Topik Utama

Saturday, April 2, 2011

Apa kau ingat ini Tumblr nak reblog-reblog?



Artikel diubahsuai dari sini.
Saja reblog balik, nak jadikan peringatan sendiri.

Kebolehan bersosial:

Adalah seni hidup bermasyarakat. Di sini terdapat salah tanggapan antara bersikap hipokrit dan bersikap ramah (kebolehan bersosial). Dapatkah anda membezakannya?

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA berkata, “Seorang lelaki datang melawat kami, tetapi sebaik sahaja Rasulullah melihatnya, dia berkata “Oh, lelaki tak beradab itu...”, tetapi baginda berubah sebaik sahaja duduk bersamanya.  Baginda mengalu-alukan lelaki itu dengan ramah, sambil tersenyum. Apabila lelaki itu pergi, saya tanyakan pada Baginda mengenai perkara pelik ini; bagaimana tadinya baginda merasakan lelaki ini tidak baik, dan bagaimana baginda boleh berbual dengan ramah?

Rasulullah SAW menjawab, “Pernahkah kamu melihat saya hipokrit?

“Pada hari Pembalasan nanti darjat paling buruk adalah kepada mereka yang meninggalkan orang lain kerana dilayan dengan buruk oleh mereka.”

Al Qurtubi menjelaskan perbezaan hipokrit dan peramah, menentukan sikap ramah sebagai perlakuan sah yang sepatutnya, menyatakan bahawa sikap ramah bermakna mengorbankan kehendak duniawi untuk kebaikan meningkatkan penghidupan di dunia atau akhirat atau keduanya; sementara hipokrit bertujuan mengorbankan agama untuk kebolehan dunia.

Oleh itu, menjadi ramah adalah bermakna:

  • -menjadikan perhubungan dengan orang yang tak disukai lebih tolerable (kalau tak asyik sakit hati sahaja)
  • -mengelak dilayan dengan buruk oleh mereka kembali (jika kita buat baik mungkin mereka tidak akan memanjangkan sikap buruk dan turut ramah balik)
  • -memberikan persekitaran lebih sihat (kalau asyik bergaduh kadang terpalit dengan orang lain sekali, sudahnya seluruh persekitaran pun turut buruk).
  • -meningkatkan kesihatan emosi serta fizikal kita (perasaan sakit hati boleh memakan diri dan menyebabkan stress)
Oleh itu, kesimpulan yang saya ambil:

“Adalah tanggungjawab saya untuk bersikap baik dengan anda, tetapi bukan tanggungjawab saya untuk menyukai tindakan anda.”

Tepat bukan! Bullseye!

3 comments:

  1. hohoho, dah lama tak check blog neh

    ReplyDelete
  2. owh..kalau peramah mcm dlm cite di atas tu lebih tepat kalau pas buat baik dpn org yg kita xske tu, kita xkutuk2 blkg kot kan? agak je la...

    ReplyDelete
  3. yep. true that. beza antara peramah dan hipoktrit. hipokrit kalau depan baik belakang lain kira, ramah yang sebenar ialah kalau depan baik belakang pun baik.

    tapi ramai yang menanggap peramah dan hipokrit tu dua intertwining aspects...

    ReplyDelete