Topik Utama

Wednesday, June 22, 2011

Meja bersepah itu tandanya apa?

Assalamualaikum WBT.

Hah, dah lama benar tak berblogging. Ya, lama. sebab sebenarnya post yang minggu lepas tu dari post berjadual sejak bulan Mei. Langsung terlupa sudah ada blog. Nak kata busy...er, busylah kot. Tapi ada saja masa nak membaca laman web orang lain.

Saya tertarik membaca dari sini, mengenai Psikologi Meja. Ya, kajian psikologi berdasarkan keadaan meja kerja anda. Ada yang kita mudah faham seperti meja yang penuh barang tapi tersusun dan bersih tandanya orang berdisiplin, dan meja bersepah macam tongkang pecah tandanya minda tak senang, tapi apakah lagi tanda lain?

jadi di sini saya simpulkan pendapatnya mengenai meja tertentu.


Meja Trofi-Trophy Desk
Pernah dengar istilah Tropy Wife? Iaitu menghawini seseorang wanita cantik/kaya/popular/hebat sekadar nak menunjuk-nunjuk kehebatan dia? Jadi, trophy desk pun sama. Mejanya seperti meja pameran muzium. Ada foto-foto percutian hebat, conference atau meeting di luar negara, Cuti tahunan syarikat, gambar dengan bos-bos dan VIP atau orang-orang besar dalam industri, dan satu dua trofi/medal kecil tapi jelas kelihatan, yang dihadiahkan oleh syarikat atau yayasan besar atas kejayaannya.
Bloggier fliffy punya. contoh je la. kemas kan? [link]

Meja seperti ini mungkin sekali menunjukkan keinginan untuk naik dalam tangga sosial, contohnya naik pangkat ke jawatan lebih tinggi dan berpengaruh dalam syarikat. Lagi elok kalau sentiasa ada fail kerja terbuka di atas meja (tapi tersusun la). Baru nampak macam sedang sibuk menjalankan projek.

Meja "Rumahku syurgaku"
Amboi comelnya.[link]
 Meja yang barang-barangnya dah macam rumah sendiri. Ada pokok dalam pasu kecil, hadiah dari keluarga/kekasih, ada gambar family, ada anak patung atau action figure, malah ada sepersalinan baju mungkin. Ini menggambarkan anda ialah "manusia"--maksudnya masih ada minat lain selain kerja. Malah meja yang amat peribadi seperti ini menunjukkan pemiliknya nak bekerja jangka panjang--maksudnya anda setia kepada syarikat. Sejuk hati bos tengok. Malah, anda mungkin seorang ekstrovert dan kaki sosial dalam pejabat. Mungkin sekali anda menjadi "hub gossip" bagi jabatan anda.

Ini tanda pekerja cemerlang ke? Contoh meja dari [link]
Tapi awas! Kalau terlalu banyak barang penjagaan diri seperti pil vitamin, varnis kuku, nail buffer, dan set toiletri, nanti anda kelihatan seperti orang yang sibuk menjaga diri berbanding buat kerja. Terutamanya yang perempuan lah!

Meja SUPER bersepah!
Meja dah macam tongkang pecah. Fail di kiri dan kanan komputer. Kertas bersepah sana-sini. Post-it-notes di dinding. Cawan daripada mi megi bersama koleh Milo di belakang PC. Tu belum lagi tampalan-tampalan poskad dan gambar kekasih. Ada dua makna di sebaliknya--satu anda kreatif, dua anda memang bersepah pemikirannya.

Meja blogger ini. Biasalah agaknya kan?
Kalau dalam industri kreatif macam Media Massa (konon2 anda kerja dengan TV3), meja yang bersepah (tetapi masih dapat cari barang)  menunjukkan minat budaya yang meluas dan minda yang pantas serta cekap.  Tapi kalau jenis yang terlalu bersepah sampaikan tak dapat cari apa-apa kalau diminta, dan kole Milo sudahpun berkulat, itu tandanya kecelaruan! Boleh jadi anda tak pandai berdiplomasi, tak boleh mematuhi deadline dan tak mampu menolak kerja. Dan kalau post-it-notes penuh sampai ke hujung dinding, tu tandanya ingatan anda lemah macam ingatan ikan emas. LOL!


Meja yang bosan?
Kosongnya meja kerja dia. [link]
Ya, meja yang tanpa apa-apa sekalipun gambar kekasih, keluarga atau binatang peliharaan; malah fail kerja pun selalunya tiada. Lainlah kalau memang bos tak benarkan, atau anda baru masuk, meja kosong memang pelik. Meja kosong antaranya menunjukkan anda ni mungkin tak nak bertahan lama dalam syarikat tu. Betul kan? Huhu...


Itu saja yang saya dapat tahu. Dan ini sekadar pendapat psikologi sahaja. Tiada benar tiada salah, dan jangan terasa kalau anda terkena!
Bacaan tambahan: lebih detail dari segi psikometri, di link ini

No comments:

Post a Comment