Ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh para pencerita zaman dahulu. Kisahnya berasal daripada mesir, negara letaknya Sungai Nil, Piramid, Cleopatra dan kecintaan yang tinggi kepada haiwan (terutamanya kucing).
Pada zaman dahulu terdapat seorang budak lelaki yang suka menyeksa haiwan. Umurnya baru 15 tahun tetapi keganasannya tidak dapat dikawal oleh bapanya dan jiran tetangganya sehingga dia terpaksa dibawa berhadapan seorang hakim. Hakim memutuskan untuk mengintip budak lelaki tersebut, apakah benar dia ganas seperti diceritakan.
Ketika diintip, dia didapati mengambil seeokor kucing lalu menanamnya hidup-hidup! Pantas mereka bersemuka dengannya namun dia tetap degil. “Pukullah saya, saya tak hairan. Saya dah biasa!” dia menunjukkan badannya yang berbirat dirotan.
pesen tak takut manusia punya spesis. |
Setelah disiasat oleh seorang bijak pandai, dia mendapati minda budak ini “rosak” akibat keluarga yang tidak bahagia. Ibunya meninggal semasa melahirkan, dan ayahnya membencinya kerana itu. Oleh itu dia menyeksa haiwan atas dasar eskapisme kepada dunianya yang sudah “hancur”. Menghukumnya tidak akan memberikan apa-apa kesan. Oleh itu, ahli bijak pandai tadi membuat helah.
Di memberi makan julap kepada budak ini. Selepas itu diberikannya pula sejenis ubat yang menyebabkan dia sering sakit dan cukup lemah sehingga tidak dapat melakukan “hobi” yang dia biasa lakukan itu. Kemudian, seorang gadis berumur 20 tahun, yang sedang berlatih menjadi tabib, ditugaskan pula menjaganya. Seolah-olah dia sakit kuat.
Gadis ini memegang tangannya ketika dia mengerang sakit, mengusap kepalanya hingga dia tidur, memandikan dan memberi makannya seperti bayi, dan apabila dia semakin pulih, gadis itu bercerita kisah-kisah bertemakan kasih sayang dan keamanan.
Apabila dia pulih, dia berterima kasih kepada gadis tersebut, dan meminta untuk membalas budi si gadis dalam apa cara sekalipun. Si gadis menjawab mudah:
Ang! Ang! eh...Ong...Ong...[link] |
“Saya ada seekor angsa. Angsa ini istimewa bagi saya. Besar maknanya jika awak dapat membantu saya menjaga angsa ini.”
Budak lelaki itu pantas teringat “hobi” lamanya dahulu, lalu menangis sedih. Dia tahu dia tidak dapat membalas jasa gadis tersebut dan memenuhi hanya satu permintaan si gadis ini. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal tindakannya lagi kerana setiap kali memegang binatang dalam tangannya pasti akan membawa kepada kematian binatang tersebut. Gadis itu melihat dia menangis lalu memujuknya:
“Dahulu kami sakit kuat, sehingga hampir mati. Saya doakan kepada Tuhan supaya kamu terus hidup. Tuhan kabulkan dan kamu hidup semula. Seolah-olah segala tindakan kamu serta kesakitan kamu dahulu telah hilang sama sekali. Ia telah mati, tetapi kamu masih hidup. ...”
Budak lelaki itu mula lega sedikit, tetapi masih lagi tidak mempercayainya. Lalu gadis itu membawakan seekor anak kucing kepadanya. Dia membangkang dan takut. Gadis itu senyum lalu mengajarkannya cara menjaga kucing; menggaru dagunya dan telinganya, dan mendengar bunyi ngiauan manjanya.
“Nah, kucing itu berbunyi kerana dia percaya kepada kamu. Saya juga percaya kamu boleh dipercayai, jadi saya tinggalkan kamu dengan kucing itu,”kata si gadis, lalu mencium dahi budak itu dan keluar bilik.Dibiarkan budak itu selama beberapa jam.
Zzz...bestnye. |
Apabila si gadis masuk kembali tidak lama kemudian. Budak yang tadinya membantah diberikan anak kucing, kini sudah tidur bersama anak kucing tersebut dengan lena.
Akhirnya budak itu menjadi doktor haiwan yang terbaik di kawasan tersebut. Dia sangat sayang dan menjaga haiwan itu dengan teliti sehinggakan haiwan yang paling takut dengan manusia pun mampu manja dengannya.
Kisah ini mengingatkan saya tentang video pendek mengenai wanita muda dari Seri Kembangan yang membunuh anak-anak kucing awal bulan lepas. Setelah disiasat, wanita muda itu rupa-rupanya anak orang bercerai, tinggal dengan ibu tunggal. Dia juga sudah tidak berperwatakan seperti wanita lagi.
Pada mulanya ramai yang marah akan tindakannya itu, namun pakar yang menelitinya mencadangkan bahawa wanita ini dibawa ke pakar psikatri. Nampaknya betul juga. Kegiatannya seolah-olah berlaku luar sedar dan luar norma manusia, apatah lagi seorang wanita.
Kadangkala jenayah dan dosa yang dilakukan bukan hanya untuk melepaskan kegembiraan diri, tetapi juga jeritan minta bantuan untuk menyelamatkan diri daripada masalah yang lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment