Topik Utama

Monday, March 14, 2011

Antara dunia glitter dan dunia berpasir.

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya entri ni dah lama cadang nak buat, tapi baru sekarang menyempat. Tambah2 lagi bila sudah (konon2) busy tapi sebenarnya tidak ada apa yang dibuat sangat (aka study tapi tak masuk otak). Hehehe

Berbalik kepada topik utama, beberapa minggu lepas berlangsungnya Anugerah Academy di Los Angeles. Maka ramailah nama-nama besar serta nama-nama artis baru nak naik (seperti Natalie Portman dan Jesse Eisenberg—saya hafal tau) datang melusuri karpet merah. Masing –masing sibuk melaram pakaian glamour walaupun suhu di tempat itu cukup sejuk dan lembap.

Namun ada seorang artis dilaporkan memilih untuk tidak hadir ke anugerah tersebut. Namanya cukup gah, kalau sebut—Angelina Jolie—semua orang kenal. Dia dilihat memakai pakaian bertutup dan bershawl di sebuah kawasan yang agak kering dan suram. Apakah yang dia buat si sana?

Eh! tau ke baca Alif Ba Ta kak? {link}

Dia sedang menjalankan misi melawat pelarian. Di Kabul, Afghanistan. Di kala rakannya sibuk mengumpul goodie bag beribu dolar, menggengam trofi emas serta meneguk air champagne di parti pasca Anugerah, dia dengan rendah diri turun ke ceruk kampung yang lebih mundur daripada estet tua di Tanjung Karang (yang sekurang-kurangnya sudah punya Internet dan restoran makanan laut mahal).Dia tanpa segan silu berkenalan dengan wanita-wanita miskin yang tak punya apa.

Pada lawatannya dia menggesa supaya lebih banyak individu luar menyumbang kepada pembangunan negara ini. "The focus needs to be put now on reintegration and that means not just putting up shelter but making sure there is water, job opportunities, a school for the children and medical clinics." Oleh itu beliau juga menyumbang sedikit wang membantu biayai sebuah sekolah wanita.


Semasa beliau di Kabul juga beliau mengikuti masalah keganasan dan tunjuk perasaan di Libya. (sebenarnya sampai sekarang ia masih berlanjutan, namun beritanya ditenggelami berita bencana gempa bumi Jepun). Katanya Libya mungkin mempunyai potensi untuk mengalami perkara yang sama seperti Afghanistan.

“As the world’s attention shifts to the newest refugee crises, we need to remember that if we don’t support people in the long term to really get back on their feet - to feed, shelter and educate their families, to earn a living with dignity, and to participate in meaningful ways in their societies - we will see a continued cycle of instability and new crises,”.

Maksudnya pertolongan bukan sekadar menghulur duit sehari dua, kemudian meninggalkan mereka menggapai sendirian—selagi kita ada peluang dan harta, kita tolong.

Angelina bukan orang Afghan. Malah dia juga bukan Islam.Anak-anak angkatnnya juga tidak ada satupun daripada Afganistan (Hanya dua anaknya darah daging sendiri, tahu? yang lain anak angkat). Tetapi naluri kemanusiaan dia melihat wanita-wanita Afghan yang tinggal beribu batu jauhnya, seperti darah daging sendiri. 
 Jolie sanggup biaya sendiri belanja ke Kabul. juga duduk setaraf dengan staf UNHCR lain.{link}
Sesungguhnya saya gembira melihat kesedaran diri yang tinggi dalam artis ini. Hidup dilingkungi glamour dan kekayaan melimpah ruah, tetapi tetap sedar ada orang yang jauh tidak bernasib baik sepertinya.  Malah berbanding artis lain yang hanya member pertolongan bermusim (dulu-dulu kecoh artis mengambil anak angkat daripada negara miskin, kini tidak lagi bukan?), Angelina masih meneruskan kerja-kerja amal walau tidak lagi “hip” di mata media.

Cuma saya harapkan satu sahaja, agar apabila dia melihat negara Islam yang serba kurang dan tertindas ini, dia tidak menuding jari kepada agama rasmi negara itu. Kemiskinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, lagi-lagi dalam negara paska perang seperti Afghanistan. Malah Islam sesungguhnya cukup bangkang kepada kemiskinan, dengan menyatakan ia membawa kita menghampiri kekufuran

Apabila negaranya mempunyai ekonomi yang mundur, kurang rakyat berpeluang menuntut ilmu, serta menyebabkan mereka ditindas oleh sesiapa yang tidak adil dan berniat jahat yang hanya mampu mempergunakan mereka saja. Namnun kerana kekurangan ilmu dan kemahiran mereka tiada tempat untuk mengadu. akhirnya kitaran ini berterusan tanpa henti.

Mungkin suatu hari nanti adalah artis-artis Melayu atau Islam yang akan datang membuat misi UNHCR seperti ini. sesungguhnya kita Islam ini walau tidak kaya harta benda seperti orang bukan Islam, tetapi kita tunjukkan, yang kita kaya budi bahasa dan sifat kasih sayang.

ps. hulur duit kepada pengemis Chow Kit saja tidak cukup.

No comments:

Post a Comment