Topik Utama

Friday, February 10, 2012

Percaya di bibir. Percaya di hati.

Assalamualaikum wbt.

Pada hari yang agak sunyi ini, sedang saya menunggu antara aktiviti makmal, saya teringatkan suatu cerita dalam buku (yang saya masih belum habis baca) iaitu "Rich Brother Rich Sister" oleh Robert dan Emi Kiyosaki. Ya, ini buku yang saya masih mengulang baca entah berapa kali, kerana tarikan isi kandungannya. Tidak kisahlah, walaupun ada orang yang mengkritik prinsip-prinsip dalam buku Kiyosaki yang terdahulu, tetapi dalam penulisannya kali ini (yang merupakan biografi, bukan buku non-fiksyen biasa), beliau menceritakan pengalaman menarik semasa beliau muda dahulu.
Buku, sumber review di sini.
 Adapun semasa muda dahulu, ketika baru keluar daripada kemelut kebangkrapan perniagaan terdahulu dan baru berkahwin semula selepas penceraian pertama, Robert masih di awang-awangan tentang hala tuju hidupnya. Dalam hatinya terfikir akan untuk berniaga lagi, tetapi ideanya mengenai "berniaga dengan niat untuk Tuhan" takut tidak menjadi. Namun, beliau bertemu dengan rakan lama yang agak ala-ala Hippie....tetapi memberikan nasihat yang paling berharga. Kisah teladan mengenai lelaki di Niagara Falls.

Niagara Falls. (source)

"Pada suatu hari di tepi Niagara Falls terdapat seorang lelaki dengan basikalnya. Apabila ditanya oleh orang ramai mengapa beliau di situ, beliau menjawab, 

"Saya mahu lintas Niagara Falls naik basikal...atas wayar nipis! Siapa percaya pada saya?

Ramai yang ragu namun ramai juga yang memberi sokongan. Lalu lelaki itu meniti wayar nipis itu, berkayuh dari hujung, ke hujung. Penonton menunggu dengan penuh debaran. Tidak lama kemudian, dia turun dengan selamat.
 
Bukan gambar sebenar.(source)

Ramai penonton bersorak dan memberikan tahniah. "Hebat! Kami tahu awak mampu!" jerit mereka lagi.

Tiba-tiba, lelaki tersebut berteriak lagi,

"Sebab awak semua percaya pada saya....saya mahu lintas Niagara Falls lagi. Siapa nak ikut?"

Senyap, semua senyap.

(Source)
Tiba-tiba seorang kanak-kanak ke hadapan. "Saya nak ikut!"


Penonton mula terkejut. Kaget. Apabila budak itu mengikut lelaki berbasikal tadi ke wayar, penonton mula resah dan marah. Ada yanghendak  menelefon polis, ada yang terus meninggalkan tempat itu. Tetapi kanak-kanak kecil serta lelaki tadi tetap gigih, menaiki basikal itu.

Kemudian mereka melalui wayar itu. Pergi, dan balik.

Dan turun dengan selamat.

Penonton di tepi Niagara Falls (memang kena pakai baju hujan ya) (source)
Penonton kembali dan bersorak semula. Kagum. Mereka pun bertanya.

"Adik, adik beranilah! Kenapa adik sanggup pergi dengan lelaki ni, naik basikal melintas Niagara Falls? Bahaya tu!"

Adik itu menjawab,

"Nak tahu tak, lelaki ni ayah saya. Saya percaya dengan sepenuh hati padanya, bukan sekadar percaya di mulut."

Nilaikanlah, betapa ramai orang di dunia ini sebenarnya yang hanya percaya sekadar di bibir dan bukan percaya pada hati. Jika anda berbuat sesuatu dengan niat untuk Tuhan, maka percayalah; percaya dengan hati, bahawa dia akan bantu. Maka dia memang akan bantu." kata Hippie tersebut menutup ceritanya. 

Betul juga kan?


No comments:

Post a Comment