Topik Utama

Tuesday, March 20, 2012

Apakah itu "Factoring agent"?

So tadi semasa sedang urus-mengurus PO dan RO (tersilap sebut PO dekat staff, pening dia cari borang, rupa-rupanya PO. haha!) adalah terkeluar persoalan mengenai Factoring Agent.

Awalnya saya sangkakan bahawa factoring agent ini sejenis bentuk formula matematik (factoring = pemfaktoran). Rupa-rupanya ia adalah istilah perniagaan untuk ejen orang tengah dalam urusniaga.

Bayangkan suatu situasi: Anda menjadi pembekal kepada institusi kerajaan. Dan seperti yang anda tahu, institusi kerajaan ni banyak pula karenah birokrasinya (dalam bahasa inggeris dipanggil red tape). Duit nak bayar memang ada tapi, bayarannya lambat kredit. Jika anda sebuah syarikat kecil yang baru nak naik, dan pusingan modal anda lambat, ini boleh menyebabkan duit anda "terikat" tanpa aliran tunai. Tentu susah bukan?

Jadi salah satu cara mengatasinya ialah mendapatkan sebuah ejen, Factoring Agent. Mereka akan menjadi orang tengah antara anda dan pelanggan, di mana pelanggan akan membayar kepada mereka, dan mereka akan membayar kepada anda--dengan sedikit upah, tentunya. Contohnya begini. 

Pihak Jabatan A memesan barang. Anda pun menghantar barang. 

Anda pun mengeluarkan invois untuk Jabatan A itu. Tapi, invois itu dibayar kepada akaun Ejen B. Sebaik saja invois diberikan. Ejen B membayar sebahagian daripada nilai invois itu kepada anda, WALAUPUN Jabatan A tak bayar lagi duit (kira sekarang Jabatan A berhutang kepada Ejen B).


Apabila Jabatan A bayar kepada Ejen B mengikut invois tersebut, Ejen B akan memberi baki wang selebihnya kepada anda. Tapi dia tolak sikit untuk untung. Contoh kalau harganya 100 ringgit, dia ambil 5 ringgit buat simpanan sendiri (diorang pun nak cari makan juga kan. haha!).

Apa akan jadi kalau customer cabut lari tak bayar? Ha, itu kena tengok pula perjanjian dengan Ejen B. Biasanya anda yang kena tanggung (recourse agreement), tapi ada juga yang mereka akan tanggung (non-recourse agreement). Kalau mereka yang tanggung tentunya untung yang diambil nanti agak banyak, tetapi anda juga selamat daripada pelanggan yang melarikan diri.

Begitulah adanya Factoring Agent. Kelebihannya ialah memudahkan dokumentasi akaun kerana kita berurusan dengan sorang ejen sahaja. Satu lagi adalah ia membebaskan aliran tunai dan membolehkan kita membeli lebih banyak inventori dan menjalankan projek jangka pendek. Jadi bagi syarikat yang mengutamakan pertumbuhan memang sesuai untuk membuat Factoring. 

Apa-apapun saya tidaklah mahir sangat, ini barang dari google sahaja. Dapatkan maklumat lebih lanjut daripada perancang kewangan profesional. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment