyai tempoh maksimum 30 hari untuk menghantar barang ke penerima di luar negara, seperti yang ditunjukkan di bawah:
Jika ia melebihi tarikh yang dijanjikan oleh seller, anda boleh memanjangkan tempoh tersebut, untuk memastikan anda ada peluang untuk refund jika apa-apa berlaku. Anda boleh mula memohon untuk "extend time of receipt" paling awal tiga hari sebelum tarikh tersebut tamat. Hanya kembali ke trade item list, klik order details, dan klik Extend Time of Receipt. Jika barang sampai dengan baik oleh forwarder, barulah boleh klik Confirm Recipt dan buat review (Evaluation) untuk seller.
Item saya tiba 7 hari seperti yang dijanjikan melalui kurier AirPak. Lihat kotaknya sedikit kemek kesan perjalanan jauh, namun barang didalamnya masih berkeadaan elok. Namun saya puas hati dengan barang yang dihantar, jadi saya Confirm Receipt. Saya diminta memasukkan 6 digit payment password (yang dipinta semasa mendaftar nombor telefon dahulu, ingat tak?) dan checksum (checksum itu lebih kurang macam TAC untuk online banking kita). Selepas memasukkan nombor-nombor tersebut, anda akan mendapat mesej ini:Dan anda boleh lihat butiran yang sangat terperinci seperti berikut:
Dari seller hinggalah ke delivery kepada anda! |
Jika ia melebihi tarikh yang dijanjikan oleh seller, anda boleh memanjangkan tempoh tersebut, untuk memastikan anda ada peluang untuk refund jika apa-apa berlaku. Anda boleh mula memohon untuk "extend time of receipt" paling awal tiga hari sebelum tarikh tersebut tamat. Hanya kembali ke trade item list, klik order details, dan klik Extend Time of Receipt. Jika barang sampai dengan baik oleh forwarder, barulah boleh klik Confirm Recipt dan buat review (Evaluation) untuk seller.
Selesai sudah proses membeli. Dan dalam entri seterusnya, saya akan rungkaikan proses Refund yang selamat dan mudah oleh Taobao. Nantikan!
Assalamualaikum puan.. sebuah entry yang menarik dan bermanfaat. Sy harap puan akan dapat terus berkongsi ilmu ttg Taobao ni kerana ia amat diperlukan bagi orang yang baru hendak mencuba berurus niaga di Taoboa ni seperti saya.
ReplyDeleteterima kasih..
Dalam banyak2 entry tentang taobao, entry puan paling berinformasi dan mudah difahami. Terima kasih.
ReplyDeletehi/ nak tanya. saya tak bayar shipping lagi tapi dia pergi ke evaluation ? macam mana ye nak teruskan bayar ?
ReplyDeletehi faranim...
ReplyDeletekalau betul tak bayar shipping tapi dah ke evaluation mungkin anda telah tercancel order. Tak apa, pergi ke page item tersebut dan tekan balik Add To Cart dan bayar macam biasa.
biasanya kalau dah tekan settlement tapi tak sempat bayar dia akan ada dekat Pending. Lepas bayar dia ke To Be Shipped dan kemudiannya Inbound.
boleh whatsapp sy x? ada masalah seller hantar barang salah. tak tahu nak buat apa? 0102334849
Deletetapi saya dah bayar untuk kos itu. cuma haritu nak bayar shipping tapi line internet tak ok. then dia terus pergi ke evaluation. kalau add to cart means macam saya kena bayar balik
ReplyDeletemungkin sama kes mcm saya 2 hari lepas, internet tak OK so lepas bayar dia hilang. kemudian saya masuk ke https://www.alipay.com/, klik taobao login, log masuk. saya tekan butang notification (gambar jam di bahagian atas laman alipay) dan saya dapati transaction gagal alipay dah tendang duit tu balik. tapi duit tu sedang float sebelum masuk ke akaun bank kita di malaysia jadi tak nampak dlm akaun bank.
Deletekalau takda account alipay tu macam mana ye ? memang dia akan masuk balik duit dalam akaun kita lepas tamat 20 hari atau macam mana
ReplyDeletedekat laman alipay.com tu, ada tulis Login Taobao jadi boleh login saja pakai username/password taobao.
Deleteanyway, kalau transaksi gagal dia memang akan masuk ke akaun kita balik. lambat atau cepat itu depend pada bank.
maaf ya kalau tak clear, sebab saya tak pernah lagi alami kes lepas bayar terus ke evaluation. sebab ada password 6-digit yg kita kena key in, barulah item tu akan move ke evaluation.
oh yeke. takpa. terima kasih. :)
Deletesalam
ReplyDeletehai nak tanye
saya ade beli barang kat taoboo smpi skang x dpt?
barang tgk ade lg kat warehouse tp dorang da suh wat evaluation confrm receive tp barang x smpi lg still kat warehouse?
mcam mane ye da nk masuk 4 miggu ni?
waalaikumsalam...
Deletepakai direct shipping ke consolidation?
kalau direct shipping paling lama pun 2-3 hari dia simpan kat warehouse pastu terus naik flight cargo ke Msia.
tapi, kalau pakai consolidation, kena bayar kos kargo ke malaysia dulu baru dia naik flight. cuba login balik dan tengok di https://buyertrade.taobao.com/trade/itemlist/list_bought_items.htm, ada tak butang oren Pay Freight Forwarding, Klik butang tu dan bayar dulu seperti tutorial di atas. Good luck!
assalam Sis...
ReplyDeletetumpang tnya...sy dh success buat payment semua mlalui alipay tu...pas 2,3 hari seller info semula ngn ayat ni:
1. Pro- transit company could not get through
2. Pro check it
3. Otherwise we have no way shipping
adakah sy kena tukar forwarder service tu kpd yg lain?
atau alamat tempat sy x sesuai utk di pos kn brang?
harap dpt membantu... =)
assalamualaikum.. sy nak tnya.. saya ada beli barang di taobao.. tapi barang lambat smpa so sy request refund.. dr 3hb sy tggu dan check account bank.. tp refund tu tak masuk pun.. harap awak dpt explain.. ni no fon sy 0192305828
ReplyDeleteSy nk daftar tp tk translate bi ...
ReplyDeletesalam nk tnya..sy ada order sluar 2pcs..tp dpt 1pc je..mcm mna nk mintak seller re-send ek?apa proses dia?kalo boleh xnk refund..
ReplyDeletesaye ada masalah.. saya dah confirm receipt tapi barang x sampai warehouse lagi. kesilapan teknikal saya sendiri. ada masalah ke yg akan timbul?
ReplyDeletehi saya nak tanya, selepas bayar shipping untuk ke malaysia, untuk penghantaran seterusnta ada caj apa apa tak?
ReplyDeletehi kalau dari tabao kirim barang simpan alamat sendiri ke? atau alamat forwder?
ReplyDeleteBagus la sis @ bro.. biase orang jual ebook je psl taobao ni. Smoge murah rezki sbab xkedekut ilmu ni
ReplyDeletealahai saya tak faham yang dlam korgo tu,makna kena bayar ke?? sebab situ tulis 7harikan.. lepastu dapt total 19.++
ReplyDeletepuan mohon jasa baik whatsapp saya 0102211116..saya nak belajar drp puan
ReplyDeleteTrm ksh sudi berkongsi ilmu..smge murh rzki n sht sllu..aamin..
ReplyDeleteTrm ksh sudi berkongsi ilmu..smge murh rzki n sht sllu..aamin..
ReplyDeletesaya masih lagi tidak pandai untuk membuat pembayaran
ReplyDeleteSis bleh bg no whatsapp? Sy berminat nak blaja beli online dr taobao...
ReplyDeletesy nk tanya bagaimana wang dari e-wallet tu kita nk transfer blik ke dalam akaun bank kita? boleh sis terangkan..
ReplyDeleteterima kasih
Terima kasih sis kerana memberikan entry yg baik dan mudah d fahami..saya baru cuba membeli 1 item di taobao.. Item tgh dlm proses lagi.. Kalau item dah sampai betul lh cara yg saya buat ikut step ya sis bagi ni.. Hehehehe.. Tqvm sis������
ReplyDeleteYour package warehouse packing operations, waiting for the library apa maksudnya ye.dah 2 hari dah gini
ReplyDeleteTq Puan atas ilmu ini. Sangat2 berguna untuk saya yg baru nk shoping kat taobao ni. Kalau seminar kat luar, beratus2 kena bayar ni. :)
ReplyDeleteSalam. Boleh tau macam mna nak gabung 1 alamat, sebb brg sy lain2 alamat x boleh combine kos shiping.. Ada dekat warehouse
ReplyDeleteAsslm sis.. Jika tak keberatan blh wasap saya tak. 075164441.sy ada mslh berkenaan taobao.. Sy p~lukn pertolongan sis.. Tlg yer sis s
ReplyDeleteSalam sis..nak tanya..boleh x kita tukar warehouse selain dr yg diberi dlm taobao??..kalau boleh mcm mna caranya ye??..trme ksh..
ReplyDeleteSalam...no telefon bimbit lebih dari 10 digit x boleh register ke??
ReplyDeletesalam.. nak tanya normal if beli 1baju lagi murah shipping direct or bayar after sampai gudang tu.. shipping dirrectly cam lagi mahal dari harga baju tu tanya.. tolong wak
ReplyDelete