Seorang lelaki mengepos status ni pagi tadi.
“Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?”
Saya senyum sendirian.
Of course la free hair saya lagi lawa.
“Astaghfirullahalazim!” Awak mesti cakap camtu kan.
Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang tengok cermin dan berkata
“Hai beautiful.”
Sungguh, rambut saya cantik sampaikan kalau Erra Fazira tengok pun dia akan depressed sampai ke tua.
Eh, perasan la you ni.
Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu?
Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok.
Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika.
macam ini pun boleh. [link] |
Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke?
Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu selalu, sisir elok-elok, dan trim dengan kerap. Jadi dia tumbuh elok.
Saya bukanlah anak orang kaya, setakat mandi air panas bolehlah. (eleh kaya jugak tu kan ada water heater).
Rambut kan mahkota seorang wanita. Mestilah jaga. Mesti cantik, mesti berkilat, mesti wangi. Tudung ke tidak, jaga rambut itu wajibalghunnah.
#flipshair
Eleh, kamu cover rambut. Boleh la buat statement macam ni. Entah-entah rambut macam bulu hidung panda.
Siapa kata? Orang bertudung la rambut paling lawa. Tak terkena sedikit pun cahaya matahari Malaysia yang kaya UV-A dan UV-B ni. Tu la pasal rambut lelaki banyak gugur. #EhTeraseKe
Lagi satu, kalau rambut freehair cepat rosak. Mana taknya, kejap hujan kejap panas. Kena sapu lembapan tambahan, kena ada multivitamin tambahan. Orang free hair hari-hari ada bad hair day. Kami tak ada pun.
Kalau simpan elok-elok bawah tudung, bila balik rumah , turunkan rambut cantikkkk je dia jatuh. Ala macam iklan sunsilik tu. Guna jari pun boleh.
Jaga rambut baik-baik, tapi tidak ada siapa boleh menghargai. Kesian kamu.
Eh, saya tidak pernah kasihan kepada diri sendiri. Malahan saya lagi bangga.
Benda yang special dan cantik haruslah dieksklusifkan, macam rambut saya.
Takkan lah saya nak bagi orang sesuka hati tengok.
Nanti bila ada pasangan yang sah , saya bagi la dia tengok puas-puas. Nanti tiap hari bila saya balik rumah, saya menarik tudung secara dramatik lalu berkata,
“Abang rambut saya macam Jessica Alba tak?
Dan dia akan menjawab “Jessica WHO?”
Aum....
La, tunggu kahwin baru nak freehair, itupun dalam rumah?
Rugi ke? Tak saya tak rasa rugi. Itulah nilai eksklusiviti aurat Muslimat dalam Islam.
Aurat yang terlalu cantik dan menarik perhatian, sampaikan ia terpaksa disimpan hanya untuk tatapan orang-orang istimewa sahaja. Orang yang akan menghargai semuanya diri kita, luar dan dalam.(dan rambut OF COZZ)
Skandal? Boyfriend? Teman tapi mesra? Eh, tak cukup layak lagi tengok keJULITAAN rambut saya yang aum-aum-sungguh ini. Biar suami sah saja tengok, oke tak. #flipshair
Kalau dia tak suka?
Ah, sukati dia la. Mesti dia jeles rambut dia tak lawa macam rambut saya. #flipshair
.......
.......