Baru-baru ini saya menonton video dari Sorted Food mengenai Golden Ratio (kadar emas) dalam pembuatan cookie. Iaitu 1:2:3 - 1 kali ganda gula, 2 kali ganda lelemak dan 3 kali ganda tepung. Dengan kadar emas ini banyak resipi kita boleh reka. Oleh itu, memandangkan saya seorang menyusukan anak, saya cuba mereka resipi biskut yang boleh menggunakan bahan-bahan penggalak susu ibu seperti kekacang, madu, oat, dan habbatus sauda. Jadi saya hasilkan resipi Nutella lactocookie ini.
Mahu cuba? Sila salin resipi di bawah:
Nutella lacto-cookies (24 biskut kecil)
60g gula
40g madu
150g butter
50g nutella
1/4 tsp ekstrak vanilla
secubit garam
250g tepung diayak
1/2 tsp baking powder
1 tsp habbatus sauda
- Pukul gula, butter dan nutella hingga berkrim.
- Tambah madu, esen vanila dan campurkan lagi hingga rata.
- Campurkan semua bahan kering-tepung, habbatus sauda, oat dan garam.
- Kaup balikkan ke dalam bahan basah hingga tiada ketulan.
- Bentukkan menjadi doh bulat, balut dalam clingfilm dan sejuk beku 15 minit.
- Keluarkan dan jadikan bebola doh kecil.
- Susun di atas dulan pembakar lalu bakar 180C, 15min-20min atau sehingga keperangan di tepinya.
Siap! Nampak butir-butir habbatus sauda tu? |
Dan soalan cepu emasnya...jadi tak?
Hmm...tak pasti sama ada ianya sekadar plasebo atau tidak, tetapi memang menjadi jika dimakan sebelum sesi pumping. lagipun, memang ramai yang memperkatakan tentang keberkesanan habbatus sauda untuk susu, Jadi, mungkin ada kejayaan di situ. Tambahan pula nutella yang penyedap dan oat yang penahan lapar, memang menyenangkan tengahari sibuk yang adakalanya tidak sempat untuk memasak.
Saya mungkin akan mencuba lagi dengan beberapa komponen penambah susu lain. bayam? ekstrak yis? mungkin...
No comments:
Post a Comment