Topik Utama

Tuesday, August 25, 2015

Taobao kini membolehkan penghantaran terus ke Malaysia!

Baru-baru ini Taobao melancarkan khidmat penghantaran terus ke Malaysia dan Singapura menggunakan Logistik Rasmi mereka. Dengan cara ini, pelanggan hanya perlu bayar sekali sahaja tanpa perlu menunggu barang di gudang forwarder dan membayar forwarder pada kali kedua. Memandangkan kadar tukaran wang kita dan wang Yuan selalu turun naik, cara seperti ini mengelakkan kerugian apabila berlaku perubahan matawang.

Caranya mudah sahaja, jika anda melihat laman utama produk di Taobao, anda akan melihat perkataan Taobao Online Shop di bahagian penghantaran.

Setelah membuat pembayaran seperti biasa, seller akan menghantar barang ke gudang taobao di bawah nama anda. Alamat anda akan kelihatan seperti begini.


 Anda boleh jejaki barang anda seperti biasa. perjalanannya sama seperti barang ditempah menggunakan kurier, cuma kali ini alamatnya berbeza.



Cuma pada pengalaman saya, prosesnya agak lama di gudang iaitu mengambil masa 3 hari seperti dalam penjejak di atas.

Anda mungkin terfikir - ini untuk satu barang, bagaimana pula untuk pelbagai barang daripada banyak kedai?

Ya, masih sama.  hanya 'add to cart' seperti biasa, bila sudah selesai bershopping, tekan settlement dan di bahagian alamat, klik Taobao Direct Shop di bahagian paling atas.



Sekilo barang ditetapkan kos sebanyak 33.5 yuan, sama seperti kargo kurier yang saya gunakan sebelum ini. Jadi cuba lihat-lihat promosi yang ada di laman web rasmi, mungkin ada yang berbaloi pada wang anda.

Namun begitu, kelemahan penghantaran terus ini ialah tidak semua barang dapat menyokong penghantaran terus. Jika ada barang yang anda klik itu tidak dapat dihantar, ia tidak akan termasuk dalam pembayaran keseluruhan.

Dan kelemahannya yang paling utama, jika anda membeli barang daripada pelbagai seller, kos 33.5 yuan akan didarabkan kepada setiap seller, dan tidak boleh digabungkan. Contohnya anda beli barang dari 3 seller dengan jumlah berat 1 kg. Dengan penghantaran terus, kos penghantaran menjadi (33.5 x 3 = 100.5 yuan) berbanding menggunakan forwarder, kosnya tetap 33.5 yuan.

Maka, pilihlah penghantaran yang menepati cara perbelanjaan anda. Jika anda membeli secara pukal daripada satu seller, taobao direct lebih sesuai untuk anda.

Oh ya, berikut adalah FAQ biasa mengenai taobao direct:
1.  Saya ingin refund tetapi bayaran penghantaran telah dibuat, bagaimana?

Ya, jika ada barang belum dihantar lagi, anda boleh mendapatkan refund penuh biarpun international freight dibayar; jika seller sudah menghantar anda perlu tunggu barang itu sampai di gudang dahulu baru memilih barang yang mahu dihantar dan yang mahu di-refund.

2.  Bolehkah saya bahagikan barang kepada 'batch' untuk penghantaran asing-asing?

Tidak, Taobao direct-service akan gabungkan semua barang dengan sekali bayar, jika anda ingin beli secara batch, adalah disarankan menggunakan Cargo Forwarder seperti biasa.

3. Berapa lamakah perlu ditunggu sebelum barang dihantar? Adakah ia akan dihantar satu-satu atau semua sekali ke Singapore / Malaysia?

APabila barang pertama sampai di gudang, Taobao ada masa sepuluh hari untuk menunggu barang lain sebelum menghantar semuanya sekaligus. Jika selepas 10 hari tidak semua barang sampai ke gudang, automatik barang yang akan disimpan dahulu, Anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan dan mereka anda menguruskan penghantaran secara asing.

9 comments:

  1. saya ada satu masalah, saya sudah beli barang dan tamat tempoh untuk confirm recepit, tapi barang masih belum sampai, pihak taobao kata, seller salah hantar alamat warehouse, saya pelik, mcne leh salah...tlong saya tuan admin

    ReplyDelete
  2. Salam..saya still tak berapa paham..boleh email says ismul_idzham@yahoo.com / whatapp +60142327034..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam..saya still tak berapa paham..boleh email says ismul_idzham@yahoo.com / whatapp +60142327034..terima kasih

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum. boleh tolong saya x? ada masalah seller hantar barang yang salah.. email. chocindulgenz@gmail.com whatsapp 0102334849

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya hadapi masalah utk comfirm receipt.bole bantu saya?

    ReplyDelete
  6. Assalam Admin saya lihat di ruangan Talbot brg rm698 saya klik sehingga nak buat payment tetapi saya tidak tahu tambang Shipping mereka kita sekali atau tidak?

    ReplyDelete
  7. Hi dear! Saya order barang dari taobao Sudah satu Bulan lebih tapi sampai sekarang masih belum saya dapat di apps saya ditulis sudah tiba di malaysia.saya harus contact siapa dan dimana ? You can help me?

    ReplyDelete
  8. Salam.. bagaimana pula jika barang saya tercatat "alamat tidak tersedia untuk penghantara"

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum . mcm mne klu cara translate guna phone yaa .

    ReplyDelete